Penyakit Was-Was

solat-itu-tiang-agama

Selamat Tinggal Was Was

Memang sukar sekali, jika diperhatikan mereka yang mengidap penyakit was-was ini. Paling mudah kita lihat ketika takbiratulihram. Berkali-kali mereka yang berpenyakit ini melafazkan niat, dan berulang-ulang takbiratulihram. Kata hati mereka, niat belum hadir masa takbir, nantikan batal pula solat sebab tak hadir niat.

Kebanyakan penyakit was-was ini menyerang kepada mereka yang mula ingin membuat yang terbaik dalam ibadahnya, dan mereka seboleh-bolehnya ingin memastikan ibadahnya (solat, wudhu’ contohnya) benar-benar sah daripada sudut feqah. Tahniah diucapkan, sebab kita memang perlu sentiasa melakukan yang terbaik. Cuma, berhati-hati dengan penyakit was-was bagi mengelakkan kita ditipu oleh syaitan, walaupun ketika beribadah.

Sasaran pada kebiasaan penyakit was-was.

Selalunya, penyakit was-was ini menyerang pada beberapa tempat utama. Kita fokus dalam bab solat dan wudhu sahaja dahulu. Antara tempat yang selalu ‘diserang’ ialah:

  1. Takbiratulihram dan niat – jika diperhatikan, kita akan melihat ‘pesakit’ akan menggeletar atau berulang-ulang dalam takbir pertama. Hingga mengganggu makmum yang lain.
  2. Bacaan Fatihah – selalunya ‘pesakit’ akan membacanya dengan kuat terutama pada huruf ‘ha pedas’ dan ‘waladhaalin’
  3. Tahiyyat – selalunya ‘pesakit’ akan mengulang-ulang ayat yang melibatkan ‘ha pedas’ dan juga bacaan syahadah

wudhu:

  1. Ketika lafaz wudhu
  2. Ketika membasuh muka
  3. Pesakit akan membasuh dengan begitu teliti hingga terlibat dengan pembaziran air yang amat sangat.

Terapi Penyakit Was-was

Masalah was-was ini berkait dengan hati. Ia akan memberi kesan yang dalam terhadap hati, terutama bagi pesakit yang sudah lama terdedah dengan penyakit ini. Makin lama ia sakit, maka makin susah untuk diubati.

Tiada sesiapa yang mampu memberi pertolongan secara mutlak, melainkan pesakit itu sendiri yang perlu merawatnya dengan bersedia menjalani terapi sendiri.

  1. Berdasarkan pengalaman, apa yang perlu adalah doa kepada Allah kerana Allah jua yang memiliki hati manusia, dan Dia juga yang mampu membolak-balik hati-hati manusia.
  2. Amalkan surah an Nas
  3. Tidak dapat tidak, pesakit perlu mendalami ilmu feqah untuk mengetahui dengan lebih jelas tentang bagaimana solat itu terbatal, apa itu niat solat, bagaimana bacaan dalam solat dan bagaimanakah situasi yang boleh dikatakan terbatalnya solat seseorang itu. Ini kerana, kebanyakan pesakit lebih suka membuat andaian sendiri, dan dengan itu suatu ibadah itu menjadi lebih sukar daripada yang sepatutnya.
  4. Pada lafaz niat, kita perlu tahu bahawa lafaz niat ini bukan suatu yang rukun, dan ia hanya sunat bagi membantu hadir niat semasa takbiratulihram. Jadi tidak menjadi masalah untuk melafazkan niat dalam bahasa melayu.
  5. Pada niat pula, kita perlu tahu, yang perlu hadir dalam niat ada tiga sahaja, Qasad, Ta’rudh, Ta’yin.
      1. Qasad – Kita buat dengan sengaja/sedar (bukan tengah tidur ke contohnya)
      2. Ta’rudh – Apa yang kita buat – Solat
      3. Ta’yin – Kategorinya – Fardhu Subuh
      4. Maka telah selesai jika hadir niat itu seperti ini “Aku Solat Fardhu Subuh”, cuma jika kita makmum niat seperti ini “Aku Solat Fardhu Subuh Makmum.
      5. Terapinya – paksa diri supaya maksimum takbir hanya 3 kali sahaja, dan jika hadir juga was-was, maka abaikan dan teruskan solat. Memang pada kali pertama, ia akan hadir gelisah, namun Insya Allah ia akan ‘sembuh’ nanti. Ingatlah Allah maha Mengetahui apa yang ada dalam hati kita semua.
  6. Pada bacaan Fatihah – jumpa Ustaz/Ustazah untuk memperbetulkan bacaan Fatihah.
  7. Pada bacaan tahiyyat – betulkan dengan ustaz/ustazah.

Rasanya sekadar itu dahulu perkongsian daripada yang pernah mengalami penyakit ini. Semoga bermanfaat.

Wallahua’lam.

Ubati segera sebelum lebih parah

Saya petik daripada FB Dr MAZA Berkenaan WAS-WAS. Semoga bermanfaat. – Updated by DEC 2014 :

GANGGUAN WAS-WAS

Soalan:

Saya selalu was-was. Kalau saya ambil wuduk, saya selalu rasa tidak puas. Saya selalu syak rasa macam wuduk saya batal. Saya buat seperti diajar kepada saya agar saya mengurut kemaluan selepas membuang air kecil supaya pastikan habis air kencing. Tapi sejak itu pula was-was datang. Saya selalu rasa macam ‘terkencing’ atau ‘keluar angin’ masa solat. Sehingga saya selalu risau apabila hendak beribadah. Saya selalu berulang wuduk dan cuba memastikan tiada air kencing di pakaian saya.Apakah penyelesaiannya.

Faisal, Klang.

 

JAWAPAN DR MAZA:

Semoga Allah membaiki urusan saudara. Berikut beberapa perkara yang perlu saudara ambil perhatian;

  1. Perasaan was-was yang mengganggu ibadah adalah gangguan fikiran dan syaitan. Hindarkan jiwa dari melayannya. Ini kerana melayannya bererti mengikut kehendak syaitan yang cuba menghilang fokus seseorang kepada ibadah dan cuba menjadikan seseorang itu akhirnya bosan, bimbang dan jemu dengan ibadah. Para ulama seperti Ibn Jauzi (meninggal 597H), Ibn al-Qayyim (meninggal 751H) dan ramai lagi sejak dahulu menulis dalam berbagai karya untuk membenteras penyakit yang buruk ini.

 

  1. Antara sebab utama berlakunya was-was; tidak memahami atau berpuas hati dengan praktikal Nabi s.a.w yang mudah dan senang dalam ibadah, terpengaruh dengan ajaran fekah yang suka menyusahkan orang ramai dengan berbagai petua yang membebankan, dan juga terlalu melayan gangguan perasaan. Kata al-Imam Ibn al-Qaiyyim: “Tanpa syak lagi sesungguhnya syaitan adalah punca kepada was-was. Mereka yang was-was mentaati syaitan, menyahut seruannya dan mengikuti perintahnya. Mereka berpaling daripada sunnah dan jalan baginda sehinggalah seseorang mereka menganggap apabila dia berwuduk sama seperti wuduk Rasulullah s.a.w, atau mandi seperti baginda masih tidak bersih dan tidak hilang hadasnya. Jikalau tidak disebabkan dia diberikan kemaafan kerana kejahilannya, maka tindakan itu dianggap menentang Rasulullah s.a.w” (Ighathah al-Lihfan Min Masaid al-Syaitan, 134, Beirut: Dar Ibn Zaidun)

 

  1. Antara ajaran yang menyebabkan was-was ialah pendapat yang mewajib mengurut kemaluan selepas kencing. Tiada nas yang sahih dalam perkara tersebut. Hanya yang diperintah agar kita membersihkan diri dari air kencing, bukan disyaratkan mesti mengurut kemaluan sehingga dipastikan segala yang ada dikeluarkan. Anggapan bahawa jika tidak diurut sehingga habis tidak sah solat adalah tidak benar. Kata al-Syeikh Abd al-‘Aziz Ibn Baz r.h: “Adapun mengurut zakar agar keluar sesuatu adalah salah dan tidak wajar. Ia antara sebab berlakunya was-was dan tidak lawas. Hendaklah dihindari perkara ini. Sebaik sahaja terhenti kencing, maka berintinjak (cuci) dengan air…” (Ibn Baz, al-Fatawa al-Muta’allaqah bi al-Tibb wa Ahkam al-Marda, 35, Riyadh: Idarah al-Buhuth).

 

  1. Bagi mengelakkan was-was yang merasai air kencing terkena pakaian atau masih terkeluar dari kemaluan, dicadangkan agar selepas membuang air kecil, diambil air dan direnjis pada pakaian yang berhampiran. Tujuannya, agar jika ternampak apa-apa kesan air, maka anggaplah itu air renjisan tadi. Al-Imam Ahmad telah ditanya oleh seorang lelaki yang selepas berwuduk masih merasa berhadas. Kata al-Imam Ahmad: “Ambil air dalam tapak tangan dan renjis pada kemaluanmu dan jangan peduli lagi, kerana itu menghilangkan syak insyaAllah”. (Ibn Qudamah, al-Syarh al-Kabir 1/94) Cadangan al-Imam Ahmad ini berteraskan hadis Al-Hakam bin Sufyan:

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَوَضَّأَ ثُمَّ نَضَحَ فَرْجَهُ

“Bahawa Nabi s.a.w kencing, kemudian berwuduk dan merenjiskan air pada kemaluan baginda” (Riwayat Ahmad, Nasai, Abu Daud, Ibn Majah dll. Sekurang-kurang hasan kerana syawahid).

Nabi s.a.w melakukan perbuatan tersebut sebagai panduan kepada kita untuk mengelakkan was-was.

 

  1. Adapun rasa ‘keluar angin’ (kentut) tetapi tidak pasti atau tidak yakin bahawa betul-betul keluar atau hanya perasaan sahaja, maka itu tidak membatal wuduk dan solat. Nabi s.a.w mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w:

لاَ يَنْفَتِلْ – أَوْ لاَ يَنْصَرِفْ – حَتَّى يَسْمَعَ صَوْتًا أَوْ يَجِدَ رِيحًا

“Jangan berhenti sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”.

 

Maksudnya, Nabi s.a.w mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti tidak berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira. Termasuklah dalam hal ini mereka yang terasa macam terkeluar air kencing, tetapi tidak pasti samada hanya perasaan atau benar-benar berlaku, maka solat masih dianggap sah. Melainkan dia yakin tanpa ragu bahawa angin atau air kecil benar-benar telah terkeluar.

 

  1. Was-was adalah berpunca dari kurang faham sifat Islam ini. Sebahagiannya datang ajaran sesetengah guru yang suka memayah-mayahkan cara ibadah. Sedang Nabi s.a.w memberitahu kita:

إنَّ الدِّينَ يُسْرٌ وَلَنْ يُشَادَّ الدِّينَ أَحَدٌ إِلاَّ غَلَبَهُ فَسَدِّدُوا وَقَارِبُوا وَأَبْشِرُوا

“Agama itu mudah. Tiada seorang yang memberat-beratkannya melainkan dia menjadi susah. Maka bersederhanalah, dekatilah yang tepat dan gembirakanlah mereka” (Riwayat al-Bukhari).

Oleh itu, elakkan mempelajari fekah dari guru yang suka berfalsafah sendiri dan berteori tanpa berlandaskan nas-nas al-Quran dan al-Sunnah.

 

  1. Orang yang selalu merasa was-was dalam ibadah sehingga melakukannya berulang-ulang kali, atau melayan perasaannya yang sentiasa merasa bebanan was-was hendaklah bertanyakan dirinya sendiri; untuk apa ia lakukan itu semua? Jika ia untuk Allah s.w.t, maka hendaklah dia tahu bahawa Allah tidak meredhai tindakannya melayan gangguan perasaan atau syaitan yang seperti itu. Layanan kepada perasaan was-was itu hanya mentaati syaitan atau ganggu emosi yang salah bukan mentaati Allah. Ikutilah arahan Allah s.w.t dan RasulNya tanpa melayan was-was. Was-was akan memalingkan seseorang dari mengikuti arahan Allah dan rasulNya secara betul.

 

  1. Al-Quran menceritakan bahawa senjata was-was ini jugalah yang digunakan oleh Iblis sehingga membawa Adam melanggar arahan Allah. Firman Allah:

فَوَسْوَسَ إِلَيْهِ الشَّيْطَانُ قَالَ يَاآدَمُ هَلْ أَدُلُّكَ عَلَى شَجَرَةِ الْخُلْدِ وَمُلْكٍ لَا يَبْلَى (120) فَأَكَلَا مِنْهَا فَبَدَتْ لَهُمَا سَوْآتُهُمَا وَطَفِقَا يَخْصِفَانِ عَلَيْهِمَا مِنْ وَرَقِ الْجَنَّةِ وَعَصَى آدَمُ رَبَّهُ فَغَوَى

(maksudnya) “Setelah itu maka syaitan telah mewas-waskan kepada Adam dengan berkata: “Wahai Adam, Mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap? Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu dia tersalah jalan. (Surah Taha: 120-121)

Update on 27 May 2015:

Video berkenaan hal niat:

Penyakit Was-Was

245 thoughts on “Penyakit Was-Was

  1. Hamba Fakir says:

    Assalamualaikum sahabat. itu hari ana ade perasaan was2 ketika solat. Masa tu dh tahiyyat akhir. ana rasa ana dh duduk antara 2 sujud. tapi ana masih merasa tidak sedap hati.seakan-akan ana tertinggal duduk antara 2 sujud. adakah saya perlu sujud sahwi ataupun tidak?? tlg ana wahai shabat.

    1. Wkmslm. Perkara ni sy dah alami. Sy juga bertanya dgn yg faqih ttg ini. Ttg bilangan rakaat. Jawabnya, kalau lupa bilangan rakaat, cthnya 3 atau 4, mka ambik bil yg kecil, iaitu 3. Kmudian cukupkan solat dgn rakaat 4. Disunatkan sujud sahwi sebelum salam.

      Tp katanya, jika tiap2 solat berulang2 perkara yg sama, itu was-was.

      Satu lagi, cuba utk hadirkan diri dlm solat (khusyuk). Cuba fahami bacaan solat.

  2. Anis says:

    Assalamualaikum…mcm mne pula kalau kte waswas niat ape?cthnye mse solat asar tu kte dah yakin niat asar tp tiba2 trpkir btul ke solat asar?ia hadir bnyk kali..batal solat ke?

  3. pah says:

    Assalam ustaz, semasa berniat takbir serentak dalam hati ” aku sembahyang fardu…………, …….. rakaat sebagai makmum tunai kerana ALLAH taala..

    Fahaman sy itu yang saya faham
    Kalau diringkaskan lagi boleh ke? Supaya pergerakan tangan kedada seretak dgn niat

    Kalau sya sembahyang sebagai makmum perluke menyebut makmuman dlm niat.

    1. Wkmslm,
      Cukup sekadar “aku solat fardhu subuh”
      Jika makmum “aku solat fardhu subuh makmum”

      Niat ini masa lafaz takbiratyl ihram “Allahu akbar”.. tak kira tgn sampai ke dada atau lain2..

      Sebagai terapi was2, apa yg saya diajar dahulu, disiplinkan untuk takbir 1 kali & hny maksimum 3 kali. Jika was2 jugak, abaikannya dan terus solat.
      Mula2 rasa pedihnya, lama2 sembuhlah ia dgn izin Allah.

      Sememangnya ubat itu pahit.

      Saya bukan seorang ustaz. Apa yg saya tahu, saya cuba kongsi, jika tidak tahu, saya katakan tidak tahu..

  4. pah says:

    Assalam uztas boleh dihuraikan niat sembahyang………. tunai ALLAHTAALA
    ……. kerana ALLAHTAALA selalu dlam penulisan kitab ada tulis begitu rasa keliru disitu. Adakah tunai ALLAHTAALA untuk sembahyang fardhu shj dan kerana ALLHTAALA pasa sembahayng sunat.

    1. Tunai itu nk bgtau bhw kita ini mlakukan solat fardhu td dlm masa yg ditetapkan. Cthnya zohor dikerjakan dalam waktu zohor. Ia hny sunat dihadirkan dlm hati.

      Qadha pula sebaliknya.

  5. Saya says:

    Assalamualaikum saudara. saya nk tanya. perlukah ulangi mandi wajib sekiranya kita tersedar ada daki di celah celah telinga. ?

  6. izzatiy says:

    Assalamualaikum saudara
    Sy nk btnye dan hrp dpt mbantu
    Sy ni mmg de penyakit was was yg agak teruk
    Solat mesti 15 minit
    Was was bacaan,was was pergerakan dlm solat
    Takbir pon was was kdg2 bpuluh kali takbir
    Utk takbir leh ke kite bdiri n niat dlu bru agkt takbir?(cara mcm tu pon bkali2 takbir)
    Sbb bg sy nk wat takbir bsama niat mmg xleh..bantu lah sy…
    Skrg da rasa letih utk solat:-((

    1. Wa’alaikummussalam,

      Seperti yang saya katakan, saya merupakan salah bekas seorang berpenyakit was-was ini, dan ia memang parah. Hinggakan pernah saya terlepas rakaat pertama bersama-sama imam hanya kerana was-was ketika takbiratulihram. Dan guru/sahabat saya melihat perkara ini menasihati saya (dan ia juga merupakan bekas pesakit was-was). Sahabat saya juga berkata kita ini ditipu syaitan dek kerana ingin mengejar kesempurnaan solat kononnya.

      Saya menjalani terapi dengan mengikut apa yang dia anjurkan. Ia amat perit. Kerana kita ini (pesakit was-was) seolah-olah berpenyakit jiwa. Dan ubatnya amat ‘pedih’.

      Sebenarnya, hakikatnya kita sendiri yang kurang ilmu, hinggakan menyebabkan perjalanan solat itu begitu sukar. Kita faham susun atur, batal sah solat itu secara literal. Dan sekarang, setiap kali bertembung dengan pesakit was-was dalam surau/masjid, terasa ingin sekali berkongsi pengalaman saya dan terasa ingin sekali untuk membantu beliau kerana saya tahu perit pedihnya penyakit was-was ini.

      Sekarang, usah biarkan ia terus parah, usah biarkan ia bersarang dalam hati. Perlahan-lahan kita rawat penyakit ini.

      Apa perlu ada pada minda kita ialah, tawakkal – setiap usaha kita ini adalah bertujuan untuk mendekatkan diri kepada Nya, dan kejayaan itu bergantung penuh pada rahmat dan hidayah Allah taala. Dan sesunggunya Allah maha Pengasih lagi maha Penyayang. Dia lah segala-galanya, tempat kita bergantung. Kemudiannya, kita perlu ingat, apa-apa penyakit yang dirawat, ia akan beransur-ansur sembuh, bukan terus sembuh. Pahitnya ubat itu perlu kita tanggung kerana mengharapkan kesembuhan yang melegakan kelak.

      Soal Takbir, kita limit/hadkan takbir maksimum 3 kali sahaja, dan jika terasa tidak sah (gangguan was-was datang jugak), tolong abaikan. Teruskan solat.

      Perlu faham, bahawa niat itu sebenarnya menunjukkan kita sedar apa yang kita buat.
      Ambil contoh mudah, kesalahan bunuh dengan niat – pesalah tidak melafazkan niat dalam hati “Sahaja aku bunuh dia ini kerana dendam dan geram”, tetapi ia dikatakan ada niat itu apabila pesalah tadi berusaha untuk membunuh dengan harapan ia mati.

      Solat merupakan ibadah yang perlu dilakukan dengan sedar, jadi apa bukti ia sedar? Itulah yang dikatakan Niat. Niat bahawa kita ini solat zohor kerana Allah.
      Jadi, lafaz niat itu adalah bagi usaha untuk hadir niat ketika takbir. Untuk bantu kita ini solat dengan sengaja, dengan sedar.

      Tak perlu lafaz “sahaja aku solat fardhu zohor 4 rakaat kerana Allah” cukuplah dengan “aku solat fardhu zohor”. Dan terus takbir.

      Insya Allah, perlahan-lahan, anda akan nampak penyembuhan itu daripada Allah yang Maha Penyayang. Allah tidak kejam untuk menghalang orang-orang yang berusaha untuk menjadi baik dengan menyukarkan, sebaliknya Dia pasti memudahkannya. Amin.

      Wallahua’lam

    2. aiman says:

      kita senasib. sy pon dah lama kna pnyakit waswas kronik. smmpai skrg, hingga tak dpt nak solat berjemaah krn rasa tak bleh fokus klau baca fatihah dan taahiyat dgn suara prrlahan.

      1. Saya pernah kena macam tuan, baca perlahan terus was-was. Tabahkan hati, follow step-step yang saya kongsi, Insya Allah ada jalan bagi orang yang bermujahadah. Amin

  7. Budak Puchong says:

    Assalamualaikum. saudara. apakah hukum menonton cerita yang berunsurkan magik dan berlaku lintasan hati syirik ketika menonton filem itu. adakah perbuatanitu dikira sengaja melahirkan lintasan hati ? adakah saya telah syirik ? mohon jawapan segera. TQ

    1. Wa’alaikummussalam, Cerita berunsurkan magik? dan berlaku lintasan hati syirik?
      Lintasan tu pada saya, ia adalah godaan syaitan yang terkenal dengan kepakarannya mengganggu hati kita ini. Syirik dikira apabila lahir dalam hati secara YAKIN. Bukannya lintasan-lintasan gangguan tadi.

  8. anonymous says:

    Salam ustaz.. Bgaimane pule tuk hlgkan was2 dlam ati kite.. Ia dtg dlm ati kite scre brtalu… Cmne kita nk hlgkan die tnpe rase stress.. Stiap bgn pg lintsn y mncrut akn dtg dlm ati saye..

    1. Wkmslm.. nak hilangkan was2..
      First, pohonlah kekuatan daripada Allah.
      Memohon dengan apa yg Allah mampu bagi (sudah pasti Allah boleh beri apa shj), bkn mohon sekadar apa yg kita mahu.

      Mohon agar Allah tunjukkan jalan keluar. Dan Allah akan beri. Allah itu Maha Hebat dan Luas Rahmat Nya. Tinggalnya, bagaimana cara yg kita dapat.

      Lazimkan bergaul dgn shbt2 yg mnjaga tutur kata… agar kebiasaan bnda2 baik meresap masuk dlm jiwa kita ini.

      Manfaatkan akal kita ini dengan bacaan yg bermanfaat, telinga dengan nasihat dan tazkirah.

      Insya Allah, jalan keluar pasti ada.

      Wallahua’lam.

  9. Budak tasek says:

    Salam ustaz. Sejak kebelakangan ini hati saya selalu terlintas benda2 yang boleh membawa kepada kekufuran padahal saya memang tak nak langsung. Ianya datang secara tidak terkawal. Saya sering menangis apabila lintasan itu datang. Macam mana nak menanganinya?

    1. Wkmslm. Semoga Allah kurniakan kebaikan untuk mu, saya dan seluruh kalian muslimin.
      Syaitan tidak mungkin senang melihat peningkatan iman dalam diri bani Adam. Maka, ia akan berusaha sedaya upaya untuk membisik-bisik di telinga kita. Percayalah, ia tidak berlaku pada mu shj, malah kepada mereka yang lain.

      Dengan demikian, kita harus tahu yang Allah itu bersifat Maha Tahu daripada setiap keyakinan dalam hati kita dan sudah tentu Allah Maha Tahu yang lintasan kekufuran itu bukan daripada kita, bahkan ia daripada syaitan.

      Allah Maha Adil… Maka, abaikan bisikan2 itu.
      Sentiasa bersangka baik (husnu dzan) terhadap limpahan nikmat dan rahmat Allah, yang mana mustahil bagi Allah berlaku zalim…

      Wallahua’lam

      1. Budak tasek says:

        Terima kasih ustaz.. Moga Allah merahmati ustaz. Dah 3 bulan saya macam ni.. Doakan saya sembuh ye ustaz..

  10. Hamba Allah says:

    As-salam ustaz,

    Kalau kita ragu-ragu/was-was dalam sebutan bismillah dan bacaan Al-fatihah, sah ke solat kita kalau kita terus kan?

    Saya mengalami was-was ketika hendak lafaz kan bacaan bismillah dan Al-fatihah. Macam tidak kena bila baca. Kadang-kala lebih pada 10minit asik mengulang bacaan.

    Adakah sah solat saya kalau saya teruskan sahaja solat saya sekiranya saya teruskan sahaja dengan bacaan saya yang saya rasa tak sempurna dan tak betul?

    Adakah cara untuk mengubatiny-?

  11. Hamba Allah says:

    As-salam ustaz,

    Kalau kita ragu-ragu/was-was dalam sebutan bismillah dan bacaan Al-fatihah, sah ke solat kita kalau kita terus kan?

    Saya mengalami was-was ketika hendak lafaz kan bacaan bismillah dan Al-fatihah. Macam tidak kena bila baca. Kadang-kala lebih pada 10minit asik mengulang bacaan.

    Adakah sah solat saya kalau saya teruskan sahaja solat saya sekiranya saya teruskan sahaja dengan bacaan saya yang saya rasa tak sempurna dan tak betul?

    Adakah ada cara untuk mengubatinya?

    1. hafizmerah says:

      Wa’alaikummussalam Tuan,

      Sebaiknya teruskan solat, jangan hiraukan lagi mainan syaitan tersebut.
      Penyakit perlukan ubat, dan ubatnya pahit. Begitu juga analogi untuk penyakit was-was ini. Kita hadkan ulang baca tersebut kepada 3 kali sahaja, jika lebih ia bukan lagi menambah baik lagi, malah memburukkan keadaan.

      Apa yang telah diajarkan kepada saya, juga oleh seorang Ustaz (pernah was-was juga), penyakit ini perlu diubati dengan terapi. Apa itu terapi? Ia adalah cara ubat yang berterusan. Dengan izin Allah yang maha luas rahmat Nya, Alhamdulillah, saya berjaya mengatasinya. Namun, benar, pahit sungguh ubatnya.

      Walaupun terasa tidak sempurna atau tidak betul, abaikan, kerana hak menilai itu bukan ditangan kita. Selagi mana kita telah lakukan yang terbaik, mengikut aturan yang diberikan dan diajarkan oleh Baginda Nabi s.a.w, maka tawakkal lah kepada Allah. Husnu Dzan (bersangka baik) kepada Allah, yang mana Allah akan menerimanya.

      Teruskan istiqamah melawan kehendak hati yang batil itu (was-was), dan yakinlah, Allah tidak akan sia-siakan usaha kita dalam mendekatkan diri kepada Allah dengan jalan yang benar.

      Semoga Allah berkati Tuan dan saya. Wallahua’lam.

  12. Hamba Allah says:

    As-salam Ustaz,

    Saya nak bertanya tentang permasalahan niat yang seterusnya mengakibatkan was-was.

    A) Niat ketika Wudhu

    1)Adakah sah wudhu seseorang itu sekiranya dia hanya melafazkan niat (arab) dimulut ketika air bertakung ditangan sebelum sapu ke muka?

    (Dia tak berniat dalam hati ketika air sampai ke kulit muka sebab dia dah lafaz niat (arab) )

    2) Adakah sah wudhu seseorang itu sekiranya dia berniat di dalam hati ketika air hampir sampai ke muka?

    (Air belum sentuh kulit, cuma air sikit sahaja lagi nak sampai dekat kulit muka dah terlintas niat “sahaja aku…” di dalam hati kerana berhati-hati tak nak was-was)

    3) Adakah sah wudhu seseorang itu sekiranya dia tidak melafazkan niat (arab) dan dia tidak berniat di dalam hati ketika air sampai ke kulit muka?

    Sampai tempat wudhu, Dia terus sahaja sapukan air ke muka. Sebab, ketika kita nak ke tempat berwudhu itu bukan kah sudah di kira ada niat untuk berwudhu?

    B) Niat ketika solat

    1) Adakah sah solat seseorang itu sekiranya dia hanya melafazkan niat (arab) tetapi dia tidak berniat di dalam hati ketika takbir?

    2) Adakah sah solat seseorang itu kalau dia tidak melafazkan niat (arab) dan dia tak hadirkan niat “sahaja aku…” Di dalam hati ketika takbir?

    Bukan kah ketika seseorang itu berdiri dia tahu yang dia hendak mendirikan solat? Jadi adakah dia masih perlu menyusun niat di dalam hati?

    Harap Ustaz dapat membantu dengan permasalahan ini.

    1. Wa’alaikummussalam,

      A)
      Tuan, sebenarnya lafaz niat tu adalah mmbantu hadirnya niat ketika menyapu muka td… Ikut mazhab kita dikira sunat.

      Jika kita terjemahkan lafaz td, dalam bahasa Melayu dimulakan dengan Sengaja/Sahaja aku ambil wudhu… Ini mnunjukkan kita ambil wudhu td dalam keadaan sedar yg kita ambil wudhu, bukan dilakukan tanpa sengaja. Jadi, sebab itu masa air menyentuh muka, kita dah niat pun sebenarnya, sebab kita datang nk berwudhu’.

      Cukuplah masa basuh muka tu, kita niat “Aku wudhu lillaahi taala” @krn Allah.

      B)
      Benar, ia tak perlu susun niat dalam hati… kata orang, perlu ada point2 je dalam niat. Tak perlu berayat.

      Contoh niat ringkas “Aku solat fardhu Zohor”. Sudah memadai…

      Kita perlu tahu, yang perlu hadir dalam niat ada tiga sahaja, Qasad, Ta’rudh, Ta’yin.

      Qasad – Kita buat dengan sengaja/sedar (bukan tengah tidur ke contohnya)
      Ta’rudh – Apa yang kita buat – Solat
      Ta’yin – Kategorinya – Fardhu Subuh

      Maka telah selesai jika hadir niat itu seperti ini “Aku Solat Fardhu Subuh”, cuma jika kita makmum niat seperti ini “Aku Solat Fardhu Subuh Makmum.

      Wallahua’lam. Semoga kita diberkati Allah.

      #maaf, typing dgn handphone shj…

      1. Hamba Allah says:

        As-salam Ustaz,

        Maaf kerana banyak bertanya.

        Jadi maksudnya, sampai ditempat wudhu kita terus basuh muka pun sudah dianggap sah kan?

      2. hafizmerah says:

        Wa’alaikummussalam,

        Pertama kita lihat, apa tujuan kita ke tempa wudhu? Tujuannya hendak berwudhu… Kerana mentaati perintah Allah (kerana Allah). Jadinya, secara tidak langsung, niat itu sudah ada ketika kita menyapu muka, sebabnya kita buat secara sedar. Bermakna, kita telah pun niat sebenarnya.
        Sekarang, mujahadah kita adalah mengabaikan bisikan-bisikan syaitan yang meragu-ragukan hati kita. Insya Allah, Allah permudahkan. Wallahua’lam.

  13. Hamba Allah says:

    As-salam Ustaz,

    Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian ilmu.

    Terdapat bermacam-macam versi pasal niat ni. Dan saya rasa ustaz pun penerangan alhamdulillah, memudahkan untuk orang yang macam saya (penyakit was-was).

    Semoga Pahala Ustaz mengalir dengan ilmu yang dikongsikan.

    Amin.

    Terima Kasih Ustaz

  14. Was-Was says:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Kalau kita was-was solat sampai masuk waktu solat lain, adakah sah solat kita?

    Sebagai contoh:-

    Kita solat Maghrib pada pukul 8.15mlm, waktu tamat Maghrib adalah pada pukul 8.27mlm (waktu Isya). Disebabkan was-was, kita abis solat Magrib pada pukul 8.45mlm. Dan dia juga yakin bahawa, dia telah mendapat 1 rakaat sebelum masuk waktu isya.

    Persoaalan:-

    1) Adakah sah solat Maghrib dia?
    2) Perlukah dia berhenti dari teruskan solat Maghrib dan Lakukan Solat Qadha Maghrib?

    Terima Kasih Ustaz.

    1. Wa’alaikummussalam,

      Teruskan solat hingga habis. Solat Sah, insya Allah.

      Kemudian, sama-sama kita perbaiki diri untuk memberikan priority/keutamaan kepada agama ini, terutamanya bab Solat. Solat diawal waktu itu yang utama.
      Sekiranya kita solat lewat disebabkan was-was ketika berwudhu’ dan solat, harus kita ingat, Allah tidak pernah menyusahkan hambanya dalam urusan agama. Jadi yang menyukarkan itu adalah diri kita sendiri.
      Jika was-was, ubatilah segera.

      Sama-sama muhasabah diri dan perbaiki diri. Insya Allah, Allah pasti menolong mereka yang ingin ‘dekat’ dengan Nya. Wallahua’lam.

  15. Alyah says:

    Assalamualaikum

    Saya ada masalah was-was dan kali ni ia melibatkan ‘lupa rakaat’
    Kebelakangan ini setiap kali solat, saya akan ragu2 dengan jumlah rakaat. Perlu ke saya biarkan saja xdilayan keraguan itu, atau setiap kali itu juga saya perlu tambah rakaat dan buat sujud sahwi? jzkk

    1. Wa’alaikummussalam,

      Dari sudut Fiqh, dalam masalah lupa bilangan rakaat, contohnya seseorang itu terlupa samada ia masih rakaat ke 3 atau sudah pun 4 rakaat… Jika ini berlaku, maka hendaklah ia ambil yang kurang, iaitu rakaat ke 3. Iaitu ia teruskan solat dengan menganggap ia berada pada rakaat ke 3.

      Namun, masalah lupa rakaat seperti di atas tidak berlaku pada setiap waktu solat. Jika ia berlaku pada setiap waktu solat, maka itu ada campur tangan syaitan (was-was).

      Nasihat saya (saya juga pernah mengalaminya), cuba fokus masa solat dengan mendengar dengan teliti bacaan-bacaan solat. Dan ambil apa yang yakin pada hati anda, seperti jika yakin yang anda berada pada rakaat ke 3, teruskan dengan rakaat ke 3…

      Dan pastinya, perlu berdoa kepada Allah… Mulanya khusyuk solat dengan khusyuknya semasa ambil wudhu’. Fokus untuk ambil wudhu’.

      Wudhu’ seolah-olah langkah pertama kita masuk ke gerbang solat, kita basuh muka dan hadirkan niat serta berdoa dalam hati agar wajahku ini bakal terpilih untuk memasuki syurga Mu Ya Allah… Begitu juga apabila basuh tangan kanan, dengan berharap agar tangan kanan ini lah yang akan menerima kitab amalan nanti, dan tidak di tangan kiri…

      Allah pasti menolong seseorang yang mujahadah untuk meraih redha Nya.

      Wallahua’lam

  16. Ingin tahu says:

    Salam Ustaz,

    Kalau kita dah mandi wajib dan kita juga yakin kita dah rata serta sempurna kan mandi wajib kita.

    Namun, bila dah setengah hari, kita perasan mcm ada bekas air mani atau kerak air mani dekat bulu-bulu kaki kita.

    Adakah sah mandi wajib kita?

    Adakah bekas air mani menghalang air untuk sampai ke kulit?

    Saya berasa was-was dalam perkara ini

    Terima kasih ustaz

    1. Wkmslm… Sekarang ini, kita sudah yakin yang sudah rata air itu. Kita hanya sedar setelah seberapa tempoh yang lama. Maka hukumnya sah, sebab mungkin bekas yg menghalang air itu terkena setelah selesai mandi wajib.
      Melainkan kita perasan sesuatu yg menghalang air sebaik sahaja selesai habis mandi wajib…
      Wallahua’lam

      1. Ingin tahu says:

        Terima kasih ustaz. Saya pun rasa bahawa saya dah mengosok semua tubuh badan ketika mandi dan saya mengunakan shower.

        Cuma bila dah tengah hari, baru saya tersedar ada semacam kerak/benda kering di kaki saya.

        Saya cuma was-was sebab bila terkena bulu, pasti terkena kulit.

        Ada juga pendapat lain yang saya rujuk, katanya kalau bekas air mani kering melekat dikulit dan kita baru sedar selepas mandi wajib, mandi wajib kita tu sah.

        Saya kekurangan ilmu berkenaan ini.

      2. Betul tu, pandangan tu… sebabnya, air mani boleh berpindah2, sebab digosok kulit tadi. Maka kesimpulannya air tetap kena pada semua kulit. Maka sah mandi wajib walaupun sedar/perasan sebaik lepas mandi wajib.
        Lain pula jika yg menghalang air td mustahil berpindah2 ketika digosok, cthnya cat yg kering di kulit…

  17. Assalamualaikum ustaz, saya ada masalah dalam rukun qauli di mana saya rasa bacaan saya tu tak di dengari oleh telinga saya padahal saya dah cuba sedaya upaya saya utk buat yg terbaik tapi rasa tak sempurna pula. Kalau diulang bacaan qauli tersebut dah jadi was was pula sbb kita ikut turutan syaitan..

    Jadi sekarang bacaan qauli tak betul, kalau saya ulang lagi sekali, tidakkah ia menjadi turutan syaitan?

    1. Wa’laikummussalam,
      Apa beza rukun Qauli dengan Fi’li? Tentunya, Qauli itu bermakna “cakap” dan Fi’li itu bermakna “perbuatan”. Apa makna cakap? Cakap ini menggunakan mulut, atau dengan kata mudah “lafaz” yang mengeluarkan suara.

      Cuba kita duduk di bilik yang sunyi, dan kita bercakap – contohnya membaca fatihah. Tentu sekali kita mendengar percakapan/bacaan kita itu. Namun, apabila kita berada di hiruk pikuk (tempat yang bising), dan kita baca fatihah, namun kurang kedengaran di telinga sendiri… Adakah kita dikira tidak bercakap/membaca fatihah tadi? Kita masih dikira sebagai membacanya…

      Sebab itu, kita juga dilarang membaca kuat bacaan-bacaan solat apabila duduk berjemaah, kerana mengganggu solat orang sebelah. Cukuplah kita membacanya dengan perlahan.

      Jadi tidak perlu ulang lagi bacaan tersebut, jika kita sudah membacanya, bergerak bibir mengeluarkan lafaz-lafaz rukun qauli.

      Wallahua’lam. Maaf sebab saya menggunakan pendekatan di atas agar mudah faham dan hilang syak di hati.

  18. Was was says:

    As-salam Ustaz,

    Saya ada kemusyikilan berkenaan hukum darah kering.

    Katakan saya lap darah jerawat (mungkin bercampur nanah sikit) dan darah dari gusi/gigi saya menggunakan tisu.

    Lepas tu, saya terlupa nak buang tisu tersebut. Darah ditisu tersebut dah jadi kering.

    Ketika solat, angin telah terbang kan tisu tersebut dan saya terpijak ketika saya bangkit dari sujud.

    Persoalannya, adakah solat saya sah akibat terpijak tisu ada darah kering tu?

    Bila sy tengok di internet, ada bermacam-macam pendapat yang buat saya keliru

  19. saya tahu kena tomakninah iaitu berhenti sebentar selepas tasbih di dalam rukuk, iktidal dan sujud, tapi saya terlepas juga sebab tak sengaja
    maklum la kita ni manusia biasa tidak sempurna kadang2 kita lalai dan leka dalam solat punca daripada syaitan

    jadi ustaz solat2 yg sebelum ni kena ulang lagi sekali la?
    sedangkan Allah tidak membebankan hamba itu sendiri melainkan dgn apa yg kita mampu buat saja

      1. Thama’ninah – diam seketika pada kadar masa bacaan ‘subhanallah’. Thamaninah perlu ada pada setiap peralihan rukun fi’li (rukun yang melibatkan perbuatan, bukan bacaan – seperti peralihan qiam kepada ruku’, daripada ruku’ kepada I’tidal dan sebagainya).

        Note: kadar bacaan subhanallah tu dlm lebihkurang 1.5 saat.

        Boleh rujuk sini:
        https://irhafiz.wordpress.com/2012/04/09/muafik-dan-masbuk-dalam-solat-berjemaah/

        Begini, Thamaninah ni hanya melibatkan rukun perbuatan (fi’li), bukannya rukun lafaz/bacaan (qauli)..
        Jadi, yang dikatakan thamaninah dlm rukuk tu, bukan diam seketika selepas bacaan tasbih tu.
        Tetapi diam (diam perbuatan, bukannya diam dgn suara (senyap)) itu masa rukuk cthnya, ada yg tak baca zikir tasbih dlm rukuk, sebab katanya ia sunat. Jadi, walaupun kita tidak baca tasbih masa rukuk tadi, kita kena rukuk dgn thamaninah… bukan seperti ayam patuk padi, tiada thamaninah…

        Jd dlm kes tuan, ia sudah dikira ada thamaninah, sebab masa rukuk tu, tuan dah tunduk pegun sambil baca tasbih 3 kali…

        Maaf, mungkin penerangan saya ini kurang jelas. Wallahua’lam..

        Semoga Allah permudahkan urusan kita semua.

  20. Ingin tahu says:

    Salam ustaz,

    Sy ada kemusyikilan, sekiranya sy berwudhu/mandi wajib sy sedar ada semacam kotorn diisi kuku sy, sy dah sental sy dah sabun masih tak boleh hilangkan, adakah sah wudhu dan mandi wajib sy?

    Utk maklumat lanjut, itu bukan sisa makanan. Ia cuma mcm kotorn kecil berwarna hitam yg sendiri tak pasti apa dia. Kuku sy dh potong pendek sampai boleh nampak kuku. Sy dah sabun, sy dah sental. Masih juga tak hilang. Masih ada lagi. Sy pun tak tau itu kotoran apa. Sama ada daki atau bekas luka kecil.

    Kalau sy bersih kan lagi, isi kuku sy akan terluka.

    Sy berasa was-was pulak sebab kotoran itu tidak hilang.

    Tolong sy ustaz

    1. Wa’laikummussalam, perkara yang menghalang air menyebabkan tidak sah wudhu/mandi wajib.

      Contohnya cat, liquid paper. Apabila seseorang tu, apb habis mengecat rumah contohnya, dia ambil wudhu’ & sebelum itu dia sudah membersihkan semua cat yg menghalang, kmudian dia solat. Namun apb ia habis solat, dia perasan ada satu titik cat pada tangannya.
      Dalam kes ini, dia tak perlu ulangi solatnya, sebab dia sudah bersihkan cat sebelum wudhu. Mungkin saja cat itu terkena ketika perjalanan dia daripada tempat wudhu ke tempat solat…

      Kita ini telah berusaha, maka bersangka baiklah kepada sifat Rahman Allah.

      Dalam kes kuku tadi, kita tak boleh terlalu details, hinggakan melukakan jari. Itu memudharatkan diri. Cukuplah kita menggosok jari tadi dengan menganggap kotoran itu beralih-alih ketika ambil wudhu, dan air sampai ke semua tempat.

      Allah tak memberatkan hambanya. Bahkan, jika seseorang itu luka tangannya, dan tak boleh kena air, cukup dengan lalukan air pada pembalut luka itu.

      Insya Allah.
      Boleh juga rujuk di sini: http://www.al-ahkam.net/home/content/sj-04-0106-tahi-mata-menghalang-wudhu-ke

      1. Ingin tahu says:

        Terima kasih ustaz atas penerangan.

        Sy masih ada 1 soalan lagi. Apakah yang dimaksudkan dengan “yakin tidak dibatalkan dgn keraguan”?

        Adakah sebagai contoh, sy mandi wajib pada waktu subuh, setelah sy selesai, dalam 1 ketika terdetik was was dalam hati sy ragu-ragu sama ada sy dah ratakan air diketiak atau tidak.

        Was was ini berlarutan setengah hari hingga masuk waktu zohor.

        Dalam kes ini, adakah was was ini menyebabkan mandi hadas sy tidak sah disebabkan was was yang berpanjangan?

        Kalau sy membuat keputusan untuk yakin bahawa sy dah ratakan air diketiak sy (tapi ada sikit ragu2) adakah mandi wajib sy sah? (sebab sy dah was was lama sampai nak masuk waktu zohor)

      2. Was-was ini tidak menyebabkan terbatalnya mandi wajib itu. Masih sah. Was-was itu hanyalah mainan syaitan, kononnya untuk rasa kita ini buat terbaik kerana Allah, hingga membebankan diri kita – melampaui batas.

        Mandi wajib, meratakan air ke seluruh badan. Sudah pasti melalukan air pada badan tadi sudah terkena celahan ketiak. Lagi pun perasaan ragu-ragu itu datang beberapa lama kemudian.

        MELAINKAN, jelas kita nampak benda yang menghalang air menyentuh kulit (contohnya cat) ketika kita mandi.

        Wallahua’lam.
        -bukan ustaz-
        Insya Allah, saya doakan kesembuhan buat semua, keperitan/trauma akibat was-was ini hanya dirasai oleh orang yang pernah mengalaminya. Saya faham.
        Jangan putus asa dengan Rahmat Allah.

  21. Ingin tahu says:

    Terima kasih banyak-banyak atas perkongsian ilmu. Bila dengar penerangan ini saya berasa yakin.

    Terima kasih banyak-banyak

  22. Assalamualaikum, apakah hukum sekiranya kita melakukan kesalahan2 yg tidak sengaja dalam solat, contohnya tertiggal rukun solat hendaklah digantikan dgn sujud sahwi, tapi sujud sahwi pula terlupa.

    Jadi adakah perkara2 yg tidak sengaja itu dimaafkan?

    1. Wa’alaikummussalam,

      Bismillahi rahmani rahim…

      Pertamanya kita perlu tahu, apa itu rukun solat dan apa itu sunat.

      Rukun Solat itu merupakan perkara yang mesti dilakukan, sekiranya tidak buat, maka batal solat. Rukun ini ialah asas, yang mana ada 13 rukun dalam solat.

      Sunat pula ada banyak, ada yang melibatkan perbuatan dan ada yang melibatkan perkataan/lisan. Contoh sunat perbuatan, mengangkat tangan ketika takbiratulihram, rukuk, iktidal dan setelah bangkit daripada tahiyat awal. Contoh sunat lisan adalah tasbih yang dibaca ketika ruku’ dan sujud dll.

      Sunat pula terbahagi kepada 2 iaitu: a) haiah – “ringan tuntutannya” b) ab’ad – “berat tuntutannya”

      Seseorang itu disunatkan sujud sahwi, antara sebabnya adalah tertinggal sunat ab’ad. Saya bagi contoh. Antara sunat ab’ad (sunat yang sangat dituntut untuk melakukannya) ialah duduk tahiyyat awal. Seseorang itu tidak dikira batal solatnya sekiranya dia tertinggal duduk tahiyyat awal, kerana ia bukan rukun solat, ia adalah sunat (sunat ab’ad). Maka, dia disunatkan untuk sujud sahwi sebelum salam pertama.

      Sujud sahwi juga hukumnya sunat – tinggal rugi, buat dapat pahala. Sujud sahwi bukanlah wajib.

      Makna bacaan ketika sujud sahwi pun menggambarkan kelemahan kita yang tidak terlepas daripada lupa dan lalai. Jadi, seeloknya kita faham tasbih yang dibaca itu – Maha Suci Allah yang tidak tidur dan tidak lupa.

      Kesimpulan:
      Tiada maaf pada yang tertinggal rukun
      Sujud Sahwi disunatkan apabila tertinggal sunat ab’ad.

      Wallahua’lam

  23. Kurang ilmu says:

    Salam ustaz,

    Kalau kita tengah mandi wajib, tengah-tengah mandi wajib tu kita buat kerja lain, misalnya menyusun baldi-baldi yang bersepah, lepas tu kita sambung balik mandi wajib kita mcm biasa, adakah mandi wajib kita masih sah?

    Macam rasa tak ‘kusyuk’ pulak mandi wajib tu sebab macam berhenti dipertengahan mandi.

      1. Ingin tahu says:

        Terima kasih ustaz.

        Saya ada 1 soalan lagi.

        Sekiranya selepas saya solat saya perasan ada tahi mata ditepi mata kita. Adakah wudhu saya tadi sah? Adakah tahi mata tadi menghalang air wudhu?

        Saya ada rujuk beberapa pendapat diinternet. Tapi ada yang kata sah, ada yang kata tak sah. Bermacam pendapat.

        Setahu saya, taik mata apabila terkena air dia akan cair.

        Tapi saya was-was, perlu kah sy qada balik solat saya?

  24. Minta Tolong says:

    As-Salam Ustaz,

    Sekiranya kita mandi wajib kita rasa kita dah meratakan air dikesuluruhan anggota timbul pulak rasa was-was samada saya telah meratakan air ditapak kaki saya atau tidak. Was-was ini terjadi ketika sy nak ambik wudhu setelah selesai mandi wajib.

    Persoalan saya, kalau betul lah sy terlupa, adakah air dilantai itu sudah dikira meratakan air ditapak kaki? sebab sy guna shower.

    Sy berasa tidak tenteram dengan was-was ini walaupun sy dah baca penerangan-penerangan di atas. Perlukah sy mandi wajib semula?

    1. Wa’laikummussalam,

      Tapak kaki adalah di bahagian bawah, dan insya Allah akan kena air tadi. Sebabnya, kita tidak akan pegun berdiri tanpa mengangkat tapak kaki kita bukan?
      Jadi tak perlu ulangi mandi lagi.

      Pesan ikhlas saya, usah dilayan perkara kecil yang tidak pasti (kabur) melainkan jelas pada kita seperti yang diterangkan sebelum ini. Contohnya kesan cat yang memang pasti menghalang air daripada terkena kulit, dan diyakini cat tadi kena sebelum mandi wajib. Namun, pada perkara-perkara yang tidak pasti, abaikan sahaja bisikan-bisikan itu.

      Harapkan redha Allah, Allah tidak akan mensia-siakan usaha kita dalam melawan bisikan-bisikan was-was yang merosakkan itu. Insya Allah.

  25. Hamba Allah says:

    Salam Ustaz,

    Saya juga mempunyai masalah seperti di atas. Di harap ustaz dapat membantu saya dalam hal mandi wajib ini.

    Ketika saya mandi wajib, saya yakin bahawa saya dah meratakan kesuluruhan air di anggota badan saya. Namun ketika saya selesai mandi wajib dan sudah mengelap badan, sy terus mengambil wudhu. Ketika sy nak mengambil wudhu, saya terperasan bahawa ada taik mata dia bawah mata saya. Taik mata yang kenyal tu, bukan kerak. Ada berkemungkinan taik mata itu berada di dalam kelopak mata saya.

    Sejurus saya perasan taik mata tersebut, saya terus basuh taik mata tersebut. Namun persoalannya:-

    Saya basuh taik mata saya tadi sejurus saya lap badan saya dan hendak berwudhu. Dan sy sudah seakan berniat bahawa saya dah selesaikan mandi wajib saya. Adakah sah mandi wajib saya?

    Adakah taik mata yg kenyal itu menghalang air mandi wajib saya?

    Yang kedua, adakah jerawat yang belum pecah. (Jerawat masak, ada nanah) menghalang air mandi wajib? Ini kerana ketika mandi, kita cek takda jerawat yang bernanah. Tapi setelah mandi, ada pula jerawat nanah itu. Jerawat nanah itu terletak di bawah leher. Sy perasan ketika lepas solat.

    Harap dapat menjawab persoalan ini dan diharap juga soalan sy ini dapar membantu mereka yg mempunyai masalah yang sama.

    Harap ustaz dapat membalas persoalan sy ini

    1. Wa’alaikummussalam,

      Persoalan pertama:

      Tidak sah mandi wajib sekiranya kita memang pasti bahawa sesuatu itu melekat dengan badan tadi benar-benar menghalang air sampai ke kulit. Namun, dalam kes ini, kita tidak pasti bahawa ia pegun di satu tempat, boleh jadi ia beralih-alih tempat semasa kita menggosok badan tadi. Maka air tetap sampai ke tempat tersebut.

      Melainkan benda yang menghalang air sampai ke badan, yang diyakini menghalang air seperti cat.

      Saya berikan contoh, katakan kita baru sudah mengecat rumah, dan masuk waktu asar. Kita pergi membersihkan anggota wudhu supaya tiada cat yang tinggal. Setelah diyakini bersih, maka kita pun berwudhu dan solat.

      Setelah selesai solat, kita sambung kerja mengecat, dan memakai baju (untuk mengecat). Tiba-tiba kita perasan ada cat di tangan.
      Adakah perlu diulangi solat dan wudhu? Jawabnya, tak perlu sebab tidak diyakini bahawa cat itu yang menghalang wudhu, mungkin cat itu terkena selepas selesai salam.

      Persoalan kedua:

      Tentang jerawat. Tuan telah menyakini dan berusaha untuk membersihkannya sebelum mandi. (rujuk kes pengecat tadi)
      Jerawat yang pecah tidak mengapa, cukuplah mandi seperti biasa, menggosok-gosok muka seperti biasa.

      Wallahua’lam

      1. Sama-sama, tidak perlu ulang mandi wajib.
        Insya Allah, kita telah berusaha yang terbaik untuk mencari redha Allah. Bakinya, terserah pada Allah.
        Bersangka baiklah kepada lautan limpahan rahmat Allah. Pasti Allah tidak akan mensia-siakannya.

  26. Hamba Allah says:

    Salam Ustaz,

    Minta sangat ustaz dapat reply persoalan saya yang di atas ini.

    Saya tak tau sama ada perlukah sy mengambil semula mandi wajib saya.

    Terima kasih ustaz

  27. Unknown says:

    As-salam Ustaz,

    Saya berasa was-was terhadap status solat sy.

    Sy solat subuh ketika betul-betul waktu syuruk. Ini disebabkan sy ada masalah buang air. Jadi terliwat.

    Ketika niat, sy rasa mmg tepat-tepat masuk waktu syuruk (7.25am) . Cuma yakin tak yakin, sy niat solat subuh seperti biasa tanpa perkataan qada. Sy sebut fardu subuh.

    Bila selesai solat, bila sy tgk jadual waktu solat. Rupa-rupa waktu syuruk 7.24. Maknanya sy berniat itu ketika telah masuk masuk waktu syuruk.

    Apakah solat sy ini sah ustaz apabila sy berniat solat subuh seperti biasa tanpa perkataan qada?

    Perlu kah sy mengqadha kan balik solat sy ini?

    1. Wa’alaikummussalam,

      Saya telah merujuk kepada yang lebih faqih dalam bidang ini, beliau memberi pandangan:

      Untuk solat itu dikira sebagai solat subuh contohnya, ia perlulah paling minimum selesai 1 rakaat dalam waktu subuh. Persoalan niat samada kita niat qadha atau tidak, ia tidak menjadi persoalan utama. Solat tersebut adalah sah.

      Yang menjadi persoalan utama adalah, kita dikira berdosa kerana melengahkan waktu solat hinggakan melakukan solat pada waktu yang lain. Jika dirujuk kepada surah al Ma’un:

      (Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang – (laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya, (ayat 4-5)

      Ayat ini ditujukan kepada mereka yang solat lewat waktu / waktu yang lain. Sebabnya, solat itu perlu di dalam waktunya. Tidak cukup hanya dengan mengqadha’ solat tanpa ada rasa insaf dan rasa tidak ingin melakukannya lagi.

      Sama-sama kita memperbaiki amalan kita untuk meraih keredhaan Allah taala. Wallahua’lam.

  28. Keliru says:

    Salam Ustaz.

    Saya berpenyakit was-was yang agak teruk dalam bacaan dalam solat.

    Mana satu kah bacaan bismillah yang betul?

    1) bismilLAHirrahMANNirrahim

    Atau

    2) bismilLAAirrahMAAnirrahim

    Bila diperhatikan ramai yang baca bismilah yang pertama dan ada juga yang kedua.

    Saya berasa keliru. Dulu sy mengamalkan bacaan bismilah yang pertama. Tetapi. Bila ada yang menegur itu bismilah yang salah. Sy mengamal yang kedua.

    Masalah timbul bila lidah sy berasa keras untuk menyebut bismilLAA dengan rahMAA mesti terbunyi bismiLAH dan juga RahMAN.

    Saya dah cuba elakkan. Lidah tetap keras nak menyebut bismillah yang betul. Kadang-kadang dah betul. Saya terasa was-was macam ia salah.

    Ini menyebabkan sy berulang kali membaca surah Al-Fatihah. Adakah saya perlu meneruskan sahaja bacaan sy dan abaikan was-was ini?

    Minta pandangan ustaz

    1. Wkmslm.. bacaan yg ke 2 tepat dengan tajwid.
      Nasihat saya, teruskan solat dan abaikan was-was. Melainkan zahir/jelas sangat salahnya…
      Disamping itu, kerapkan tasmi’ (mmperdengar) bacaan fatihah kepada ustaz2 yang faqih dalam ilmu tajweed..

      Wallahua’lam.

  29. Keliru says:

    Satu lagi ustaz.

    Adakah dengan terbaca BismiLAH dan RahMAN akan mengubah struktur ayat?

    Kadang-kadang lidah seakan susah untuk menyebut BismiLAH dan RahMAA. Saya pun tak tau sama ada ia perasaan saya atau tidak.

      1. Bacaan tidak sah (not valid) apabila ia mengubah makna. Contohnya.. dalam bahasa Melayu, “maka nasi” apabila ditambah satu huruf menjadi “makan nasi” – dua ungkapan berbeza, memberikan makna yang berlainan.
        Begitu juga dalam Bahasa Arab… ia akan berubah makna jika ditambah/dikurangkan hurufnya.

        Tiada yang terus lancar bacaan hanya belajar sehari dua, ia perlukan praktis. Praktis dengan guru… Guru dengar dan tegur kesalahan kita.

        “bismillaa hir rahmaa…” – berbeza daripada – “bismillaahhirrahmaanni”. Kerana ada pertambahan huruf di situ. Nasihat saya, berguru dan memperdengarkan bacaan kepada mereka yang tahu ilmu tajwid ini.

  30. Che Sal says:

    Salam ustaz

    Saya ada was was dlm bilangan rakaat. Ketika solat isya’ smlm, saya sudah yakin yg saya sudah berada pd rakaat ke-3 tetapi tiba2 rasa mcm terlepas rakaat ke-2. Walhal … pd masa yg sama, saya juga rasa dah yakin saya dah lakukan tahiyyat awal. Jd dgn rasa yakin dan melawan was was saya teruskan buat rakaat ke-3.

    Bila dah selesai solat, hati saya rasa mcm tak sempurna… Saya masih melawan perasaan was2 itu tetapi masih tidak boleh hilang. Adakah perlu saya ulang dan qada solat lg?

    1. Wa’alaikummussalam, Apa yang saya faham, tuan sudah yakin dgn bilangan rakaat tersebut. Dan tuan sudah melakukan kadar terbaik. Melainkan tuan benar2 lupa rakaat tersebut…
      Pandangan saya yang lemah ni, abaikan was2 tadi, sebabnya tuan sudah yakin bilangan rakaat dan tiada sebab untuk menambah bilangan rakaat…

      Harapkan rahmat Allah yang maha Luas insya Allah.. Wallaha’lam.

      1. Che Sal says:

        Minta maaf byk2 jika soalan ini menimbulkan kesukaran… Walau bagaimanapun, terima kasih byk2 di ats jawapan ustaz. Insya Allah, moga Allah terima ibadat2 kami dan beri rahmat serta petunjuk kpd kami semua.

  31. Karnain says:

    Dalam ustaz,

    Kalau ketika iktidal sy tersalah lafaz , tersebut Allahuakbar, adakah solat sy masih sah?

    Sy hanya tersebut salah sekali sahaja.

  32. Salleh says:

    As-salam Ustaz,

    Adakah sah solah saya sekiranya saya berulang-ulang membaca doa qunut? Ini akibat was-was dalam bacaan.

    Adakah saya tergolong didalam golongan orang yang memanjangkan rukun yang pendek? (Iktidal)

    Pengulangan bacaan sy tadi, sy rasa lebih daripada kadar bacaan al-fatihah

    Ada sesetengah pendapat mengatakan memanjang iktidal tu hanya makruh hukumnya. Solat tidak batal.

    Sy bukan sengaja melamakan bacaan qunut sy. Sy mengulang kerana was-was.

    Perlukah sy qada solat subuh sy?

    1. Wa’alaikummussalam,

      Solat tidak batal. Tetapi tuan perlu improve untuk hilangkan was-was tu.
      Satu lagi, seperti yang kita tahu, doa qunut bukanlah rukun solat. Meninggalkannya dengan sengaja pun tak apa (tidak batal solat).
      Mengikut aliran Fiqh Syafee, ia dikira sunat ab’adh (sunat yang sangat dituntut).

      Wallahua’lam.

      1. Salleh says:

        Terima kasih ustaz,

        Lega hati saya dengan perjelasan ustaz.

        Sy ingat solat sy batal sebab telah memanjangkan rukun yang pendek dalam bacaan doa qunut.

        Terima kasih ustaz

  33. Halimi says:

    Salam Ustaz,

    Saya ada kemusyikilan tentang status solat sy.

    Selepas sy solat zohor, ketika sy membuang air, sy terperasan seakan mcm ada kerak kecik di seluar dalam sy. Sizenya hanya sebesar 3-4 butir pasir. Sy juga cek di kemaluan sy, mcm ada seakan kerak juga. Namun sy tidak dapat pastikan apakah ia, sama ada air mani atau air mazi.

    Tompokan itu kecil. Hanya 1 tompok. Dan size nya paling besar pun 5 butir pasir atau kurang.

    Sy pun tidak tahu dan tidak dapat pastikan air apa yang keluar kerana tidak ada berlaku sebarang rangsangan. Tidak ada bau, tidak berasa puas. Dan benda tu sudah kering, berdasar ia sudah jadi semcm kerak.

    Sy sedar selepas solat zohor. Dan sy telah bersihkan tompokan kecil itu. Namun sy was-was. Sah kah solat sy? Perlukah sy mandi wajib?

    Sy betul-betul tak tau apakah tompokan kecil itu. Separuh dari hati sy seperti ingin mengabaikan saja sebab sy xdpt pastikan itu air mazi atau air mani.

    Tapi terasa macam tak sedap pula sebab tiba-tiba mcm ada kerak kecil. Dan di kemaluan sy pun semcm ada kerak. Tapi sgt sedikit. Dan sy pun tak pasti itu kulit kering, kerak cairan atau apa sebab sy terus basuh.

    Perlukah sy abaikan? Tolong sy ustaz

    1. Wkmslm.. tuan perlu abaikan.. sebab tiada hujah/bukti yg ia adalah najis.

      Sesuatu yg asalnya suci tidak dikira najis/tidak suci melainkan ia terbukti jelas ia ada najis. Jika tidak, ia tidak termasuk dlm kategori ada najis.

      Wallahua’lam.

      1. Halimi says:

        Walau pun ada kerak/bekas tu ya ustaz? Maaf, sy kurang ilmu dalam perkara ini.

        Kalau air mani, sy rasa tidak mungkin, kerana sikit dan tidak berbau. Cuma bekas nya semcm air mani kering. Dan kalau ia air mani sekali pun, mesti apa bila sy buang air, akan ada baki-baki ia keluar. Tapi dalam hal ini memang takda.

        Sy cuma takut air mazi. Sebab air mazi ni kita tak boleh nak kawal bila terdetik atau terpikir perkara yang bukan-bukan.

        Cuma sy tidak boleh pastikan adakah betul ia air mazi atau cecair lain. Sebab benda itu telah menjadi bekas.

        Jadi, sy abaikan sahaja la ya ustaz?

      2. Walaupun ada bekas tu… sbb tuan tak dapat nk pastikan yg ia adalah air mazi.. (air mani tidak najis, maka ia boleh diabaikan).
        Melainkan ia ada bau cthnya… jika tidak, abaikan shj.. dan serahkan pd Allah.. kita dah buat yg termampu dan mngikut tunjuk ajar ulama fiqh.. then kena lah tawakkal..

  34. Khalish says:

    Salam ustaz,

    Sy berpenyakit was-was yang sangat teruk.

    Boleh kah sy terus takbir tanpa baca lafaz niat dan lintaskan niat di hati?

    Sy berasa amat sukar untuk melintaskan niat dihati ketika takbir.

    Adakah solat sy sah kalau sy terus saja takbir?

    1. Wa’alaikummussalam,

      Pertama, hukum lafaz niat adalah sunat. Yang wajib adalah niat.

      Apa itu niat? Adakah bacaan dalam hati itu adalah niat? Bukan, bacaan dalam hati bukanlah niat.

      Katakan saya berwudhu, dan selesai wudhu, saya betulkan sejadah untuk solat zohor. Sedang betulkan sejadah, ada seorang ustaz datang dan saya plan nak berjemaah dengan beliau, dan saya iqamah. Selesai sahaja iqamah dan doa, imam pun takbiratulihram. Kemudian saya juga takbiratulihram… Itulah niat.

      Niat ini menunjukkan kita sedar apa yang kita buat. Tentu sekali semasa saya tabiratulihram tadi, saya sedar yang saya sedang solat zohor berjemaah/makmum.

      Tuan boleh rujuk DrMAZA di sini: https://www.youtube.com/watch?v=MWvz8vLilh8

      Jadi, sebagaimana yang saya sebutkan tadi, itulah niat. Niat bukanlah menyusun kata-kata dalam hati.

  35. Khalish says:

    Jadi sah lah solat sy kan ustaz? Sebab sy mmg sedang ingin mengerjakan solat.

    Tak perlu lafaz dah terus saja bertakbir.

    Begitu jugak dgn ambik wudhu kan ustaz?

      1. Khalish says:

        Sudah ustaz,

        Terima kasih atas penjelasan. Dan video dari ustaz maza menjelaskan lagi terperinci.

        Sy akan praktikan utk terus bertakbir sahaja.

  36. Rashdan mohd says:

    Salam ustaz,

    Sy juga ada masalah seperti saudara di atas. Tapi dalam kes sy, sy was was ketika nak berniat utk mandi wajib.

    Teramat susah sy nak berniat dlm hati ketika air cecah dianggota zahir. Pasti niat tu akan terlintas sebelum terkena. Kalau dah terkena air dulu baru niat pun sy akan was was.

    Adakah seperti penerangan ustaz dkt atas, ketika sy terdetik nak pergi bilik air utk mandi wajib itu dah menandakan sy telah bermiat?

    Jd sy tak perlu la berniat lg?
    Minta pertolongan ustaz

    1. Wkmslm… sy pun pernah kne mcm ni…
      Yup.. kita dah g ke bilik air tu mmg dah niat dah… masa kita jirus utk mndi wajib tu pun dah niat..

      Niat ni bkn berkata2 dlm hati. Tp nk tunjukkan yg kita sedar apa yg kita buat..

      Tuan dah pun berniat masa mandi tu.. lepas ni jgn layan lg was2 tu… ia akan beransur2 sembuh insya Allah…

      Wallahua’lam.. – sila tgok video youtube Dr Maza sekali dlm komen yg lepas

  37. Rashdan mohd says:

    Terima kasih ustaz.

    Ada 1 persoalan lagi. Ketika sembahyang, lintas niat tu tiba-tiba hadir sebelum takbir. Tapi ketika takbir kita niat juga lagi dan terus kan solat. Ada solat sy sah?

    Lintasan niat hadir sebelum takbir ini selalu sangat berlaku. Dan sy berulang kali takbir takut tak betul.

    Yang kedua, ketika berdiri tegak. Ada tidak sah solat kita kalau kaki kita tidak lurus. Sy mengambil masa yang lama untuk meluruskan kaki. Mesti rasa was-was kaki tak lurus. Maksudnya kaki belah kanan dan kiri tidak segaris. Sy selalu sangat menitik beratkan hal ini.

    1. Soalan 1: Sah. Teruskan solat…
      Soalan 2: Dah ok tu.. mmg lurus/tegap.. janji mnghadap qiblat

      Saya faham.. kadang2 kita terlebih fokus bnda2 yg kurang penting… sbb kita semua masih dlm blajar… improvement sikit2..

  38. Mohd says:

    Salam ustaz,

    Ketika tahiyat akhir sy berasa was was dalam bacaan sy. Ayat “ibaadillaahi soolihiin” sy mcm terbunyi angin dihujungnya terbunyi seakan “ibaadillaahi soolihiii”. Namun sy teruskan jugak solat sy sampai abis. Sebab semasa itu sy yakin bacaan sy betul sy sebut hin bukan hii. Cuma mungkin bunyi angin.

    Makin lama selepas solat sy semakin was was. Sy takut solat sy tidak sah.

    Adakah sy perlu solat kembali bila hati sy rasa tidak tenteram akibat was was ini?

    1. Wa’alaikummussalam, masa tu tuan dah yakin dengan bacaan tu betul. Cuma bila habis solat, was-was datang menyerang, sebab itu memang kerja “was-was” ni, ia akan datang kemudian. Usah dilayan, tidak perlu diulang solat lagi.

      1. Mohd says:

        Terima kasih ustaZ.

        Terasa sakit yang amat perit untuk melawan perasaan was-was ini ustaz. Terasa macam hati sangat tak tenteram kalau saya terus abaikan. Jadi macam tak kusyuk. Sah ke solat saya ustaz kalau hati saya tak tenteram?

        Satu lagi ustaz, sah ke solat saya kalau lafaz niat solat saya adalah usolli FARDU zohri, asri, magribi etc.

        Selalu orang lafaZkan niat solat seperti usolli FARDAL asri, FARDAS subhi. Tapi saya gantikan dengan fardu.

      2. Begini, kita tanya balik dalam hati kita, adakah melayan was-was itu suatu tuntutan agama? Tidak, bahkan ia harus dijauhi. Rasa tidak tenteram itu memang akan ada pada permulaannya. Dengan niat kita untuk memperbaiki ibadah kita, kita terus abaikan. Abaikan was-was itu.

        Tentang lafaz niat, ia hukumnya sunat (apa yang kita belajar aliran syafie). Ia sebenarnya membantu kita supaya fokus pemikiran untuk standby sebelum takbiratulihram, agar kita lakukan solat itu dalam keadaan sedar dan bersungguh-sungguh.
        Nasihat saya, jika tuan ingin lafazkan niat tu, lafaz sahaja dalam bahasa tuan, bahasa Melayu, supaya matlamat untuk fokus itu tercapai. Lafaz sahaja – “Aku solat fardhu zohor lillahitaala”.
        Jika ini pun mengganggu dan menyebabkan was-was, baik tinggalkan sahaja. Matlamat tuan sekarang adalah meninggalkan was-was dan memperbaiki ibadah lillahitaala – kerana Allah taala. Insya Allah

  39. Zailani says:

    Salam Ustaz,

    Apakah perbezaan air mani dan air wadi? Sy ada kurang ilmu berkenaan air wadi.

    Adakah air mani boleh terkeluar sendiri tanpa ransangan melalui tangan atau melakukan hubugan suami isteri?

    Hal nya bila saya membuang air kecil, tiba-tiba keluar seakan cairan dikemaluan. Ia seperti air mani. Tapi yang peliknya sy tidak melakukan apa-apa ransangan. Tapi mungkin sebelum sy buang air sy berasa ghairah. Tapi tidak sampai melakukan apa-apa ransangan.

    Air nya seakan kenyal mcm jeli dan berwarna putih dan kekuningan sedekit. Ia keluar sejurus buang air kecil

    Adakah itu air mani atau air wadi? Sy berasa was was sama ada sy perlu mandi hadas atau hanya bersuci sahaja.

    1. Wa’alaikummussalam,

      Ada pelbagai jenis air, antaranya – air mani, air mazi dan air wadi. Mudah cerita, air mani ini sifatnya keluar pada kemuncak syahwat dan ia keluar secara memancut. Jadi, air yang keluar (tidak memancut & tidak dikemuncak syahwat) adalah bukan air mani. Maka tidak perlu mandi hadas (mandi wajib). Wallahua’lam

      1. Ustaz,

        Saya sangat kurang arif berkenaan air wadi. Air wadi itu bagai mana?

        Berkenaan air mani, boleh kah air mani keluar tanpa rangsangan dan keluar ketika buang air kecil?

  40. Assalamualaikum ustaz saya ada soalan. Macam mana kalau contoh sebenarnya memang air tidak kena pada anggota wuduk, adakah kita kena layan atau jgn layan?

    kalau kita ulangi bsuhan takut kita akan melayan was was, tp kalau kita tak layan takut dikhuatiri solat tak sah sbb tak rata air.

    Apakah sekiranya seorang yg was was itu dimaafkan apabila dia tidak ratakan air ataupun buat sambil lewa pd anggota wuduk utk mnghilangkan was was?

    1. Wa’alaikummussalam, air wudhu perlu kena pada anggota wudhu. Jika memang sahih/jelas tidak kena pada anggota tersebut, wudhu tidak sah.
      Persoalan was-was ketika wudhu adalah mereka yang berwudhu dengan mengulang-ulang basuh anggota wudhu walaupun air telah kena pada anggota tersebut. Hingga berlaku pembaziran.

      Jadi, anggota wudhu perlu dibasuh dengan sempurna. Jika tidak ia tidak sah.

      Yang dikatakan “jangan layan perasaan was-was” itu adalah pada perkara-perkara yang ditegah oleh agama – ambil wudhu hingga membazir air dek kerana was-was.

      Wallahua’lam.

  41. Was was says:

    Salam ustaz,

    Ketika solat. Tiba-tiba saya terasa macam ada darah dimulut saya. Macam sahaja. Saya tak dapat pasti betul darah atau tidak.

    Saya pernah terkena perasaan terasa ada darah ini. Bila saya batalkan solat untuk cek mulut saya, ternyata ia hanya perasaan saya. Takda darah pun. Walaupun terasa macam ada darah.

    Ada juga situasi betul memang ada darah. Jadi saya dah berasa was was.

    Dalam kes ini. Saya solat macam biasa saya abaikam was was saya. Bila selesai solat. Saya ludah, memang tak ada darah.

    Tapi mungkin berkemungkinan darah itu telah abis ditelan saya. Sebab itu tak ada darah dah.

    Saya berasa amat tertekan dengan was was ini. Adakah solat saya sah ustaz?

    Terima kasih

    1. Wa’alaikummussalam,

      Apa-apa najis yang terkena pada badan atau pakaian ketika solat, ia perlu terbukti ada. Kadang-kadang, ia memang tidak nampak secara jelas – contohnya najis cicak – namun ada bau najis tersebut, dan ada warna kuning pudar contohnya, maka ia terbukti ada. Jadi sama la kes macam yang terjadi pada tuan, sekiranya selesai solat, selepas beri salam tuan cek pada mulut memang tiada darah, maka ia dikira tiada. Itu sahaja yang mampu kita lakukan.

      Jangan dihimpit dengan benda yang tidak pasti…

      Saya pernah mendengar tazkirah/kuliah Ustaz Fiqh (Ustaz yang faqih dalam hukum hakam). Katanya, kes najis pada baju/pakaian, ia dikira batal solat hanya jika terbukti yang najis tadi memang ada pada pakaian ketika kita solat. Saya beri contoh, sekiranya kita habis solat, kita pun baca doa. Setelah itu kita berdiri dan pergi ke kawasan berdekatan dinding surau, menyapa rakan kita. Setelah duduk bersama-sama mereka, rakan kita berkata ada najis cicak pada seluar kita. Ya, memang ada…
      Persoalannya, adakah ia kena ketika kita solat tadi atau selepas solat. Jika tiada bukti yang ia terkena ketika solat, maka solat tadi sah. Mungkin sahaja ia terkena ketika kita berjalan ke tempat kawan kita, atau semasa kita duduk bersama-sama mereka.

      Wallahua’lam.

  42. Anonymous says:

    Salam tuan,

    Adakah bacaan tahiyat ini betul? Yang saya tanda “” “”

    ATTAHIYATUL MUBARAKATUS-SALAWATUT-TAIYIBATU LIL””LAH””.

    ASSALAMU ‘ALAIKA AIYUHAN NABIYU WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

    ASSALAMU ‘ALAINA WA’ALA ‘IBADIL””LAA””HIS-SALIHIN.

    ASY-HADU ALLA “”ILAA”” “HA “ILLAA””LLAH. WA ASY-HADU ANNA MUHAMMA””DUR”” RASULULLAH.

    Kebanyakkan saya dengar orang sebut seperti dibawah

    ATTAHIYATUL MUBARAKATUS-SALAWATUT-TAIYIBATU LIL””LAA””.

    ASSALAMU ‘ALAIKA AIYUHAN NABIYU WARAHMATULLAHI WABARAKATUH.

    ASSALAMU ‘ALAINA WA’ALA ‘IBADIL””LAH””HIS-SALIHIN.

    ASY-HADU ALLA “”ILAH”” “HA “ILLAH””LLAH. WA ASY-HADU ANNA MUHAMMA””DUR”” RASULULLAH.

    sy kadang2 susah nak menyebut LAA. Kadang2 terasa bunyi LAH. Dah sebut betul. Tetap kadang2 bunyi LAH jugak. Mcm contoh bismillaa. Bunyi bismillah.

    Adakah sy ni dimaafkan seperti sama dgn org yg pelat?

    1. Wa’alaikummussalam,

      Yang atas betul. Begini, kita sambil amal, sambil improve… jangan statik. Improve dengan tasmi’ (memperdengar) bacaan kepada guru atau kawan2 yang tahu quran dan tajwid. Kalau tanya ustaz sekali pun, pasti dia akan cakap dia pun melalui zaman-zaman pelat ni. Tapi ada improvement hari ke hari.
      Satu lagi, benda ni agak sukar dibezakan, apa yang perlu, kita tasmi’ dengan guru2. Dia akan ajarkan kita mana yang betul atau salah. Kami sendiri pun masih belajar mengaji quran. Stage by stage.

      1. Anonymous says:

        Terima kasih tuan atas penjelasan. Insyallah sy usahakan utk memperdengarkan bacaan.

  43. Ingin Tahu says:

    Salam ustaz.

    Sy ada persoalan yang lain sikit dari was-was.

    Sy nak tanya, dalam solat semasa melibat hukum bacaan seperti al-fatihah dan tahiyat akhir, bolehkah kita hanya mengerakkan bibir tanpa mengeluarkab bunyi?

    Bukan baca dalam hati. Membaca tapi hanya mengerakkan bibir.

    1. Wa’alaikummussalam, kita baca perlahan, tapi didengari oleh telinga kita. Namun, jika bunyi aircond lagi, bunyi motor lagi, tak pun berjamaah di surau, kita maintain suara perlahan hingga tidak ganggu orang sebelah.
      Jangan nanti kita kuatkan suara nak lawan bunyi aircond, dan lain-lain, itu salah. Yang dikatakan dengar oleh telinga sendiri tu, contohnya kita bangun malam, waktu sorang2, kita baca dan dengar ditelinga. Kadar yang sama juga kita baca pada masa-masa yang lain.
      Wallahua’lam

      1. Ingin Tahu says:

        Ustaz,

        Jadi hanya mengerakkan bibir tak keluar kan suara tak boleh la ya ustaz?

        1 lagi, katakan kita nak abaikan was-was kita. Kita teruskan solat. Tapi hati kita tak tenteram. Tak kusyuk, lalu tiba2 terlintas dalam hati “solat aku batal” “solat aku tak betul” “aku nak berenti dari teruskan”

        Saya teruskan juga solat saya. Saya lawan lintasan hati tu, sah ke solat saya?

        Lintasan-lintasan itu hadir bukan dalam kawalan saya. Dia hadir sendiri. Saya pernah membaca, kalau ada niat nak batalkan solat. Solat jadi tak sah. Tapi ini dia datang dengan tiba2 selepas saya melawan was-was. Adakah saya dimaafkan kalau saya teruskan juga lawan was-was saya ni walaupun ada lintasan2 macam tu.

      2. Untuk kes baca tu, memang kene keluar suara. Itu rukun Qauli (percakapan/sebutan).
        Gerak bibir sahaja tak memadai. Tapi, kalau environment kita memang bising, tak perlu menjerit/baca kuat2 untuk mengatasi surrounding yang lagi tinggi dB (decibel) tu [dB tu unit untuk bising].

        Untuk lintasan hati solat aku batal dan lain2, just ignore it, abaikan sahaja. Ia memang permulaan begitu.
        Kenapa perlu abaikan? Sebabnya, was-was ini adalah suatu yang tidak syarie.. kita dituntut untuk khusyuk, tapi kita dilarang untuk was-was. Jadi permulaannya memang akan ada lintasan-lintasan itu.
        Healing process – proses penyembuhan – melalui terapi ini memang take time, ambil masa. Insya Allah, moga dipermudahkan. Wallahua’lam.

  44. Ingin Tahu says:

    Alhamdulillah dengan penerangan ustaz. Walaupun ada lintasan hati nak batalkan solat. Saya akan teruskan juga solat.

    Soalan terakhir ustaz. Maaf sebab banyak menanya.

    Saya ada scroll komen-komen sebelum ini. Saya ada ternmpak berkenaan dengan niat. Untuk mandi wajib.

    Ustaz cakap bila kita henda ke bilik air untuk mandi wajib pun dah kira sudah berniat.

    Tapi, kenapa ada sesetengah ulama cakap, niat sebelum air cecah ke anggota zahir ini tak sah? Dia kena cecah dan niat. Itu sy keliru dengan yang ustaz cakap kan.

    Berkenaan mandi wajib, cecah mana-mana anggota zahir pun takpa kan ustaz klu kita nak pasang niat tu? Contoh, mulakan dengan tangan dulu. Atau, kita terus sahaja mandi?

    1. Insya Allah, kita lihat satu per satu.

      Niat ini adalah satu perkara penting yang menunjukkan bahawa kita melakukan sesuatu perkara itu dalam sedar dan sengaja. Niat juga bukan berkata-kata dalam hati. Itu adalah guide bagi kita agar kita lakukan itu perlu sedar bahawa kita ini nak mandi wajib.

      Jadi, apabila kita dah ambil tuala memang dah terlintas nak mandi wajib, kita dah plan in our mind untuk mandi wajib. Jadi sebaik sahaja kita jirus mana-mana part of our body, sudah pasti kita dah niat. Sebabnya kita masa itu sedar yang kita ini hendak mandi wajib, tidak lain hanyak kerana mentaati perintah Allah. Itu dah kira niat.

      Bukan berkata-kata dalam hati – yang ini guide. Tuan boleh lihat penerangan di sini: https://www.youtube.com/watch?v=MWvz8vLilh8

      Ini adalah suatu cara untuk buang was-was itu. Bertambah ilmu, sepatutnya semakin mudah dan jelas. Itu baru betul, bukannya semaki rumit dan membebankan.

      Semoga Allah permudahkan kita semua ya. Wallahua’lam

      1. Ingin Tahu says:

        Dia jadi keliru bila ada ustaz-ustaz cakap, niat kalau tak serentak tak sah mandi wajib. Niat kalau sebelum air cecah, tak sah mandi wajib.

        Itu yang saya keliru.

        Jadi, mula-mula saya mandi biasa. Selepas itu, saya biar kan sejenak dalam beberapa saat, saya mulakan terus dengan mandi wajib? Tanpa susun niat dalam hati?

        Boleh kan? Sebab selepas sy berenti sejenak tu sy dh nak mulakan mandi wajib sy

      2. Ustaz tu cakap betul. Semua benda kena ada niat. Namun cara kita faham salah atau complicated sangat.
        Seseorang berhadas besar, bangun pagi. Dalam minda dia, dia lupa yang dia berhadas besar. Langsung tak terlintas dalam minda dia yang dia berhajat untuk mandi wajib. Ketika ia mandi, sudah tentu ia mandi biasa. Maka ia dikira mandi biasa, dan perlu angkat hadas besar semula (mandi wajib).
        Namun, berbeza bagi orang yang memang sedar yang dia perlu mandi wajib, bersiap-siap dan mandi. Itu dah kira niat – sebab ia lakukan dengan sedar dan sengaja.

        Dalam kes Tuan, jika ada kawan tanya, kamu nak buat apa tu, tentu kamu jawab, “nak mandi wajib ni…” – itu dah kira niat la tu. Berhajat untuk mandi wajib.
        Jadi, jangan membazir air dengan rasa ragu-ragu hadir atau tak niat tu, sebab kefahaman kita tentang hadirnya niat tu salah.
        Tak perlu mulakan dengan mandi biasa kemudian mandi wajib pun, teruskan sahaja mandi wajib.

      3. Ingin Tahu says:

        Lagi ustaz sy nak memahamkan.

        Saya masuk bilik air, terus sahaja mandi macam biasa kan?

        Maafkan saya. Mungkin cara pemahaman sy tentang niat sejak dari dulu dah salah.

        Sy telah diterapkan, mesti niat dalam hati. Maksudnya mesti susun niat dalam hati. Jadi ia buat sy jadi sukar.

        Sekarang, kalau ikut apa yang diajar oleh ustaz, masuk bilik air, terus kan sahaja mandi macam biasa. Tak perlu susun-susun niat dalam hati. Terus sahaja duduk bawah shower dan rata kan air. – sebab tujuan asalnya memang ke bilik air untuk mandi wajib.

        Benarkan?

        Maafkan sy ustaz

  45. Rozali says:

    Salam Tuan Ustaz,

    Saya ada perkara yang was-was.

    Ketika saya solat zohor berjemaah, selepas selesai solat, saya terperasan baju kemeja sy terkeluar. (Saya masukkan baju ke dalam)

    Walaupun terkeluar, saya tak dapat pastikan sama ada ternampak aurat atau tidak. Jadi saya abaikan sahaja.

    Menurut ustaz, benda yang kita tak pasti ini, abaikan sahaja kan? Sebab sy tak boleh pastikan sama ada nampak aurat atau tidak.

    Ada berkemungkinan boleh nampak aurat, terutama ketika sujud. Tapi saya tak boleh nak pastikan

    1. Wkmslm. Tuan. Pertama make sure baju kita yg dipakai memang tertutup aurat terutama ketika sujud. Kalau tuan sujud mmg baju tersebut terbuka aurat, maka tak boleh la. Sebab baju itu mmg singkat dan diyakini semasa sujud terbuka aurat.

      Namun, jika sebaliknya, selagi mana tak diyakini/dibukti aurat nmpk masa sujud, ia sah.

      Seperkara lagi, andai kain terselak cthnya, ditiup kipas angin, jika cepat2 tutup.. maka ia dimaafkan..

      Wallahua’lam.

  46. anna althafunnisa says:

    Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya. Saya mengalami masalah was2 dalam solat. Ketika bacaan tasbih sujud yg perlu dilafazkan sebanyak 3 kali, saya mengulang bacaan pada lafaz kedua kerana was2. Adakah sah solat saya? atau saya perlu solat balik?

  47. Razman says:

    As salam Tuan Ustaz,

    Saya ada persoalan sikit. Berkenaan was-was.

    Situasinya begini. Ketika solat subuh, ketika rakaat ke-2, saya mcm ada terasa saya tergigit sesuatu di gigi garham saya. Saya tak boleh pasti kan sama ada makanan sebelum saya tido atau ada sesuatu dalam mulut saya. Yang pasti, saya dah gosok gigi dan berkumur.

    Saya abaikan. Dan saya telan air liur seperti biasa. Namun, ketika abis solat. Benda yang saya terasa saya tergigit tadi, telah hilang.

    Saya terpikir, adakah kerana saya telah tertelan air liur tadi itu yang menyebabkan dia hilang.

    Sebelum ini, ada juga kes sama seperti ini. Terasa macam ada tergigit sesuatu. Namun, bila diperiksa, tiada apa-apa pun.

    Perasaan saya ini, adakah ia was-was? Adakah betul tindakan saya, saya abaikan dan teruskan solat saya?

    Sebab saya sendiri tak boleh pastikan apakah benda itu.

    Kalau benda yang kita tak pasti, bolehkan kita abaikan?

  48. zikry says:

    assalamualaikum, saya nk tanya sah x mandi wajib jika ada jerawat pada muka ? saya was was ttg prkara itu … tq

  49. Zamani says:

    Salam Ustaz,

    Sekiranya lepas kita wudhu, tiba-tiba lepas ambik wudhu ketika dah lama sikit dalam 10mins lepas kita ambik wudhu kita perasan ada mcm kotoran di kuku kita.

    Kotoron itu seperti bulu-bulu benang atau benda-benda yang senang hilang. Bila gosok dia boleh hilang atau beralih.

    Perlukah kita ambik wudhu semula? Kotoran ini tidak melekat

    1. Zamani says:

      Satu lagi ustaz,

      Saya kerap ada masalah kentut. Asal nak solat, mesti rasa nak kentut. Dia akan lagi rancak ketika henda solat. Bila sebelum solat, takda pula.

      Ketika berwudhu, sy dh ada perasaan ni. Sy cuba utk buang, namun tak keluar. Sy anggap ini hanya gangguan. Tetapi lepas abis berwudhu. Gangguan kentut datang lagi. Kali ni sy rasa mcm terkentut. Tapi sy tak boleh confirmkan. Mungkin juga kentut yg sy rasa ini hanya angin didalam. Bukan angin yang dikeluarkan sebagai kentut. Cuma pergerakkan angin di dalam.

      Saya abaikan, dan terus sahaja solat.

      Adakah betul tindakan sy ini ustaz?

      1. Abaikan sahaja tuan. Perkara itu memang gangguan.
        Gangguan seperti itu memang daripada syaitan. Contoh mudah, apabila berjemaah dalam surau, apabila ada seorang makmum terbatuk, yang lain turut terbatuk. Adakah perlu? Ia gangguan.
        Banyak juga kes, ketika solat ia selalu bermain-main dengan janggut.

        Jadi, abaikan. Fokus untuk khusyu’ dalam solat. Wallahua’lam.

    2. Wkmslm,

      Tak perlu… Benang adalah benda yang menyerap air. Contoh mudah, kita pergi ke kolah masjid, ambil wudhu… dan tanpa menyinsing lengan baju, kita celup tangan kita sekali dengan lengan baju yang membaluti tangan. Ia tetap sah, sebab air sampai ke tempat wudhu tersebut.

      Wallahua’lam

  50. fadilah says:

    Assalamualaikum ustaz

    Masalah saya ketika sedang solat

    contoh: masa takbiratulihram memang saya dah niat sahaja aku solat fardhu zohor. Kemudian tengah baca doa iftitah alfatihah tiba2 terlintas dalam hati kata ni solat sunat la solat fardhu asar la. Sometimes tengah rukuk tengah sujud pun ade berfikiran macam tu. Macam saya nak tukar niat, tapi saya tak berkeinginan langsung nak tukar niat pun. Lintasan tu mesti datang everytime saya sedang solat.

    saya selalu nak set dalam minda saya nak kekalkan niat nak yakinkan diri saya yang saya ni memang tengah solat fardhu zohor, bukan solot sunat bukan solat fardhu selain zohor bukan tukar niat. Tapi kadang2 saya tewas dan takot sangat niat saya yang asal tadi dah bertukar, saya rasa terpaksa untuk berhenti solat dan mulakan semula.

    Bila saya mulakan semula, memang jadi lagi lintasan2 ni. Saya letih, saya abaikan sahaja. Saya paksa diri saya dalam hati kata memang aku tengah solat fardhu zohor. Saya paksa diri saya kata Allah tahu solat apa yang sebenarnya sedang saya lakukan.

    Adakah cara saya nak tangani was-was/lintasan itu betul? Solat saya sah ke begitu? Saya selalu menangis sebab fikir perkara ni. Saya rasa terbeban sangat.

    1. Wa’alaikummussalam,

      Perkara yang sama juga pernah berlaku atas diri saya, dan saya kira ia sama sahaja dengan yang lain-lain.

      Lintasan-lintasa sebegitu saya abaikan sahaja, dan memang akan datang rasa bersalah pada permulaannya. Alhamdulillah, lama kelamaan ia hilang dan tidak mengganggu lagi.
      Terapi ini ibarat minyak afiat yang disapu pada luka, sakit luka tersebut tidak akan hilang serta merta, namun ia akan beransur-ansur sembuh.

      Harap ini membantu. Motivate yourself, and achieve the target. Insya Allah.

  51. Ramadhan says:

    As-salam Ustaz,

    Saya ada 2 kemusyikilan.

    1. Kalau sy solat, terus sahaja takbir, tanpa lafaz niat dan juga tanpa niat di hati. Masuk sahaja jemaat saya terus takbir dan teruskan dengan al fatihah. Adakah solat saya sah? Saya tak faham dengan maksud qasad tarud tayin dalam konteks tak susun niat dalam hati.

    2. Dalam bacaan al fatihah dan juga tahiyat akhir, perlukah kita membaca dengan pernuh tajwid? Saya ada menonton video ustaz UAI, dia kata bila dalam solat tak perlu bertajwid. Mcm contoh:

    At’tahi’ya (tanda sabdu) terus sahaja baca atahiya .

    Adakah sah bacaan saya? Kadang-kadang sy menumpukan bacaan bertajwid sampaikan saya was was. Sy ulang balik bacaan

    1. Wkmslm..

      1. Kalau sy solat, terus sahaja takbir, tanpa lafaz niat dan juga tanpa niat di hati. Masuk sahaja jemaat saya terus takbir dan teruskan dengan al fatihah. Adakah solat saya sah? Saya tak faham dengan maksud qasad tarud tayin dalam konteks tak susun niat dalam hati.

      Jwpn:

      Insya Allah, saya cuba bantu clarify persoalan niat ni.

      Niat bukanlah menyusun kata-kata dalam hati. Niat itu hadir apabila kita dalam keadaan “sengaja”. Contoh, kalau ada orang tanya Tuan selepas takbiratul ihram tu, tuan tengah solat maghrib ke? Tuan jawab: Ye la… Dah, itu pun dikira niat, kerana melakukan perkara itu dengan sengaja. Dan, sebab itu kalau tuan refer pada kitab/buku panduan solat 90an dulu, lafaz niat dia dimulakan dengan “Sengaja aku solat…”.

      Qasad, Ta’rudh dan Ta’yin itu adalah item-item @ perkara-perkara yang perlu ada dalam niat itu. Contoh: Aku Solat, Fardhu, Maghrib…
      Bererti, masa takbirratulihram perlu ada perkara2 di atas. Dan kita perlu tahu, niat bukan menyusun kata-kata dalam hati. Cukuplah begini, semasa Qiam, tuan dah set dalam hati untuk solat berjamaah fardhu maghrib… dan terus takbiratul ihram. Itu dah kira niat.

      Harap tuan dapat rujuk video yang disertakan.

    2. Soalan 2:

      2. Dalam bacaan al fatihah dan juga tahiyat akhir, perlukah kita membaca dengan pernuh tajwid? Saya ada menonton video ustaz UAI, dia kata bila dalam solat tak perlu bertajwid. Mcm contoh:
      At’tahi’ya (tanda sabdu) terus sahaja baca atahiya .
      Adakah sah bacaan saya? Kadang-kadang sy menumpukan bacaan bertajwid sampaikan saya was was. Sy ulang balik bacaan

      Jawapan:
      Memang benar, hanya Quran sahaja dibaca secara bertajwid. Hadith dan lain-lain tidak perlu bertajwid. Namun begitu, kita kene bezakan antara tajwid dengan basic bahasa Arab, agar bacaan seperti tahiyyat akhir tadi tidak berubah makna.

      Dalam bahasa Arab, ada kata nama (Ism) dan ada kata perbuatan (Fi’l). Yang membezakannya antaranya dengan kehadiran huruf (alif lam), ini dikira sebagai kata nama. Dalam kata perbuatan pula terbahagi kepada pelbagai juzuk2 (bahagian2) lain.
      Sebab itulah tanda sabdu diletak dan lain-lain lagi.

      Jadi, kena baca la tanda sabdu itu. Pun begitu, jangan dilayan was-was itu… nanti akan mengundang beban yang berat.

      Cadangan saya, perdengarkan bacaan tersebut dari semasa ke semasa, agar ada improvement dalam bacaan. Jumpa dengan orang yang elok bacaannya. Wallahua’lam.

  52. zikry says:

    assalam , saye nk tnye adakah sah jika time mandi wajib jerawat tu pecah ? saya harap ada yg dpt menolong saya …

    1. Minta Tolong says:

      As-Salam

      Saja juga ada persoalan tetang jerawat.

      Ketika Mandi wajib, jerawat saya pecah dan berdarah. Dah basuh pun tetap darah akan mengalir. Kalau saya tunggu ia kering, nanti membazir air pulak. Dan sy berpendapat, kalau sy berhenti mandi dan mandi selepas darah kering, ia akan berdarah semula apabila terkena air.

      Adakah sah mandi wajib saya ustaz kalau sy teruskan juga dengan berdarah?

      1. Minta Tolong says:

        Selepas saya komen ni ustaz,

        Saya ada rujuk Islamic Forum antarabangsa berkenaan jerawat berdarah. Dia kata seperti ini:

        ” If during the Ghusl, your blood flows, or pimple pops, then simply wash it, and continue with the ghusl. You can step out of the shower, put a bandage, and continue with the ghusl afterwards, your ghusl will be complete.”

        Persoalannya, masa saya tulis komen dia atas tadi pada pukul 10.36pm, saya betul-betul baru abis mandi wajib (setelah pakai pakaian). Lepas saya komen, saya terbaca rujukan antarabangsa di atas lantas saya masuk semula ke bilik air cuci darah sy kembali. Ketika nak cuci, darah telah berhenti.

        Jadi, apakah status mandi wajib sy ustaz? adakah dengan was-was ini, setelah sy masuk semula untuk cuci kembali darah sy, mandi wajib sy tadi jadi tidak sah?

      2. Begini, sy ambik contoh.. wudhu.. selesai wudhu kita nmpk something yg mnghalang air pd kaki.. perlu ke start semula drpd basuh muka? Tak perlu.. basuh kaki yg tersebut..

        Begitu juga mndi wajib.. jika ada yg mnghalang sampai air setelah selesai mndi, lalukan air selepas itu. Dah ok n Sah. Wallahua’lam

  53. As-salam ustaz,

    Saya ada masalah melibatkan hal lelaki. Sejak kebelakangan ini, ketika saya kencing kerap sangat keluar cairan seakan-akan air mani. Kadang-kadang ketika saya buang air besar.

    Mula-mula ingat air kencing yang tidak tos, rupa-rupanya cairan itu yang keluar. Rupanya sebijik macam air mani. Cuma dia tak bau macam air mani. Maksudnya baunya tak kuat.

    Bolehkah air mani keluar ketika kencing?

    Saya ada google di internet, kebanyakkan mereka mengatakan itu air wadi. Dan saya juga ada berjumpa dengan doktor, dia cakap perkara itu normal kerana saya tidak beronani. Cuma dia tidak boleh bagi pendapat dari sudut agama sebab dia tidak tahu.

    Untuk pengetahuan ustaz, dia keluar ketika kencing dan saya tak berasa nikmat atau ghairah langsung. Kalau mata saya ditutup, saya pun tak sedar ada cairan itu kadang-kadang. Sebab memang terasa seperti kencing yang tersumbat. Teran keluar cairan tu.

    Dari sudut agama, ada mengatakan saya tak perlu mandi wajib. Hanya perlu basuh sahaja. Betul ke ustaz?

    Sekarang saya dah jadi was-was. Saya solat seperti biasa sebab saya anggap ia hukum air wadi, tapi bila saya balik rumah, saya mandi wajib pula sebab was-was. Situasi ini jadi macam kelakar dan tak betul.

    Katakan pagi dipejabat, cAiran itu masih keluar, tiba-tiba terlintas untuk mandi wajib sebab was-was. Namun, bila dah tengah hari, saya nekad untuk tidak mandi wajib dan aggap hukumnya seperti air wadi. Jadi, apakah hukumnya saya tinggalkan niat nak mandi wajib pada pagi tadi?

    Adakah dengan berniat nak mandi wajib pagi tadi telah menyebabkan saya memang kena mandi wajib?

    Tolong bantu saya ustaz, saya agak tertekan memandangkan bulan ramadhan pun makin tiba dan tak kan lah saya perlu mandi wajib 3-4x sehari ada di waktu kerja pula tu.

    Terima kasih

    1. Wkmslm.. maaf lewat reply.
      Ia bukan air mani. Dan tak perlu mandi wajib.
      Dgn niat nk mandi wajib pun tak mewajibkan utk mandi.. jd abaikan ttg rasa ragu2 tu.

      Air mani keluar masa kemuncak ghairah dan keluar dlm keadaan terpancut. Warna masa keluar adalah seperti putih telur separuh masak.

      1. Terima kasih ustaz sebab reply. Jadi, ini bukan lah air mani kan,? Saya pun baru terkena benda ini. Ia jadikan saya was-was yang teruk. Dan saya agak stress memikirkan benda ini.

        Ustaz,

        Saya nak tanya hukum. Katakan saya was-was pasal benda ini. Jadi saya dah pasang niat, bila balik dari office, saya nak mandi wajib (padahal waktu dipejabat saya solat seperti biasa).

        Soalan-nya, bila dah lama sikit atau bila dah sampai rumah, saya tiba-tiba tak nak mandi wajib. Saya cuba untuk lawan was-was saya ini dengan tidak mandi wajib sebagai mana niat saya masa dekat office tadi.

        Adakah dengan perbuatan saya ini, saya memang kena mandi wajib dan wajib untuk mandi wajib disebabkan saya dah terniat dekat office tadi?

        Kalau saya abaikan saja dan tidak mandi wajib sebagaimana niat saya dipejatbat saya, adakah solat saya sah?

      2. Insya Allah Khairi, saya pun cuba menolong apa yang mampu.

        Nak mandi wajib kena ada syarat-syaratnya. Kalau tidak berkenaan, kita tak perlu mandi wajib. Antaranya ialah keluar air mani. Maka apabila ia keluar mani, maka dia kena mandi wajib.
        Jadi, sekadar berhajat nak mandi wajib, ia tidak mewajibkan mandi. Walaupun dah niat atau dah berazam, sebab syarat-syarat kena mandi wajib tu takda.

        Contoh sebagai perbandingan, insya Allah mudah faham.
        Kita drive ke satu tempat, tak cukup 2 marhalah. Tapi kita niat nak solat secara qasar. Walaupun dah niat, tapi syarat untuk membolehkan solat qasar tak cukup. Maka, ia tak sah / invalid.

        Wallahua’lam.

  54. Nur says:

    Assalamualaikum ustaz..
    Saya mengalami penyakit was2 yg sangat serius.. Sejak dr umur 10 thn sehingga skrg umur saya 20 thn. Saya menceritakan mslh ini kpd ibu bapa tp mereka hanya menasihati saya supaya lawan dgn dgn semua ini.. Saya xmampu lawan pnykt ini ustaz.. Sakit sangat.. Mereka xfahami bgaimana org yg was2.. Sehingga skrg saya pendamkan sampai saya terjumpa blog ini.. Alhamdulillah..Sebelum ini saya buntu dan xtahu nak buat apa. Penyakit was2 saya sama seperti apa yg ustaz tulis.. Pendek kata , semua berkaitan ibadah saya was2.. Yg paling teruk saya akan was2 waktu berniat.. Ambik wuduk 10 min, mandi wajib 30 minit dan niat solat pun susah..
    Yg paling susah apabila bln ramadan, saya nak niat puasa pun susah.. Menderita sangat.. Saya xyakin pd diri saya. Sampaikan saya niat selama 2 jam.
    Ustaz, apakah patut saya buat? Adakah saya perlu berjumpa pakar perubatan islam? Semoga ustaz doakan saya sembuh dari penyakit ini.

    1. Wa’alaikummussalam.. memang ramai yg blum terkena was2 kurang arif ttg perasaan kita. Namun, saranan dan nasihat mereka tetap datang dgn hati yg ikhlas, jd kita kena raikan pndangan mereka.

      Sekarang kita perlu sedar, bahawa kita sedang menghadapi suatu penyakit dan kita berhajat untuk bebas dan sembuh daripada penyakit tersebut. Sudah pasti kita juga sanggup untuk menjalani rawatan/terapi yang bakal dinasihatkan.
      Dalam proses penyembuhan ini, ia pasti ada rasa tidak selesa pada awalnya. Sebab itu saya panggil sebagai terapi, perlu istiqamah dan keazaman yang kuat. Insya Allah, kita lakukan ini tidak lain adalah untuk mengharapkan keredhaan Allah s.w.t.
      Semoga dipermudahkan urusan.

      Maka sekarang apa yang perlu kita buat? Yg perlu dilakukan sekarang ialah berdoa dengan penuh pengharapan kepada Allah. Kemudian kita tambahkan ilmu fiqh, dan saya prefer kepada Ustaz-ustaz yang terbuka kepada pandangan pelbagai Mazhab dan berdalil. Sambil-sambil itu kita akan perasan rupa-rupanya pemahaman tentang hukum-hukum fiqh adalah silap dan terlalu literal sebelum ini.

      Saya sarankan Saudari menonton youtube Dr Maza as per attached dalam post saya.

      Ramai yang salah faham tentang niat, dan memang tempat niat ni lah yang syaitan selalu serang. Kita faham sebelum ini niat adalah susunan kata-kata dalam hati, contohnya nak berwudhu kita perlu susun kata-kata “sengaja aku berwudhu kerana Allah taala”. Masa nak basuh muka, sampai basah baju sebab tak datang niat kononnya. Padahal, langkah pertama kita nak berwudhu tu pun dan ada niat, sudah tentu masa kita basuh muka kita sedar tujuannya kita nak berwudhu. Itulah niatnya. Senang…
      Namun, yang menjadi masalahnya, kita tahu, tapi tetap jugak was-was. Masa ini, kita akan lawan was-was itu dengan limitkan hanya sekali basuhan sahaja pada muka, sebaik sahaja ia rata pada muka maka stop. Jangan layan lagi.

      Pada mulanya ia memang rasa perit, macam rasa tak sah. Rasa tak selesa. Biarkan, kita sedang mujahadah melawan was-was ni, ia dah bersarang dalam hati. Cumanya sekarang kita perlu istiqamah/berterusan ignore/abaikan bisikan was-was itu.

      Please, usah layan lagi bisikan itu. Kalau saudari mampu untuk move to this step, lama-lama perasaan was-was itu akan hilang perlahan-lahan.

      Ubat sememangnya pahit, tapi hasilnya yang kita cari. Ingatlah, kita hanya perasan sebelum ini, seolah-olah kita khusyuk dalam solat dengan was-was tersebut, padahal ia hanya tipu helah was-was.

      Wallahua’lam. Harap dapat scroll comments sebelum ni.

  55. zikry says:

    assalam irhafiz ,persoalan saye masih belum jelas adakah sah mandi wajib jika jerawat pecah ? saye mohon sangat bantuan kerana was was menghantui saya

    1. Wkmslm.. sah mandi wajib.. jerawat pecah, cuci jerawat tersebut masa mandi. Memang akan ada darah lagi, sebab ia belum kering. Cukuplah cuci masa mandi tadi. Janji nanah/darah busuk dah dibersihkan dgn air.
      Wallahua’lam.

  56. Salam Ustaz,

    Saya ada perasaan was-was terhadap najis.

    Ceritanya begini, di tandas office saya, ketika pekerja sedang membersihkan tandas, saya ternampak dia mencuci mangkuk tempat kencing lelaki mengunakan kain yang sama untuk mencuci sinki. Lepas dia cuci tempat kencing tu, dia flush, dia gunakan pula untuk basuh tempat sinki.

    Saya pula pergi office bawa bag dan selalu letakkan bag di atas sinki.

    Jadi adakah bag saya tadi terkena najis?

    Untuk makluman, dia tak lap sinki saya masa itu sebab saya tengah guna. Tetapi ada berkemungkinan dia dah buat perbuatan itu dah lama.

    Sekitar Sinki saya kering dan memang selalu pagi-pagi saya tak nampak pun ada kesan najis.

    Bag saya pun tak ada bau hancing dan tak nampak kesan.

    Saya menjadi was was bila bag itu saya selalu galas dan mestilah terkena baju saya. Dan baju saya pun takda bau hancing atau ada kesan-kesan kotoran.

    Saya cuma jadi was-was bila saya tau ada najis (macam kain lap mangkuk kencing) tapi saya tak nampak najis tu.

    Adakah saya kena basuh baju saya? Tapi macam mana saya nak basuh kalau saya tak nampak dkt mana najis tu? Begitu juga bag saya, sejauh mana saya nak basuh tempat kena najis kalau saya sendiri pun tak boleh agak bahagian mana lagi yang kena selain daripada bahagian bawah bag.

    1. Wa’alaikummussalam,

      Najis mesti sohih/jelas nampak. Kalau ragu-ragu ia tidak dikira. Satu lagi, najis tidak berpindah daripada suatu yang kering kepada suatu yang kering, ia berpindah apabila salah satu yang bersentuh itu basah.

      wallahua’lam.

      1. Sepekara lagi ustaz,

        Ada juga hari-hari yang tepi sinki itu basah. Tapi berkemungkinan itu air percikan sinki selepas orang guna.

        Jadi, dalam kes ini. Saya abaikan sahaja lah kan? Solat seperti biasa.

        Sebab dalam kes sinki basah di atas, saya ada “berkemungkinan”. Mungkin basah sebab lap, mungkin basah sebab percikkan air sinki selepas org guna.

  57. Salam Tuan Ustaz,

    Selepas saya solat tak sampai 5mins, saya terperasan ada macam kepingan kotoran berwarna putih melekat di dahi atas kening saya. Tak tau sama ada bekas cat kering yg terkopek atau kotoran apa. Tapi hanya dengan 2x tolak kan dia bergerak-gerak ke tempat lain.

    Saya pun tak pasti sama ada lepas wudhu dia melekat atau sebelum wudhu dia melekat.

    Saya worst case scenario, mungkin sebelum wudhu.

    Asalnya saya yakin insyaallah kotoron itu berubah-rubah ketika wudhu. Namun tiba-tiba rasa tidak yakin takut dia melekat sahaja ketika air cecah ke kulit. Tapi macam saya cakap, bila saya garu saja, kotoron tu berpindah pula dari dahi atas kening ke kawasan berdekatan hendak ke pipi.

    Boleh kah saya abaikan sahaja perkara ini dan anggap kotoron itu berubah-rubah tempat? (walaupun kepingan cat terkopek misalannya yang tak melekas terus dikulit)

    Entah saya tak pasti kotoran apa. Tapi memang senang berubah bila digaru atau usik.

    1. Wa’alaikummussalam,

      Tak boleh worst case scenario, ia kalau sure memang melekat dan menghalang air wudhu (dan melekat ketika wudhu) maka baru kita yakin yang ia tak sah wudhu tadi. Tapi ini mungkin sahaja ia kena lepas wudhu, atau masa sujud, atau beralih-alih ketika sapu muka.

      Jadi, perlu abaikan perkara yang tidak sahih itu. Wudhu sah. Wallahua’lam.

  58. As-salam ustaz Irhafiz,

    Saya ada masalah was-was yang lain. Iaitu bacaan al fatihah.

    Saya sering tersangkut-sangkut membaca Al fatihah terutama melibatkan bunyi ha dan la. Mesti macam tak kena.

    Saya nak tanya, kalau saya baca tersangkut, saya hanya ulang perkataan yang salah sahaja, adakah sah solat saya?

    Saya tak ulang satu ayat. Saya ulang hanya perkataan yang saya salah sahaja.

    Atau, adakah kalau tersalah baca atau tersilap sebut bunyi, terutama bila dah nak abis bacaan al fatihah saya, perlukah saya mengulang kembali bacaan al fatihah saya dari awal?

    1. Wa’alaikummussalam,

      Tentang ulang baca bahagian yang salah tersebut, kita kene tahu, bahawa cara wakaf perlu betul, kemudian baru ulang bahagian yang betul. Perkara sebegini, memang tidak sesuai dibincangkan di sini. Hal ni perlu tasmi’ (memperdengarkan bacaan) kepada mereka yang fasih & berilmu tajwid. Paling elok, ulang satu ayat. Atau berhenti pada tanda wakaf. Bimbang ia lari makna (merubah makna asal).

      Saya berpendapat, tuan perlu memperdengarkan bacaan fatihah tersebut kepada seseorang yang mempunyai ilmu tajwid. Setelah itu, perbaiki kelemahan-kelemahan (termasuk kesalahan2 yang besar). Jika dia mengatakan bahawa bacaan fatihah tuan memang betul, maka semestinya tuan perlu abaikan segala bisikan was-was pada perkataan/bunyi ha & Iyya tersebut. Jika tidak diabaikan, maka seolah-olah tuan selesa/tidak kisah dengan bersarangnya was-was sedikit demi sedikit dalam lubuk hati tuan. Jika berterusan, pasti ia amat sukar diubati.

      “Atau, adakah kalau tersalah baca atau tersilap sebut bunyi, terutama bila dah nak abis bacaan al fatihah saya, perlukah saya mengulang kembali bacaan al fatihah saya dari awal?”

      Hal di atas tu adalah was-was, sebabnya kenapa bila nak habis baru terdetik. Cuba tanya sesiapa yang belajar tajwid, jika kita salah, maka masa tu jugak kita perasan dan perbetulkan. Namun cara tuan ini dah menggambarkan ia datang daripada was-was.
      Harap tuan dapat improve dengan 1) tasmi’ & 2) lawan was-was.

      Insya Allah, Allah akan tolong hamba Nya yang berusaha.

      Wallahua’lam.
      Hafiz

  59. As salam Ustaz,

    Sejak kebelakangan ini, saya sering berasa was-was terhadap najis. Makin banyak saya baca di internet tentang najis, makin was-was saya.

    Saya berjerawat dan kadang-kadang tidak sedar saya mengaru jerawat saya.

    Persoalannya timbul ketika saya memandu, saya memecahkan erawat saya yang bernanah. Kadang-kadang itu dah jadi tabiat bila ada jerawat nanah, hendak pecahkan.

    Nanah itu najis kan? Saya was was bila sy pecahkan jerawat saya tu, dah tentu ia melekat di tangan. Apabila ia melekat ditangan, sudah tentu ia berpindah ke stering kereta ketika sy memandu dan seterusnya mesti sy akan terpegang baju dan seluar.

    Untuk bagi gambaran, kadang2 nanah itu sy lap pakai tangan sahaja dan hilang. Dan sy kadang2 terlupa yang tangan sy tadi pecahkan nanah jerawat lalu memegang stereng, baju dan sebagainya.

    Persoalannya, adakah pakaian sy tadi sah dibwa sembahyang?

    Bila keeesokan harinya sy nak bersihkan nanah yg melekat di stering kereta tu, sy pun xtau nak bermula dari mana. Sebab dah tak nampak.

    Adakah kereta sy itu bernajis dan pakai sy yang terkena nanah yang kadang2 tak nampak itu tidak boleh dibawa sembahyang?

  60. Salam Ustaz,

    Sy mohon pencerahan.

    Selepas mandi wajib tetapi saya belum keluar dari bilik mandi saya terperasan ada kotoron di kuku kaki saya. Didalam kuku.

    Lantas, saya cungkil keluar dan bersihkan seperti biasa

    persoalan dan was was timbul,

    1. Saya dah terlintas niat, mandi wajib saya tadi dah selesai sebab saya yakin sy dh meratakan air, namun sebelum saya melangkah keluar dari bilik air, saya baru perasan ada kotoran dalam kuku. Dan saya bersihkan kotoran itu selepas sy yakin mandi wajib sy dh selesai. Adakah mandi wajib tadi saya sah?

    2. Sejauh mana kita harus bersihkan kotoran dikuku?. Kotoran dalam kuku adakah dikatakan kawasan zahir? Kuku saya sangat pendek, kotoran melekat di celah tepi kuku kaki. Saya kena cungkil keluar baru boleh keluar

    Harap ustaz dapat jelas kan.

    1. 1. Saya dah terlintas niat, mandi wajib saya tadi dah selesai sebab saya yakin sy dh meratakan air, namun sebelum saya melangkah keluar dari bilik air, saya baru perasan ada kotoran dalam kuku. Dan saya bersihkan kotoran itu selepas sy yakin mandi wajib sy dh selesai. Adakah mandi wajib tadi saya sah?

      Sah, mandi wajib tersebut dikira telah disempunakan dengan membasuh bahagian yang terhalang air.

      2. Sejauh mana kita harus bersihkan kotoran dikuku?. Kotoran dalam kuku adakah dikatakan kawasan zahir? Kuku saya sangat pendek, kotoran melekat di celah tepi kuku kaki. Saya kena cungkil keluar baru boleh keluar

      Oh, jangan seperti itu. Membersihkan kotoran tu yang menghalang air. Bukan terlalu details macam tu. Bersihkan dikawasan zahir (yang jelas-jelas nampak). Cukuplah dengan menggosok-gosok kawasan kuku yang sudah pendek itu ketika dijiruskan air ke atasnya.

      Wallahua’lam

  61. Assalamualaikum abg hafiz. Saya ada kekeliruan, saya dulu ada was2 yg sgt teruk dan alhamdulillah dah baik dah skrg, mcm biasa. Tp, ada satu je lagi yg saya was2, iaitu tentang menyebut kalimah lailahaillallah. Kdg2 saya keliru sama ada saya terbaca huruf ha itu sama ada ha pedas atau ha bulat. And saya boleh sebut perkataan Allah dgn baik tp kdg2 saya keliru betul ke tak saya sebut nama Allah. Ada penjelasan tak? Adakah tidak mengapa jika saya membaca syahadat dgn salah tetapi secara tidak disengajakan? Saya sgt takut bab ni sbb syahadat bab akidah, antara islam atau tidak. Terima kasih byk2!

    1. Wa’alaikummussalam,

      Dalam bab ini, harus diingat, sekiranya kita dah tasmi’ (memperdengarkan bacaan kepada yang lebih mengetahui), dan bacaan kita dah disahkan betul, maka usah dilayan perasaan was-was itu. Allah melihat usaha kita dalam memperbaiki ibadah.
      Pada pandangan saya, ia adalah was-was yang tidak arus dilayan. Abaikan ia…

      Wallahua’lam.

      1. Terima kasih abg hafiz. Ye, saya dah byk kali tasmi’. Cuma saya nak tau tidak mengapa kan kalau tidak sengaja tersalah baca syahadat? Adakah syahadat tu sah? Bukan kita tak reti tajwid, cuma kdg2 tak terperasan pulak tersilap. And kdg2 time jd makmum kan suara kena perlahan, and time tu kdg2 saya keliru betul ke tak saya sebut perkataan Allah ni. Terima kasih.

  62. As salam ustaz.

    Saya mengalami was was yang teruk hari ini.

    Ketika lepas sahur sebelum waktu subuh, sy terlelap. Saya ada termimpi benda ghairah. Ketika sy terjaga, saya terus periksa seluar dan seluar dalam saya dalam keadaan mamai. Masa itu, saya yakin memang tidak keluar air mani. Dan seingat saya, saya tak rasa apa-apa kebasahan. Seingat saya lah. Sebab saya tengah mamai.

    Dan dalam keadaan mamai tu juga sy terus mAndi dan yakin masa itu saya tak keluar air mani.

    Namun, ketika solat subuh, tiba-tiba terdetik betul ke saya tak keluar mani? Sebab saya periksa seluar dalam saya tadi dalam keadaan mamai. Antara sedar dan tidak sedar. Masa itu sy sgt yakin tidak ada. Atau mungkin sebab saya mamai, sebab itu sy tak perasan.

    Ketika solat itu, saya dah niat habis sahaja solat, saya nak periksa balik seluar dalam saya. Namun, saya terlupa untuk periksa sampailah saya sudah berada dipejabat. Baru teringat.

    Sekarang saya sedang dilanda was-was yang sangat teruk. Saya cuba abaikan bahawa air mani saya tidak keluar. Namun hati saya berasa sangat tidak tenteram dan sakit. Pada masa yang sama, saya tidak mahu mandi wajib kerana saya takut akan melayan perasaan was was syaitan saya ini.

    Boleh kah bantu saya ustaz apa yang sy harus lakukan. Saya takut amalam saya tidak sah pada bulan ramadhan ini

    1. Wa’alaikummussalam,

      Tuan sudah yakin bahawa tiada kesan air mani keluar, maka tak perlu difikirkan lagi. Was-was ni datang kemudian, padahal permasalahan tadi sudah selesai. Bagi pandangan saya, abaikan.

      “Namun, ketika solat subuh, tiba-tiba terdetik betul ke saya tak keluar mani?” – perkara ni biasa berlaku pada pengidap was-was. Ini menandakan ia datang daripada was-was. Abaikan.

      1. Terima kasih ustaz sebab reply.

        Adakah saya berdosa kalau saya laku perkara ini? Maksudnya saya abaikan dengan tidak mandi wajib.

        Memang seingat saya, takda rasa basah. Saya memang betul-betul tak ingat. Saya terus mandi mcm biasa dan solat subuh mcm biasa.

        Dia start menjadi was-was bila saya terlupa untuk periksa kembali seluar dalam saya selepas abis solat. Itu yang was-was sampai sekarang.

        Saya takut pula, kalau sy melayan was-was dia makin jadi parah.

        Was-was ini sangat perit ustaz. Semoga sy diampunkan dengan tidak melayan untuk mandi wajib.

      2. Sama-sama, jika kita follow cara fiqh, sesuatu itu dikira suci. Melainkan ia jelas nampak, dan apabila diragui samada ia ada atau tidak, ia dikira bersih/tiada.

        Satu lagi, melayan was-was ini tak elok, sebab kita melayan bisikan syaitan. (boleh wikipedia OCD – term untuk was-was)

        Allah tidak akan menghukum diluar kemampuan kita. Wallahua’lam. Semoga kita dipermudahkan Nya.

  63. Terima kasih selagi ustaz,

    “Apabila diragui samada ia ada atau tidak, ia dikira bersih/tiada”

    Dalam kes sy ni, sy dikategorikan dalam ragu-ragu lah kan? Kalau ikut kaedah fiqh sy ‘dimaafkan’ kan? Sebab tak boleh pastikan

  64. As-salam Ustaz,

    Ketika mandi wajib, saya bersihkan telinga saya. Namun secara tidak sengaja, saya telah terlukakan telinga saya. Mungkin terkena kuku saya secara tak sengaja.

    Masalahnya, darah telah mengalir dan tidak berhenti. Saya ambil paip, saya alirkan kearah luka, namun masih lagi mengalir. Puas saya tunggu, darah tetap mengalir jugak.

    Sebab darah masih mengalir, saya alirkan air sekali lagi. Lalu saya selesaikan mandi wajib saya walaupun darah masih mengalir.

    Was was timbul. Adakah mandi wajib saya tadi sah? Saya dah berusaha bersihkan darah itu. Ia tetap mengalir.

    Untuk info lebih lanjut, sebelum berdarah, saya dah ratakan air ditelinga saya. Saya terlukakan telinga saya ketika saya hampir nak abiskan mandi wajib saya.

    Harap ustaz dpt beri penjelasan mengenai darah mengalir ini sama ada mandi wajib saya ini sah atau tidak sah.

  65. Satu lagi ustaz,

    Kalau ketika kita mandi, kulit jari terkelupas atau terkopek sedikit, tapi saya perasan selepas dah selesai mandi wajib. Adakah mandi wajib saya sah?

    Saya tak pasti sama ada air dah kena dibawah kulit jari yang terkelupas atau tidak.

    Ada pendapat kata kena mengalirkan. Ada pendapat yang mengatakan tak perlu dan mandi itu sah.

    Saya tak perasan kulit jari mengelupas. Saya perasan pun ketika nak tunaikan solat.

    Saya tak nak melayan perasaan was-was saya ni dengan mandi semula. Nanti makin teruk

    Harap dapat membantu.

      1. Darah tadi kecil shj jumlahnya.. terguris kulit dgn kuku.. berdarah sikit. Jadi, ia mngalir terlalu sikit.. sebab tu kita takda masalah untuk alirkan air & tak sakit.
        Jd, air dah dikira mngalir. Sah.

        Drpd sudut science pun, darah tak akan berhenti mngalir jika dialirkan dgn air… sebab, darah perlu mmbeku untuk create layer luar. Aliran air akan mengganggu proses pemberhentian aliran darah.

        والله اعلم…

  66. Jadi untuk kes pertama yang darah tadi mandi wajib saya sah? Darah mengalir agak banyak tapi tak lah mencurah-curah, cuma ia mengalir. Luka terguris.

    Untuk kes kedua, kulit jari terkopek itu juga sah kan? Dar segi logik, mesti air dah terkena bawah kulit juga. Betul tak ustaz?

    Saya dah terlintas nak mandi wajib semula selepas ini. Kalau saya tak nak layan was was saya ni dengan teruskan mandi wajib, mandi wajib saya yang terdahulu masih sah kan?

    Maaf banyak-banyak sebab banyak sangat tanya. Saya jadi sangat tak tenteram dengan was was ini.

    1. Salam Ustaz,

      Ada jawapan untuk soalan saya yang kedua? Berkenaan kulit jari terkelupas?

      Kadang-kadang kulit ditepi jari kita terkelupas. Sebelum mandi sy biasanya akan potong lebihan kulit mengelupas itu. Yang ini nak dijadikan cerita, saya tak perasan. Bila mandi, kita tak perasan pun kulit tu mengelupas. Bila dah selesai mandi wajib baru perasan kulit jari tu terkelupas. Dia terankat sikit dari kulit jari tapi masih ‘intact’ dengan jari. Cuma bawah kulit terkelupas itu masih ada kulit lagi.

      Saya tak pasti sama ada kulit di bawah jari terkelupas itu terkena air atau tidak.

      Apa hukumnya ya ustaz? Adakah saya hanya sekadar basuh saja kulit saya yg terkelupas itu tanpa menghiraukan kulit jari dibawah kulit yang terkelupas itu?

      Kalau secara logik, adakah air pun sudah mengalir sama walaupun kulit mengelupas itu menutup kulit jari dibawahnya?

      Mungkin soalan saya ini agak kelakar, tapi saya harap sangat penjelasan dari ustaz. Saya takut was was saya makin menjadi-jadi dan akan mengulang-gulang mandi wajib dan wudhu

      1. Berkenaan kulit jari terkelupas?

        Sah, sebab ia still kulit lagi. Dan bukan bendasing yang menghalang air.. Ia memang kulit kita.

  67. Salam Tuan Ustaz,

    Saya ada kemusyikilan tentang lintasan hati yang membatalkan solat. Apakah yang dimaksudkan lintasan hati yang membatalkan solat? Saya selalu sangat mengalami lintasan hati seperti “kalau salah bacaan ni, batal solat aku” “kalau aku masih mengulang bacaan ini, batal solat aku” dan memang masa itu saya mengulang bacaan.

    Tetapi ini semua bukan kehendak saya. Ia kadang-kadang memang terlintas sendiri. Saya selalu cuba untuk melawannya.

    Was was menjadi parah bila saya terbaca pasal lintasan seperi dibawah ini:-

    “” Sesudah takbiratulihram tidak boleh berubah niat. Niat tidak boleh ditukar atau merasa was-was samada niat kita betul atau tidak. Tidak boleh ada lintasan hati hendak membatalkan sembahyang sebelum salam. Ini kerana ibadah sembahyang adalah pendek masanya berbanding dengan ibadah haji atau puasa. Dalam ibadah haji dan puasa setelah jatuh niat walau apa pun lintasan di hati tidak akan membatalkan ibadah-ibadah itu dengan serta merta melainkan melakukan perbuatan-perbuatan yang membatalkannya.

    *Lintasan-lintasan hati semasa sembahyang yang boleh menjejas niat :-

    niat untuk membatalkan sembahyang tanpa sebab akan membatalkan sembahyang dengan serta-merta.

    niat untuk membatalkan sembahyang jika sesuatu keadaan berlaku akan membatalkan sembayang dengan serta-merta. Contoh : akan batalkan sembahyang jika hujan turun untuk mengangkat kain jemuran.

    tukar niat sewaktu sedang sembahyang seperti menukar niat sembahyang Zuhur kepada niat sembahyang Asar akan membatalkan sembahyang dengan serta-merta.

    syak pada niat sebanyak 2 kali ~ iaitu was-was samada niat betul atau tidak, akan membatalkan sembahyang dengan serta-merta. Niat mesti dengan penuh yakin dan betul.””

    Bila saya baca ayat seorg ustaz terutama pasal kain jemuran, lalu saya jadi sangat was was. Saya selalu membatalkan solat saya kerana perkara ini.

    Lintasan ini datang tiba-tiba. Bukan saya yang kawal. Dia datang tiba-tiba. Bila terlintas, cepat-cepat saya menindakannya. Tetapi makin kuat saya lawan perasaan saya, makin kuat was was mengatakan niat saya telah terbatal disebabkan lintasan saya itu dan disebabkan saya betul-betul mengulang bacaan seperti lintasan hati.

    Tolong bantu saya ustaz

      1. Wa’alaikummussalam,

        Niat yang biasa dialami oleh orang berpenyakit was-was, termasuk saya ketika dahulu, hanya lintasan-lintasan gangguan syaitan. Ia memang mainan syaitan.

        Nasihat saya, abaikan perasaan tersebut. Lama kelamaan ia akan hilang, insya Allah.

        Niat yang membatalkan itu bukan seperti gangguan was-was, ia memang berniat dengan sungguh-sungguh hendak keluar solat. Bukan teragak-agak. Pendek kata, yang berpenyakit was-was bukan berniat sungguh-sungguh nak keluar solat, ia hanya lintasan dan bisikan gangguan syaitan sahaja. Jadi, saya harap sangat, mulai sekarang, abaikan perasaan tersebut. Mengikut pengalaman, lama kelamaan ia akan hilang. Mula-mula memang tidak selesa. Suatu masa nanti, ia akan sembuh. Insya Allah.

  68. As-salam Ustaz,

    Saya nak tanya pasal najis.

    Ketika saya turun dari motor lengan baju saya tersentuh seat motor. Seat motor saya pula ada tahi burung yang sudah kering. Agak lama dah tahi burung tu. Lebih kurang 1 bulan.

    Saya tak pasti adakah lengan baju saya tadi betul- betul tepat terkena tahi burung atau tidak. Sebab saya tak nampak sama ada kena atau tidak. Ada kemungkinan sebenarnya tak kena pun bekas tahi burung tu.

    Utk pengetahuan, lengan baju saya kering, tahi burung itu juga kerung. Was was timbul bila saya hanya menempel kan sahaja air ke lengan baju saya yang saya sendiri tak nampak bekas tahi itu. Saya randomly tepek2 kan air. Saya tak mengalirkan air keluar. Silap saya.

    Was was muncul bila saya ragu ragu dengan status air tak mengalir tu. Lengan saya dah basah, ada tak kemungkinan bekas najis juga dh basah? Tapi saya tak nam

    1. Wa’alaikummussalam,

      Najis tidak berpindah kering ke kering. Jadi baju saudara tidak terkena najis dan masih suci. Jadi walaupun saudara basuh baju tersebut, ia asal suci… sudah tentu tidak akan bertukar najis.
      Ia masih suci.

      Wallahua’lam

  69. Was was muncul bila saya ragu ragu dengan status air tak mengalir tu. Lengan saya dah basah, ada tak kemungkinan bekas najis juga dah basah? Tapi saya tak nampak pun najis tu sebenarnya. Saya agak agak. Dan saya pun hanya agak2 mungkin lengan baju saya betul2 kena tahi burung tu.

    Bila basah, saya dah sentuh meja. Tapi sy xnampak pun najis tu. Adakah meja sy dah jadi najis?

    Adakah bila kita terkena najis kering dan baju kita juga kering, bila kita basahkan baju kita utk cuci dah jadi hukum bernajis?

    Perlu kah says abaikan was was saya ini?

    1. Saya takut lengan baju saya yang basah tadi, najisnya berpindah ke tempat lain ketika saya memegang meja. Tapi saya tak sure kena atau tidak.

      Kalau sy xtau, tapi sebenarnya kena tanpa pengetahuan sya mcm mana ustaz?

      1. Najis tidak berpindah kering ke kering. Jadi baju saudara tidak terkena najis dan masih suci. Jadi walaupun saudara basuh baju tersebut, ia asal suci… sudah tentu tidak akan bertukar najis.
        Ia masih suci.

        Satu lagi, tak perlu was-was. Ia hanya dikira najis jika jelas ada kesan najis tersebut. Kena pegang prinsip ini.

        Nasihat saya, jika ada najis pada seat dan sebagainya, segerakan untuk membersihkannya. Mudah sahaja, ambil tuala dan tisu.. Buang dulu najis tu dengan tisu, kemudian basahkan tuala dan lalukan pada seat hingga tiada kesan najis lagi. Untuk ulangan (jika perlu) gunakan bahagian tuala yang berbeza-beza (bagi mengelakkan najis yg first tadi melekat balik di seat).

        Wallahua’lam.

  70. Syamir says:

    Assalam, saudara irhafiz.. Kalau sebelum kita solat kita syak/rasa ada najis keluar drpada kemaluan kita. perlukah kita check dlm seluar kita dulu sebelum solat ? .. dan, mcm mna pulak kalau kita mmg selalu syak najis keluar setiap kali nk solat ?

    1. Wa’alaikummussalam,

      Jika ada rasa atau syak ada najis keluar sebelum solat, kena periksa dahulu, samada ia benar keluar atau tidak.

      Kemudian, apabila kita dah selalu cek, tapi takda.. maka ia jelas hanya perasaan was-was sahaja. Jika ia hanya was-was, boleh diabaikan.

  71. nak tahu says:

    ustaz, apakah hukum menganggap undang-undang Islam adalah kejam ? ..Kita tahu anggapan begitu salah. Tetapi adakah saya berdosa jika saya cuba untuk membuang tanggapan itu ?

  72. nak tahu says:

    ustaz, apakah hukum menganggap undang-undang Islam adalah kejam ? ..Kita tahu anggapan begitu salah. Tetapi adakah saya masih dikira berdosa walaupun saya cuba untuk membuang tanggapan itu ?

  73. Salam Ustaz,

    Ada jawapan untuk soalan saya yang kedua? Berkenaan kulit jari terkelupas?

    Kadang-kadang kulit ditepi jari kita terkelupas. Sebelum mandi sy biasanya akan potong lebihan kulit mengelupas itu. Yang ini nak dijadikan cerita, saya tak perasan. Bila mandi, kita tak perasan pun kulit tu mengelupas. Bila dah selesai mandi wajib baru perasan kulit jari tu terkelupas. Dia terankat sikit dari kulit jari tapi masih ‘intact’ dengan jari. Cuma bawah kulit terkelupas itu masih ada kulit lagi.

    Saya tak pasti sama ada kulit di bawah jari terkelupas itu terkena air atau tidak.

    Apa hukumnya ya ustaz? Adakah saya hanya sekadar basuh saja kulit saya yg terkelupas itu tanpa menghiraukan kulit jari dibawah kulit yang terkelupas itu?

    Kalau secara logik, adakah air pun sudah mengalir sama walaupun kulit mengelupas itu menutup kulit jari dibawahnya?

    Mungkin soalan saya ini agak kelakar, tapi saya harap sangat penjelasan dari ustaz. Saya takut was was saya makin menjadi-jadi dan akan mengulang-gulang mandi wajib dan wudhu

    1. Untuk nota tambahan, kulit mengelupas saya ini hanya satu dia sahaja dijari. Kalau dicabut mungkin akan mengibatkan berdarah. Jadi saya selalunya akan potong sahaja lebihan kulit yang panjang itu daripada mencabutnya.

  74. Assalamualaikum Ustaz Hafiz,

    Saya ingin minta pencerahan berkenaan mandi wajib.

    Muka saya mempunyai jerawat. Setiap malam saya akan pakai gel jerawat (gel lutsinar). Sebelum mandi wajib, saya biasanya akan basuh dulu jerawat yang ada gel jerawat. Bila terkena air, dia senang luntur. Namun kena gosok sedikit untuk pasti benar-benar hilangkan kesan.

    Namun pagi tadi, saya terlupa untuk cuci gel jerawat saya di dahi (jerwat itu di sebaris kening di antara kedua-dua mata). Yang lain semuanya saya cuci. Ditakdirkan yang ini saya terlupa.

    Saya mandi wajib macam biasa. Saya gosok-gosok muka.

    Setelah selesai. Saya yakin air dah diratakan dikesuluruhan anggota zahir saya. Namun, saya terperasan saya terlupa cuci gel jerawat saya itu ketika saya ingin mendirikan solat subuh. Alangkah was was nya saya masa itu. Saya terlupa untuk bersihkan ketika sebelum mandi wajib.

    Namun, bila saya sentuh jerawat saya itu, memang tidak ada kesan gel dah. Saya ingin menerima dan yakin bahawa, walaupun saya terlupa untuk cuci gel jerawat saya, ketika Mandi Wajib, saya dah pun bersihkan gel jerawat itu secara tidak lansung.

    Tetapi, hati jahat saya pulak mengatakan, kemungkin gosokkan muka ketika saya mandi wajib itu, tak kena pun dekat jerawat saya. Dan kesan gel jerawat yang saya rasa dah hilang itu, mungkin disebabkan saya lap mengunakan tuala atau ketika ambik wudhu, bukan dia bersih disebabkan Mandi Wajib.

    Saya sudah berusaha seabis kuat untuk menyakinkan bahawa air mmg dah terkena kulit saya dan gel jerawat itu hilang secara tidak lansung ketika saya gosokkan muka.

    Demi Allah swt, saya tak boleh ingat sama ada gosokkan dimuka itu terkena atau tidak jerawat saya itu yang terletak sebaris dengan kening diantara 2 biji mata.

    Makin lama saya fikir makin kuat saya was was. 50% saya yakin gel sy memang dah hilang ketika mandi wajib. 50% pula mengatakan dia hilang sebab saya gosok mengunakan tuala setelah selesai mandi wajib atau ketika wudhu dan bukan ketika mandi wajib.

    Saya yakin saya dah bersihkan. Tapi ada sahaja ingatan yang melintas mengatakan keyakinan itu dibuat-buat untuk menyedapkan hati saya sahaja.

    Saya tak nak mandi wajib lagi kerana, nanti was was itu akan terjadi lagi. Tapi dia akan was waskan saya perkara lain pula.

    Masa abis mandi mmg sy dh yakin. Bila start nak solat baru tersedar pasal gel itu.

    Kalau saya pegang dengan keyakinan saya dan abaikan was was ini. Berdosa kah saya ustaz? Saya takut amalam saya tidak diterima kalau saya pilih untuk yakin tetapi sebenarnya memamg benar gel tidak hilang ketika mandi wajib.

    Saya betul-betul perlukan pertolongan ustaz.

    Harap sangat dapat membantu.

    1. Wa’alaikummussalam,

      Apa beza mandi wajib dengan solat dan wudhu?

      Solat dimulakan dengan takbir dan disudahi dengan salam – dia ada range masa.
      Wudhu dimulakan dengan niat+basuh muka dan disudahi dengan basuhan kaki – pun ada range.

      Mandi wajib dimulakan dengan titisan pertama air kena pada badan + niat hingga selesai… Selesai apabila dah sampai air ke seluruh badan.

      Jadi, katakan saya mandi wajib namun selepas itu ternampak perkara yang jelas menghalang air, contohnya liquid pada tangan saya dan memang sahih ia terkena sebelum mandi wajib, maka mandi wajib saya tak sah.. saya pergi ke sinki terus gosok dan ratakan air ke tangan tadi.. maka mandi wajib dah selesai dan tidak perlu dimulakan semula.

      Isu persoalan di atas, gel itu akan mencair bersama-sama air, dan tuan dah pasti ia dah tiada kesan lagi. Saya rasa ia sama seperti gel rambut, yang akan mencair apabila terkena air.
      Jadi, dengan ini kita kata yang air tadi dah cukup menghilangkan kesan gel. Melainkan jelas diwajah tuan gel itu mengeras dan menghalang air selepas wudhu tadi.
      Dengan itu, insya Allah mandi wajib sah.

      Kita ini mampu menghukum atas ilmu kita dan penjelasan2 yang zahir nampak. Selebihnya kita kena ada pengharapan pada rahmat Allah. Wallahua’lam.

      1. Terima kasih banyak-banyak ustaz sebab reply.

        Ya ustaz, mcm gel rambut. Mungkin lagi ringan kekentalannya dari gel rambut. Pokoknya memang sama sifatnya mcm gel rambut.

        Jadi, saya abaikan sahaja perasaan saya ini?

        Kalau lah mmg sebenarnya air tak mengalir, tetapi kita tak sedar dan kita abai kan, adakah kita dimaafkan ustaz?

        Sejak kebelakangan ini, saya takut sangat ibadat saya tak diterima.

        Demi Allah swt ustaz, saya dah berusaha sekuat usaha untuk yakin memang masa mandi wajib tadi secara tidak lansung gel itu telah pun bersih.

        Tapi ada sahaja lintasan yang meng’counter’ balik keyakinan saya tadi. Ada sahaja lintasan yang akan menyanggah keyakinan sya dan membuatkan saya menyoal kembali keyakinan saya sama ada saya buat-buat yakin atau saya mmg betul-betul yakin.

        Ustaz, betul kah tindakan saya untuk berpegang pada saya yakin gel itu hilang semasa mandi wajib? Saya tak nak layan was was ini dengan mandi semula sebab dia akan was was kan benda lain pula.

        Pada orang lain mungkin akan kata “apa salahnya mandi semula” tetapi siapa yg berpenyakit was was pasti tahu macam mana azabnya was was ini. Dia menyerang dan was was kepada benda lain pula, bila kita mandi semula.

        Sy nak betul-betul yakin. Bukan buat-buat yakin.

        Soalan kedua ustaz,

        sepanjang manakah timeframe mandi wajib itu?

        Adakah setelah keluar dari bilik mandi dan telah berniat sudah abis mandi wajib, timeframe itu telah luput?

        Mcm kes sy. Sy perasan ketika sy dh berpakain dan sudah bersedia untuk solat, adalah masih lagi boleh utk sya bersihkan kotoran yang menghalang?

      2. Saya faham perasaan was-was ni, sebab saya pernah mengalaminya dahulu. Alhamdulillah, sekarang dah ok.
        Kita hanya takut… tapi tiada rasa harap.. Kita dengan Allah kena ada dua perasaan ini.. Takut + Harap.
        Harap penerimaan ibadah setelah kita buat bersungguh-sungguh. Allah nk tengok our effort.

        Berkenaan time frame tersebut, saya pun belajar daripada Ustaz-ustaz, dan tidak tanya secara detail. Tapi berdasarkan situation yang kami belajar dalam QnA, jika kita nak takbir ternampak liquid yang menghalang air, bersihkan dan basuh ditempat berkenaan.

        Wallahua’lam. Was-was tidak hilang sekelip mata, ia umpama perasaan yang dah berakar dalam jiwa, nak cabut itu pasti ada rasa tak selesa, walaupun tindakan kita itu sebenarnya benar. Keep moving and istiqamah.

  75. Maksudnya. Walaupun kita dah keluar dari bilik mandi, kita masih boleh basuh bahagian yang menghalang air tadi kalau kita nampak?

    Kalau terjadi lagi. Saya akan praktikan apa yang ustaz ajar.

    Terima kasih ustaz atas pencerahan.

    Sekarang ini saya betul-betul bertawakal kepada Allah swt sama ada menerima atau tidak mandi wajib dan amal ibadat saya. Dengan penuh pengharapan, saya harap mandi wajib saya tadi sah.

    Saya tidak akan ulang mandi wajib saya. Saya akan ikut apa nasihat ustaz.

    Doakan penyembuhan untuk saya Ustaz

  76. yangtidaktahu says:

    assalam ustaz.
    saya nak tau..jika kita melakukan sesuatu yang membatalkan puasa tetapi semasa itu kita tidak tahu perkara itu boleh membatalkan..adakah sah puasa tersebut?

    jika kita tidak pasti mani atau mazi yang terkeluar dan perkara ini sudah lama dan kita tidak pasti..mana satu yang perlu dipilih?

  77. nak solat says:

    Assalamualaikum Ustaz,

    saya mengalami masalah bila nak solat dan nak memulakan solat dimana bila sy nak berniat solat, ada lintasan dalam hati mengatakan saya murtad atau saya nak murtad padahal yang sebenar-benarnya saya tidak mahu murtad langsung. Bila keadaan macam tu terjadi, saya mengatakan pada diri saya yang saya tau saya taknak murtad dan Allah tau isi hati saya yang saya taknak murtad. Tetapi akan datang lintasan dan gangguan mengatakan memang Allah tau isi hati kita tapi macam mana kalau yang sebenarnya saya memang nak murtad dan Allah tahu dan akan dapat kemurkaan Allah dan Allah akan hukum saya. Tetapi yang sebenar-benarnya saya tak mahu murtad langsung. berkali-kali saya ingatkan diri.

    Setiap kali terjadi macam tu, saya berhentikan solat dan ulang semuala. saya tak lepas rakaat kedua berkali-kali saya ulang sehingga ambil masa 30 minit dan kadang-kadang sehingga 1 jam untuk selesaikan satu solat. Sampaikan saya rasa taknak solat tetapi saya taknak macam tu. saya nak solat..sungguh saya nak solat, nak sujud pada Allah tetapi saya tak tahu nak buat macam mana lagi untuk atasi gangguan tersebut.

    jika saya meneruskan solat dan mengabaikan gangguan dan lintasan tersebut, saya akan berasa was-was dan ragu-ragu adakah solat saya sah dan adakah Allah akan terima solat saya? dan bila was-was tersebut terjadi, akan ada lintasan untuk membatalkan solat saya/memberhentikan solat. jika saya abaikan was-was utk batalkan solat saya, akan ada lintasan dan gangguan mengatakan kalau teruskan solat, solat tak sah. bila saya cuba menyakinkan diri yang solat tu sah, tetap akan ada gangguan dan lintasan cakap tak sah dan akan dihukum Allah.

    saya juga menghadapi masalah ketika solat dimana saya membaca bacaan solat dan was-was adakah betul bacaan saya, saya yakinkan diri betul dan teruskan bacaan tetapi akan ada lintasan dan gangguan mengatakan kalau teruskan dan yakin bacaan betul, kau murtad. dan bila saya abaikan mengatakan saya tak murtad dan Allah tahu saya taknak murtad, kan datang lintasan dan gangguan mengatakan memang Allah tau isi hati kita tapi macam mana kalau yang sebenarnya saya memang nak murtad dan Allah tahu dan akan dapat kemurkaan Allah dan Allah akan hukum saya.

    saya dah tak tahu nak buat macam mana lagi ustaz. saya harap ustaz dapat bantu saya.

    1. jika saya meneruskan solat dan mengabaikan gangguan dan lintasan tersebut, saya akan berasa was-was dan ragu-ragu adakah solat saya sah dan adakah Allah akan terima solat saya?

      saya juga menghadapi masalah ketika solat dimana saya membaca bacaan solat dan was-was adakah betul bacaan saya,

      Wa’alaikumussalam,

      Pertamanya, kita perlu sedar bahawa was-was ini adalah suatu perkara yang tidak elok. Maka, dalam menghadapi serangan was-was tersebut, akan ada rasa tidak selesa seperti rasa tidak diterima solat kita. Baiklah, cuba kita renung, zalimkah Allah hinggakan menghukum kita yang sedang berusaha meninggalkan tabiat buruk ini (tabiat was-was)? Kita sedang berjuang melawan was-was kerana Allah.

      Kedua, kita perlu ada rasa takut dan harap. Jangan hanya memiliki satu sahaja… Kalau kita semata-mata takut bimbang tidak diterima, ini adalah salah. Kita juga kena ada perasaan harap… harapkan ehsan Allah untuk menerima amal ibadah kita ini.

      Ketiga, tekad dan usaha secara berterusan perlu ada. Dan pada masa kita berjuang ini, tentu ada rasa tidak selesa. Hinggalah kita bebas daripada belenggu was-was ini.

      Seperti yang anda rasa, nak murtad dan lain-lain, itu adalah was-was dan anda pun tahu. Maka, anda perlu ignore perkara tersebut dan fokus kepada perkara yang lain. Anda juga perlu disiplinkan diri agar tidak lagi membatalkan solat dan menyusah-nyusahkan dalam solat. Nabi kita bengkak-bengkak kaki kerana solat dengan lazat (seronoh), bukan seperti pesakit was-was yang lenguh kaki berdiri kerana terperangkap dalam belenggu solat. Jadi anda perlu set limit. Jangan ulang bacaan lagi.

      Ingatlah, solat yang benar akan mendatangkan ketenangan, bukan kegelisahan.
      Namun bagi pesakit was-was ini, ketenangan akan hadir nanti – percayalah – setelah mengharungi penyakit was-was dengan baik.

      Wallahua’lam

  78. yangtidaktahu says:

    assalam ustaz.
    saya nak tau..jika kita melakukan sesuatu yang membatalkan puasa tetapi semasa itu kita tidak tahu perkara itu boleh membatalkan..adakah sah puasa tersebut?

    jika kita tidak pasti mani atau mazi yang terkeluar dan perkara ini sudah lama dan kita tidak pasti..dan semasa itu kita tidak tahu dan bepuasa seperti biasa..adakah sah puasa kita.

  79. As-Salam Ustaz Hafiz,

    Saya ada 3 soalan berkaitan najis.

    1. Kalau darah jerawat melekat di baju. Katakan ada tompokan darah jerawat pecah. Adakah sebelum masuk mesin basuh, kita perlu cuci dahulu darah itu? Kalau kita masuk kan terus dalam mesin basuh, adakah pakaian lain akan bernajis? Tompokan darah itu tidak lah besar sangat kerana ia adalah kesan darah jerawat yang pecah (selalunya jerawat belakang badan)

    2. Ketika menunggang motor saya berkemungkinan terlanggar bangkai anjing yang memang telah hilang sifat anjing tu. Bangkai yang telah kering dan hancur. Dah menjadi hitam. Kemungkinan dah 1 minggu atau 2 minggu bangkai tersebut. Saya tau itu bangkai anjing, cuma saya tak pasti adakah tayar motor saya terkena bangkai atau kesan darah tersebut atau pun tidak. Katakan lah memang terkena. Adakah saya perlu samak tayar motor tersebut?

    Ini kerana saya parking motor saya di dalam kawasan rumah saya. Takut lantai tersebut bernajis.

    3. Masih lagi berkenaan bangkai. Ini berlaku tadi. Ketika saya menunggang motor saya lalu berdekatan berkemungkinan bangkai binatang. Sifat fizikalnya juga telah tidak ada. Mungkin hanya tinggal darah kering atau bangkai yang hancur. Telah menjadi hitam. Entah macam mana saya terkena pasir-pasir yang berterbangan. Was-was muncul ketikq saya mengandaikan bangkai tersebut adalah bangkai anjing. Saya cuba melawan mengatakan mungkin itu bangkai kucing atau ia bukan bangkai pun. Tetapi ia tetap hadir dalam hati saya mengatakan ia bangkai anjing.

    Untuk pengetahuan, saya memang tidak tahu atau dapat pastikan apakah itu bangkai anjing atau kucing. Atau mungkin ia bukan bangkai pun. Cuma saya selalu terlintas ia bangkai anjing. Saya cuba lawan, tetapi terasa macam sangat tidak jujur pada diri. Seolah macam saya sengaja malas untuk samak. Padahal saya memang dah tanam keyakinan itu bungkan bangkai anjing.

    Adakah sekiranya saya abaikan perkara ini saya berdosa? Seolah-olah macam saya berdosa sangat kalau tidak menyamak. Wal hal saya pun tak pasti itu bangkai apa atau bukan bangkai pun. Saya cuma mengunakan andain saya bahawa itu bangkai anjing.

    Sekiranya dah terlintas sy nak menyamak, adakah sudah jatuh hukum saya memang kena samak? Saya tak nak samak kerana ia akan menyebabkan saya melayan was was ini. Saya cuba lawan was was ini. Tapi makin dipikir makin kuat.

    Harap ustaz dapat menjawab persoalan saya ini

    1. 1. Kalau darah jerawat melekat di baju. Katakan ada tompokan darah jerawat pecah. Adakah sebelum masuk mesin basuh, kita perlu cuci dahulu darah itu? Kalau kita masuk kan terus dalam mesin basuh, adakah pakaian lain akan bernajis? Tompokan darah itu tidak lah besar sangat kerana ia adalah kesan darah jerawat yang pecah (selalunya jerawat belakang badan).

      Pertamanya: Tompokan darah jerawat tu dimaafkan (darah kecik).
      Kedua: Mesin basuh sekarang dah ada satu fungsi bilas… almost mesin basuh auto ada rinse ni. Pandangan ustaz-ustaz mengatakan ia menyucikan.. Walaupun tak bilas/cuci dahulu.

      1. As-salam Ustaz, terima kasih sebab reply.

        Maksudnya, tanpa kita cuci dulu darah jerawat itu, kalau masuk baju dalan mesin yang ada fungsi itu, baju kita dah suci lah kan?

        Satu lagi ustaz,

        Katakan sejadah kita tadi terkena darah jerawat(sebab darah jerawat dekat dahi) darah nya sedikit. Selepas selesai sembahyang, dah tak nampak kesan nya. Tapi memang kita tahu dan sedar, jerawat kita tadi itu memang berdarah dan mesti kena sejadah ketika sujud.

        Perlukah saya bersihkan sejadah itu? Kalau perlu, bagaimana saya harus mula kan sebab saya tak nampak kesan darah. Mungkin kerana sedikit. Tapi memang saya pasti, ada darah

    2. 2. Ketika menunggang motor saya berkemungkinan terlanggar bangkai anjing yang memang telah hilang sifat anjing tu. Bangkai yang telah kering dan hancur. Dah menjadi hitam. Kemungkinan dah 1 minggu atau 2 minggu bangkai tersebut. Saya tau itu bangkai anjing, cuma saya tak pasti adakah tayar motor saya terkena bangkai atau kesan darah tersebut atau pun tidak. Katakan lah memang terkena. Adakah saya perlu samak tayar motor tersebut?

      Ini kerana saya parking motor saya di dalam kawasan rumah saya. Takut lantai tersebut bernajis.

      Penjelasan: Najis tak berpindah kering ke kering.

      1. Ustaz,

        Ini sekadar inginkan penjelasan. Katakan memang ketika itu baru lepas hujan. Dan saya memang terkena bekas bangkai tersebut.

        Adakah saya perlu menyamak tayar tersebut?

        Atau adakah jalan raya tadi dah menyucikan tayar tersebut sebelum saya sampai ke rumah?

        Memang tayar takda kena mengena dgn solat. Tetapi saya parking motor dalam kawasan rumah. Takut tak sucikan dia melekat di lantai pula

    3. 3. Masih lagi berkenaan bangkai. Ini berlaku tadi. Ketika saya menunggang motor saya lalu berdekatan berkemungkinan bangkai binatang. Sifat fizikalnya juga telah tidak ada. Mungkin hanya tinggal darah kering atau bangkai yang hancur. Telah menjadi hitam. Entah macam mana saya terkena pasir-pasir yang berterbangan. Was-was muncul ketikq saya mengandaikan bangkai tersebut adalah bangkai anjing. Saya cuba melawan mengatakan mungkin itu bangkai kucing atau ia bukan bangkai pun. Tetapi ia tetap hadir dalam hati saya mengatakan ia bangkai anjing.

      Untuk pengetahuan, saya memang tidak tahu atau dapat pastikan apakah itu bangkai anjing atau kucing. Atau mungkin ia bukan bangkai pun. Cuma saya selalu terlintas ia bangkai anjing. Saya cuba lawan, tetapi terasa macam sangat tidak jujur pada diri. Seolah macam saya sengaja malas untuk samak. Padahal saya memang dah tanam keyakinan itu bungkan bangkai anjing.

      Adakah sekiranya saya abaikan perkara ini saya berdosa? Seolah-olah macam saya berdosa sangat kalau tidak menyamak. Wal hal saya pun tak pasti itu bangkai apa atau bukan bangkai pun. Saya cuma mengunakan andain saya bahawa itu bangkai anjing.

      Sekiranya dah terlintas sy nak menyamak, adakah sudah jatuh hukum saya memang kena samak? Saya tak nak samak kerana ia akan menyebabkan saya melayan was was ini. Saya cuba lawan was was ini. Tapi makin dipikir makin kuat.

      Penjelasan: Tuan tidak tahu samada ia adalah bangkai atau mungkin plastik atau benda-benda lain. Jika ini diragui, maka tidak timbul soal najis. Ia tidak najis.

      Dalam meletakkan hukum seperti di atas, andaian-andaian tidak boleh dijadikan bukti. Jadi, ia dikira tidak najis.

      Walaupun dah terlintas nak menyamak, tak jatuh hukum untuk kena samak.. itu aje.

  80. aiman says:

    Ustaz, selama ini sy solat sindirian dgn bacaan yang kuat sbb klau baca dgn suara prlahan sy waswas melampau. Tp skrg baru sy tau sunnah kena baca dgn perlahan, sy cuba sdaya upaya, tp sy slalu frust sgt sebab sy tak terlawan waswas hingga sy tpaksa ulang bacaan berkali kali terutama tahiyat. Sy tau klau ulang ulang bacaan sy mcm ikut syaitan, tp bila sampai situasi tahiyat ada je bhgian yg sy rasa sebut tak jelas, nak tak nak sy ulang ayat tersebut. Bhgian yg selalu rasa tak jelas bacaan ialah mubaarokaatus, iaitu pd suku kata mu dan ro. Bila dlm situasi solat sy slalu tak dpt flashback suku kata itu, lalu sy trus rasa bimbang yg melmpau. so sy pun ulanglah ayat itu. Tp hati terus dilanda rasa bersalah takut Allah tak reda.

    1. Aiman, saya juga pernah alami perkara itu. Kita takut Allah tak redha, itu aje… nmun kita takda perasaan harap yg tinggi pd Allah.
      Nabi tak ajar kita solat sedemikian. Itu juga yg pernah saya fikirkan dulu.

      Mahu tak mahu kita perlu berkeras lawan was2 ni. Kena ada limit. Saya harap Aiman baca komen2 diatas dan cuba analisis.

      Alhamdulillah saya diberikan kejayaan bebas drpd belenggu was2 tu dan sya mahu orang seperti saya pun bebas drpd was2 dgn jayanya.

      Ia memakan masa juga. Tp sabar dan harap.
      Ingat, ibadah yg betul bkn dgn was2… ibadah yg benar adalah dgn tenang…

      Nmun ketika melawan was2 akan ada rasa tidak selesa.. lama kelamaan anda akan bebas drpd was2… amin.

  81. aiman says:

    asmlkum. sy rasa sy yg paling teruk kna pnyakkit waswas ni, sudah 4,5 hari sy mngkaj masalahi rakan2 di atas dan jawapan ustaz. sy cuba.buat, sehari dua sy rasa mcm ok sikit solat sy, tp. masih ulang juga beberapa ayat tp masih ok. hingga solat raya td sy rasa ok la, tapi malang solat jumaat td sy gagal , sbb sy brmasalah ssolt dgn suara prlahan.masa tgh baca fatihah, immam rukuk sy trus tk smpat nak habiskn dah fatihah. panik. balik rmah ada sdara dtg raya, so pkul 4 lbih baru dpt solat zohor, malang sy rasa tak bleh fokus lagi , so sy terlebih masa zohor dlm 4 minit dgn solat
    pula sy rasa truk sngt. sy kecewa habis langsung mood raya hancut lbur. saya takut ustaz

    1. Wkmslm.. maaf lmbat reply. Sibuk hari raya.
      Mmg akan ada rasa kecewa tu… ia dtg utk trigger kita supaya kekal dlm was2 ni. Seharusnya kena lawan dan lawan.

      Was2 ni bukan penyakit yg terus lenyap dlm sehari dua, ia ambil sedikit masa dan ia perlahan2 hilang nanti insya Allah.

      Teruskan usaha tu.. usaha dlm mndekati Allah dgn cara yg betul ada ganjaran Nya. Yakinlah.

      Allah sedang melihat usaha sedara..

  82. As-salam ustaz,

    Saya ingin minta pencerahan.

    Ketika selesai mandi wajib. Saya telah yakin saya dah meratakan air dikeseluruhan anggota badan saya. Saya sangat yakin. Dan telah terdetik dalam hati saya telah selesaikan mandi wajib saya.

    Saya lap-lap badan dan keluar dari bilik air dan seterusnya terus memakai pakaian dan terus ke surau berdekatan dengan rumah saya untuk solat zohor.

    Ketika sampai disurau, ketika hendak memulakan wudhu. Sy terperasan dijari dan dikuku jari saya ada kerak-kerak. Saya tak pasti kerak apakah itu.

    Saya basuh jari tersebut tanpa ada niat untuk menampung kekurangan mandi wajib. Sebab ketika itu saya tak pasti itu kerak apa. Dan saya terus mengambil wudhu. Ketika itu saya dah terdetik was-was dalam hati. saya takut air tak sampai di jari saya. Tapi saya lawan was-was saya dan terus saja ambil wudhu.

    Ketika menunggu untuk berjemah. Was-was makin kuat. Tak sedap hati, saya terus ke paip dan basuh jari saya yang berkerak tadi (ketika ini kerak dah hilang ketika ambik wudhu) saya niatkan dalam hati untuk menampung kekurangan mandi wajib saya.

    Saya ada terbaca komen-komen di atas bahawa mandi wajib itu ada timeline. Adakah dengan tindakan saya ini sudah betul dan saya tak perlu mengulang mandi wajib sebab sy dah basuh jari saya ketika di surau?

    Atau, adakah kerak itu sebenarnya tidak menghalang air dari terkena kulit badan?

    Ustas. Saya betul tak dapat pastikan adakah itu kerak atau bekas kulit-kulit kering yang kecil atau bekas-bekas garisan kuku ketika sy menberus jari sy dgn berus sinki.

    Untuk pengetahuan ustas, sy dh mengosok2 jari saya ketika mencuci rambut. Kalau ikut logik. Kenapa saya tak perasan ketika sy menyiran air di jari. Sy memang telah jelas mengalirkan air di jari ketika mandi wajib. Tapi ketika itu memang saya tak perasan ada kerak atau kotoron yang menghalang. Memang tak perasan, malah saya telah yakin saya telah meratakan air ketika itu sebelum saya terperasan kerak tersebut di surau.

    Ustaz, apakah status mandi wajib sy? Sekarang ini saya masih ada sedikit keyakinan mandi wajib saya sah.

    1. Wa’alaikumussalam,

      Sekiranya benda dikuku itu (kerak kuku) menyerap air, maka air dikira mengalir air. Ia berbeza daripada cat, yang memang melekit dan langsung tidak menyerap air.
      Setahu saya, ia menyerap air, maka tak perlu ulang mandi wajib tadi. Melainkan benda-benda yang sah menghalang air seperti liquid paper, cat dan sebagainya.

      Wallahua’lam

  83. Ustaz,

    Ada pencerahan, isu di atas?

    Ustaz,

    Saya mengalami was was yang sangat teruk mengenai najis. Mungkin kerana kekurangan ilmu.

    Saya ada satu lagi persoalan. Ini yang paling teruk was was

  84. Ustaz,

    Ada pencerahan isu di atas?

    Ustaz,

    Saya ada lagi satu persoalan. Ini yang paling teruk was wasnya.

    Ceritanya bermula pada bulan ramadhan. Ketika menunggang motor, saya mengekori sebuah lori. Bila di amati, saya rasa syak terhadap lori tersebut. Lori tersebut macam lori membawa babi. Bila diperhatikan, memang tidak ada babi dalam lori tersebut. Cuma, saya terkena air percikan dari lori tersebut. Saya rasa saya terkena percikan sebab tangan saya macam terasa percikan air. Cuma masa itu saya tidak memberi tumpuan sangat sebab saya tidak tahu itu benar-benar lori membawa babi atau tidak. Saya abaikan. Alhamdulillah was was saya beransur hilang ketika itu.

    Namun, Allah swt menguji saya hari ini. Saya terserempak lori yang sama macan lori yang saya terserempak pada bulan ramadhan.

    Memang dia ada bawa binatang. Cuma saya tidak melihat dengan jelas binatang apa kerana saya takut tekaan saya itu betul. Saya terus pecut tanpa menoleh adakah benar-benar itu lori membawa babi atau pun tidak. Saya cuma perasan telinga binatang tersebut sahaja.

    Ustaz,

    Dalam keadaan ini, jika benar itu lori membawa babi. Perlukah saya menyamak anggota tangan saya?

    Kalau perlu samak, dimanakah yang perlu saya samak? Kerana saya dah lupa mana lagi yang terkena. Pakaian saya lagi, saya tak tau dimana mahu disamak.

    Untuk maklumat tambahan, ketika bulan ramadhan itu pun saya tidak memberi tumpuan sama ada betul2 ada percikan air atai tidak. Tetapi saya mmg ada rasa. Cuma tak tahu mainan perasaan atau benar-benar kena.

    Saya abaikan untuk mengatakan ia mainan perasaan. Tetapi saya macam menipu diri saya sendiri.

    Tolong saya ustaz, saya amat tertekan dengan kes ini. Sangat-sangat tertekan.

    Adakah betul tindakan saya untuk tidak melihat dengan jelas binatang apa yang dibawa lori tersebut?

    1. Seperti yang kita pernah bincangkan di komen2 yang lepas, perkara berkenaan najis ini perlu sahih. Isunya sekarang, tuan tak tahu yang ia benar2 najis atau tidak.
      Dan jika benar ia membawa babi sekali pun, tuan juga tidak pasti adakah air yang terkena itu adalah air memang daripada babi atau tidak. Mungkin sahaja ia daripada penutup atau body lori.

      Jika ada rasa percikan dan ia masih meragukan, tuan kena tengok samada ada bau atau tidak. Jika ia tidak jelas, maka ia memang tidak dikira najis.

      Contohnya: ada baby yang tidur sekali atas katil, pampers penuh dengan kencing. Dan kita angkat baby tersebut dan basuh ke tandas, sebaik sahaja kita lihat katil selepas itu, kita perasan yang ada kesan basah pada katil. Bermain di minda kita, adakah ia najis air kencing atau tidak, kita cuba bau dan memang jelas ia tidak berbau kencing. Maka kita putuskan yang ia mungkin peluh baby tadi. Itu sahaja kemampuan kita… Selebihnya kita berserah pada Allah.
      Melainkan jelas ada kesan basah dan bau kencing, memang kena dibersihkan…

      Wallahua’lam

  85. Saya syak lori membawa babi kerana belakang lori tersebut tertutup, tetapi bahaigian bawah lori tersebut terbuka.

    Seolah olah unutk udara binatang seperti babi. Kerana babi kan rendah. Jadi agak logik itu lori babi.

  86. Saufi says:

    Assalamualaikum, saya juga ingin bertanyakan benda yg sama, saya mengalami perasaan was was yang sangat teruk, jika saya mengambil wudhu’ purata waktu utk saya mengambil wudhu’ lebih kurg 10-15 minit, dan mandi wajib, lebih krg 45 minit – 1 jam.

    Bergantung kpd tahap keyakinan saya ketika mengambil wudhu dan mandi wajib, pada mulanya, saya kerap mengulang bahagian-2 yg saya tidak nmpk dan pasti sama ada kena ataupun tak ketika berwudhu’. Ini menyebabkan saya sering masbuk jika ingin solat jemaah..

    Dan ketika saya bangun solat subuh, jika saya terlewat bangun, dan masa yg ada utk solat subuh hanyalah 10 minit lagi, saya kebiasaannya hanya berserah diri, kerana saya tahu, saya tidak akan sempat utk saya bersolat di dalam waktunya. Dan ini menyebabkan saya rasa berdosa yang teramat sgt. Lagi-2 dgn penyakit saya yg menyebabkan saya perlu periksa pakaian saya sama ada, wujud atau tak air mazi/wadi pada setiap kali solat.

    Lagi-2 jika saya terbangun dalam keadaan berjunub pada jam 6.30 am utk solat subuh, saya pasti akan terus pasang niat utk hanya qada kan solat itu sahaja, walaupun saya tahu itu adalah dilarang oleh Allah. Mohon bantuan ustaz

    1. Bergantung kpd tahap keyakinan saya ketika mengambil wudhu dan mandi wajib, pada mulanya, saya kerap mengulang bahagian-2 yg saya tidak nmpk dan pasti sama ada kena ataupun tak ketika berwudhu’. Ini menyebabkan saya sering masbuk jika ingin solat jemaah..

      Wa’alaikumussalam,

      Insya Allah, saya faham perasaan atau tekanan tuan. Dalam mencari ketaatan, kita diuji dengan penyakit was-was ini. Cumanya, kita jugde/menghukum diri kita berdasarkan keyakinan kita semata-mata. Termasuklah saya ketika dulu kala.
      Sebenarnya, kita perlu menghukum/judge sah atau tidak, selesai atau belum sesuatu perkara itu berdasarkan panduan fiqh. Bukan semata-mata keyakinan kita.

      Saya amat berharap agar tuan dapat abaikan was-was itu. Secara perlahan-lahan ia akan hilang dengan rahmat Allah taala, insya Allah.

      Setahu saya, ramai yang was-was pada bahagian niat. Contohnya, ramai pesakit was-was ni membasuh muka terlalu lama kerana nak fokus pada niat wudhu’. Dan ada juga yang mandi wajib lama kerana belum datang niat.
      Niat ni bukanlah bacaan di dalam hati, tetapi ia lintasan yang kita nak lakukan sesuatu itu secara sengaja dan sedar. (1. Sengaja & 2. Sedar).

      Jadi, sebaik kita basuh muka untuk berwudhu itu sebenarnya dah datang niat dah, begitu juga mandi wajib.

      Sekarang, berhentilah ulang tempat-tempat bahagian wudhu itu, cukuplah tuan menggosokkan bahagian tersebut ketika membasuh (samada wudhu atau mandi wajib).

      Dalam bab memeriksa pakaian itu, mudah sahaja. Memang kita dituntut untuk berpakaian bersih dan suci daripada najis. Namun, kita tidak disuruh meneliti secara keterlaluan… cukuplah dengan sekali pandang. Jika tidak, was-was tidak akan hilang. Tuan mesit bertindak sekarang. Perlu drastik dan cekal. Pada peringkat awal, hati akan memberontak dan tak tenang, kononnya tak sah dan sebagainya, sebab itu memang lumrah hati, ia akan selesa pada keadaan semasa – namun lama kelamaan, percayalah, insya Allah, perasaan was-was itu akan pulih dan hilang beransur-ansur.

      Ingat, tuan perlu pilih untuk lawan was-was walau hati tidak tenang (pada mulanya – namun lama-kelamaan tuan akan rasa sungguh selesa dan bersyukur) ataupun untuk memilih solat lewat waktu dek termakan mainan was-was itu.

      Wallahua’lam. Hasbunallahu wani’mal wakil

      1. Saufi says:

        Bagi saya pula, saya tidak mengalami was was ketika ingin berniat, tetapi ketika saya ingin memastikan samada sudah rata atau belum anggota wudhu saya itu

        Kadang-2 saya buntu tentang bagaimana caranya saya nak memastikan yang ia sebenarnya sudah rata, kerana saya bimbang ia semakin lama semakin teruk

      2. Alhamdulillah, jadi was-wasnya pada rata atau tak.

        Seperti yang saya katakan sebelum ini, kita menghukum sah atau tidak bukan berdasarkan perasaan sahaja, tetapi harus diukur berdasarkan hukum fiqh.
        Nasihat saya, apabila membasuh anggita wudhu’ tersebut, lalukan air seperti biasa. Kita hanya ambil kira bahagian yang terhalang air dengan jelas sahaja, jika tidak jelas, maka ia dikira sudah rata.
        Lebih elok, gosokkan menggunakan tangan ketika basuh anggota wudhu tadi (jika di paip, sambil lalukan air sambil gosok – jangan berlebih-lebihan nanti membazir). Sesudah itu berserah dan bertawakkal kepada Allah.

        Dalam diri kita perlu ada rasa takut dan harap. Bagi pandangan saya, saya dahulu pun, pesakit was-was kurang ada rasa harap yang tinggi kepada Rahmat Allah taala. Ingatlah, setelah kita berusaha sekadar mampu, seperti yang ditunjukkan Nabi, maka selebihnya tu kita perlu berserah.

        Wallahua’lam. Segera tinggalkan was-was sebelum lebih parah.

  87. khairul najmi says:

    Salam Tuan Ustaz,

    Saya ada was-was.

    Pagi tadi ketika bangun dari tidor, saya perasan ada bekas tompokan kecil di seluar dalam saya dan ada kesan lembapan yabg kecil.

    Pada mulanya saya yakin itu berkemungkinan air mazi. Sebab seingat saya, saya tak mimpi basah. Malah nak kata ia air mani macam terlampau sikit sangat. Sebab air mani mesti akan banyak kan ustaz? Saya check juga takda bau sebab bau sabun basuhan tu kuat. Jadi tak dapat bau.

    Makin lama saya fikir sy makin was was. Perlukah sy mandi wajib? Tadi sy telah yakin itu mazi. Boleh kan sy pegang dgn keyakinan sy?

    Sebab sy xtau itu air apa. Macam sedikit untuk mengatakan ia air mani

    1. Wa’alaikumussalam,

      Pertama kita kena nilai daripada sudut fiqh dahulu. Air mani keluar apabila kemuncak syahwat, dan ia keluar secara memancut. Berbeza daripada air mazi, ia adalah permulaan syahwat, dan ia keluar secara meleleh.
      Air mani keluar secara banyak (memancut) berbanding dengan air mazi.

      Kedua, jika kita amati memang sifat-sifat air yang keluar itu adalah air mazi, sebab ia sedikit dan tidak memancut, maka kita hukumkan ia sebagai air mazi.
      Jadi tak perlu mandi wajib. Dan memang perlu berpegang kepada keyakinan kita hasil nilaian daripada ciri-ciri air tadi berdasarkan hukum fiqh. Maka tidak perlu mandi wajib.

      Wallahua’lam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s