Nikah Ahli Kitab

Persoalan lelaki berkahwin dengan ahli kitab

 

“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan* diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi.”

*Ada yang mengatakan wanita-wanita yang merdeka.
(al Maaidah, ayat 5)

 

 

Pada Dasarnya

Pada dasarnya antara orang muslim dan ahlul kitab mempunyai akidah yang sah mengenai Allah, walaupun berbeza tafsirannya selagi mereka tidak berkeyakinan bahawa Tuhan (Allah) itu adalah al Masih putera Maryam, dan tidak meyakini atau tidak menyatakan dengan lisan atau tulisan bahawa Allah itu satu di antara tiga tuhan. Jika mereka mempunyai kepercayaan dan meyakini hal-hal tersebut di atas, al quran menjelaskan mereka itu termasuk ke dalam golongan kaum kafir. Mengenai itu Allah menegaskan dalam firmannya:

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.

Sesungguhnya kafirlah orang0orang yang mengatakan: “Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih.”

 (al Maaidah, ayat 72-73)

 

Di dalam “Sahih Bukhari” terdapat sebuah riwayat yang berasal dari Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya ia pernah ditanya tentang perkahwinan antara lelaki muslim dan wanita nasrani atau yahudi, Abdullah bin Umar menjawab:

“Allah mengharamkan wanita musyrik dikahwini oleh lelaki muslim, Aku tidak tahu syirik apakah yang lebih besar daripada seorang isteri yang mengatakan bahawa Tuhannya ialah Isa, padahal beliau itu adalah salah seorang dari hamba Allah s.w.t. Jika ia tidak mengatakan hal itu, ia tetap dipandang sebagai wanita ahlul kitab, walaupun ia meyakini kesucian Isa al Masih atau meyakini kesucian bondanya Maryam atau meyakini kesucian roh kudus dalam bentuk yang berlainan dari kepercayaan orang muslim; selama ia tidak menyekutukan Allah”.

 

 

Perkahwinan antara lelaki bukan muslim dengan wanita muslimah.

Mengenai soal itu terdapat kenyataan yang berlainan, kerana itu hukumnya juga berlainan. Menurut syariat Islam, anak dinasabkan kepada ayahnya, dan seorang isteri berpindah mengikut suaminya, didalam lingkungan masyarakat suaminya. Dalam hal itu seoah-olah Islamlah yang menguasai keadaan dan menaungi suasana kesatuan yang baru (yakni kesatuan keluarga atau suami-isteri yang berbeza agama).

Adalah sebaliknya jika wanita muslimah berkahwin dengan lelaki ahlul kitab. Sebagai isteri ia akan hidup jauh dari lingkungan masyarakatnya sendiri (yakni masyarakat Islam). Dalam keadaaln terpencil itu kelemahannya sebagai wanita akan membahayakan keislamannya. Anak-anaknya tentu dinasabkan kepada suaminyadan mereka akan memeluk agama yang bukan agama ibunya; padahal semestinya Islamlah yang menentukan kehidupan rumahtangganya. Ketentuan itu ditegaskan dalam al quran:

“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian1 terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu2, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,”

1:Maksudnya: Al Quran adalah ukuran untuk menentukan benar tidaknya ayat-ayat yang diturunkan dalam kitab-kitab sebelumnya.

2:Maksudnya: umat Nabi Muhammad s.a.w. dan umat-umat yang sebelumnya.

 (al Maaidah, ayat 48)

 

Dari ayat tersebut dapat difahamkan bahawa Islamlah yang semestinya menentukan suasana kehidupan isteri yang beragama Islam, bukan agama suaminya yang dari ahlul kitab.

Ibnu Jabir mengutarakan sebuah riwayat berasal dari Umar Ibnu al Khattab r.a. yang mengatakan: “Lelaki muslim dapat mengahwini wanita Nasrani, tetapi lelaki Nasrani tidak dapat mengahwini wanita muslimah”. Yang dimaksudkan dengan “Nasrani” dalam hal itu adalah “orang dari ahlul kitab” yang tidak menyekutukan Allah.

Ibnu Jabir juga mengutarakan riwayat lain berasal dari Abdullah bin Jabir r.a. yang mengatakan: “Kami (kaum muslimin) boleh mengahwini wanita ahlul kitab, tetapi lelaki ahlul kitab tidak boleh mengahwini wanita kita”.

Apabila lelaki ahlul kitab, lelaki musyrik atau lelaki kafir telah memeluk Islam ia berhak berkahwin dengan wanita muslimah, dan keislamannya itu dapat dipandang sebagai maskahwin bagi isterinya.

An-Nasa’i mengutarakan riwayat sebagai berikut: Abu Thalhah meminang Ummu Sulaim. Ummu Sulaim menjawab: “Wahai Abu Thalhah, tidak mungkin aku mahu dikahwini oleh lelaki seperti anda. Anda kafir dan aku muslimah, tidak halah bagiku berkahwin dengan anda. Akan tetapi kalau anda sudah memeluk Islam, itulah maskahwin bagiku dan aku tidak akan meminta kepada anda selain itu”. Akhirnya Abu Thalhah memeluk Islam dan itulah maskahwin perkahwinannya dengan Ummu Sulaim.

Tsabit mengatakan: “Aku belum pernah mendengar ada seorang yang meminta maskahwin lebih mulia daripada yang diminta Ummu Sulaim.”

 

Rujukan

Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam

Muhammad Ali Quthb

Cetakan ke 12 (2005)

Bab 2 – Pinangan – Sub topic: Dasar dalam memilih jodoh -

 

—————————————————————————————

Apa yang saya faham.

  1. Perkahwinan lelaki muslim dengan peremuan ahli kitab dibolehkan
  2. Perkahwinan wanita muslimah dengan lelaki ahli kitab tidak dibolehkan
  3. Ahli kitab yang dikatakan adalah mengaku Allah adalah Tuhan, dan tidak mensyirikkan Allah dengan mengatakan Isa adalah Tuhan.

Harapan

Bagi semua yang membaca keterangan di atas, harap dapat berkongsi pendapat melalui komen, dengan menyatakan apakah kefahaman diri masing-masing terhadap hal ini. Saya amat bimbang jika diri saya tersalah faham terhadap apa yang diterangkan. Wassalam.

——————————————

10 thoughts on “Nikah Ahli Kitab

  1. bagaimana dengan surah yg mengatakan org kafir itu terdiri dari ahli kitab dan org2 musyrik

  2. Assalamualaikum…

    artikel ini sedikit merbahaya. ianya seolah membuka ruang masyarakat untuk berkahwin dengan Kristian dan Yahudi di zaman sekarang.

    maaf..sekadar sedikit pengetahuan yang saya bincangkan dengan Ust Soleh Bin Hj Ahmad, (bekas pengerusi PUM kalau tak silap, saudara kandung Ust Idris Ahmad dan Mufti Penang sekarang)

    sebelum saya bincangkan dengan beliau, telah ditimbulkan persoalan oleh seorang ustaz di masjid di Malaysia dalam kuliah umumnya, lelaki Islam boleh bernikah dengan wanita ahli kitab yakni kristian dan yahudi. saya menyanggah kenyataan itu dengan menyatakan soalan yang ditanyakan dihadapan umum. saya terlupa soalan saya, dan ustaz tersebut masih dengan pandangannya.

    saya bertemu dengan Ust Soleh, bertanyakan masalah ini, menurut beliau, mengikut kepada kaedah mazhab syafie, bukan mudah-mudah orang kristian dan yahudi sekarang dipanggil ahli kitab. ahli kitab adalah yang keturunan mereka bersambung sehingga keturunan ahli kitab sebelum kebangkitan Nabi Muhammad SAW. jika ada terputus di tengah, murtad dari kristian dan masuk kristian semula maka bukan ahli kitab. jika convert dari agama lain dan masuk kristian atau yahudi maka bukan ahli kitab. sekalipun dari kristian menjadi yahudi atau yahudi menjadi kristian, tidak dipanggil ahli kitab.

    memang hukumnya jelas, boleh, tetapi apakah takrif ahli kitab tersebut?

    adakah yahudi dan kristian sekarang?

    • Wa’alaikummussalaam…

      Saya setuju dengan pandangan tuan, iaitu kekeliruan dimana status ahli kitab dan adakah kristian dan yahudi sekarang mampu diluluskan untuk status ahli kitab ini…

      Jadi sekarang, perlukah saya delete post ini atau saya hanya tambahkan pendapat tuan dalam artikel ini sebagai rujukan umum yang lain.

      Bimbang ramai lagi keliru…

  3. “”Sesi soal jawab, saya telah mengemukakan soalan berkaitan isu ahli kitab, samada ia wujud atau tidak lagi zaman sekarang. Beliau menerangkan bahawa masih wujud lagi ahli kitab zaman sekarang dan halal bagi kita untuk memakan sembelihan mereka ataupun berkahwin dengan mereka. Tetapi menurut beliau, mereka perlulah benar-benar ada pertalian darah dengan Nabi Yaakob (keturunan baginda).””

    dari : https://irhafiz.wordpress.com/serius/novel/

    anda dah jawab di sini sebenarnya, mungkin terlupa.

  4. Assalamu’alaikum.wr.wb.
    Ahli Kitab yg hidup pd masa sekarang maupun pd masa sebelum Rasulullah ialah tetap seorang Ahli Kitab. Memang mereka salah karena mereka meyakini bahwa Isa Al Masih sebagai Tuhan, namun itu semua menurut saya 100% bukan kesalahan orang Yahudi & Nasrani yg ada di masa sekarang, penyembahan Isa Al Masih ini terjadi karena adanya perubahan isi Kitab Suci Taurat & Injil dari nenek moyang mereka, jd menurut saya kaum Yahudi & Nasrani yg hidup pd masa sekarang tidak bisa disalahkan. Lalu pd akhirnya semua itu kembali pd Allah, hanya Allah yg berhak memberikan keputusan, bukan kita, kita hanya manusia biasa & makhluk Allah, tidak pantas kita mengkafirkan suatu kaum tanpa melihat sisi historis terbentuknya kaum tersebut.
    Wassalamu’alaikum.wr.wb.

    • Ulasan saya berdasarkan pandangan Singa Padang Pasir:

      Pada zaman Rasulullah, ahli kitab taurat dan injil yang sahih dan benar telah mengakui kerasulan dan kenabian Muhammad s.a.w berdasarkan tanda-tanda yang ada pada Muhammad s.a.w. Semua tanda-tanda tadi terdapat dalam keterangan taurat dan injil mereka, lantas mereka beriman dengan Nabi akhir zaman, Muhammad s.a.w.

      Persoalan kaum yahudi dan nasrani boleh disalahkan atau tidak?

      Pernah seorang guru surau saya berkata, Allah Maha Adil. Sebelum Allah menghukum Firaun atas kekejamannya dan kesesatannya, Allah telah mengarahkan Nabi Musa berjumpa dan menyampaikan dakwah kepada Firaun. Namun Firaun telah menolak kebenaran yang Nabi Musa sampaikan. Lantas termasuklah Firaun ke dalam golongan orang-orang yang kafir.

      Maka sama seperti sekarang, siapa sahaja yang nampak kebenaran Islam tetapi enggan beriman dengan Islam, tidakkah sama sahaja seperti kisah Firaun tadi?

  5. salam..
    saya juga ingin mengutarakan pendapat. Sekarang ini saya sedang berada di sebuah negara eropah yang majoritinya adalah kristian. Disini juga terdapat komuniti islam terdiri dari negara2 arab. Yang amat mengejutkan saya, mereka ini masih menganggap wanita2 kristian sebagai ahli kitab dan menikahinya. Perkara ini saya tanya pada seorang imam juga dari negara arab (egypt) yang lebih 20 tahun tinggal disini bekerja sebagai imam masjid.

    Menurut katanya, islam membolehkan kita mengahwini ahli kitab (termasuk juga dari mazhab syafiee) tetapi dengan syarat.

    1) Wanita tersebut seorang yang baik2 ( bukan wanita yang tidak menjaga maruahnya)
    2) Mempercayai adannya Tuhan (ALLAH) – masih belum jelas adakah termasuk percayanya isa sebagai tuhan?
    3) mengikut cara hidup islam setelah berkahwin ( tiada arak, babi dsb didalam rumah serta memakan makanan halal)

    Saya juga menyatakan bahawa di Malaysia perkahwinan ahli kitab tidak dibenarkan kerana tiada lagi ahli kitab yang sebenar pada zaman sekarang. Walaubagaimanapun, imam tersebut menyatakan bahawa islam membenarkan perkahwinan tersebut namun ramai yang tidak mengikut secara betul terutama dari segi memilih calon dan menjalani kehidupan secara islam justeru perkahwinan tersebut walaupun sah namun telah menyimpang dari tujuan yang sebenar.

    • Mereka masih lagi berpegang kepada wanita kristian itu adalah ahli kitab? Saya tak faham apabila sesetengah orang menggunakan alasan yang Islam itu mudah untuk membenar apa jua tindakan mereka. Syariah tetap tidak ditinggalkan. Islam mudah. Tetapi memudahkan (ambil mudah) Islam secara membuta tuli itu silap.

  6. Assalamualaikum….

    Saya lebih cenderung berpegang kepada istilah Ahli Kitab dan Kafir Kitabi. Kebanyakan penganut kristian merupakan kafir kitabi kerana mereka telah mengubah kitab injil…manakala yahudi saya tidak pasti. Jadi pada faham saya, kebanyakan kristian sekarang tidak boleh dinikahi kerana telah diklasifikasikan sebagai kafir kitabi. Mungkin masih ada ahli kitab dari nasrani dan yahudi..

    Wassalam…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s