K A B U S A T A U G E R H A N A
SATU KIBLAT
Bukan isu politik. Bagi saya ini isu agama yang kita sayangkan. Ini soal Islam. Saya baru sahaja balik dari sebuah surau, selepas mendengar ceramah ringkas, pada Selasa, 10pm, 9 September 2008. Penceramah menfokuskan kepada isu perpecahan dikalangan ummat Islam di Malaysia yang semakin menjadi-jadi.
imbau kebali
Kerap kali dia mengimbau zaman lampau antaranya, zaman kebangkitan Islam pada perang badar ketika ramadhan tahun ke dua hijrah. Berbekalkan 313 pejuang Islam, pihak Islam telah bertempur melawan tentera bukan Islam seramai kira-kira 1000 orang; tiga kali ganda bilangan pejuang Islam. Namun kemenangan tetap berpihak pada Islam. Sebab waktu itu ummat Islam bersatu dan meyakini pertolongan dari Allah.
bukit uhud
Cuba imbau kembali perang Uhud. Kecelaruan dalam mentaati perintah ketua, iaitu Rasulullah. Rasulullah telah mengarahkan supaya pasukan pemanah tetap bertahan di atas bukit Uhud samada menang atau kalah. Walau bagaimanapun, selepas mendapati bibit-bibit kemenagan pihak muslim, ada sebahagian pemanah turun ke bawah bukit. Hal ini memberi peluang kepada tentera bukan Islam menyerang kembali, dan apa yang berlaku, tentera Islam sedikit lemah disebabkan kekurangan pasukan pemanah yang bertahan di atas bukit Uhud. Serangan tersebut telah menyebabkan Rasulullah tercedera.
umar al khattab
Sejarah kemenangan Islam pada zaman pemerintahan Umar yang menawan sebahagian besar dunia. Pembebasan bumi Palestine. Dan banyak lagi contoh-contoh kemenangan ummat Islam pada zaman kegemilangan Islam.
selesa
Walau bagaimanapun, akibat dari kelalaian dan selesa dengan keadaan sekitar, banyak taklukan Islam telah terjajah kembali dan antara contoh ialah bumi Palestine. Bosnia juga telah lumpuh tanpa disedari. Sebagaimana kiasan dari cerita-cerita lampau yang bukannya dongengan dan rekaan, malah ia adalah fakta sejarah, maka perhatikanlah keadaan Malaysia yang kita sayangi ini. Kita masih merasakan aman dan sentosa dan hanya segelintir bijak pandai sahaja yang gusar dengan perkara ini. Sebab cerdik pandai ini mengamati sejarah Islam, dan juga suasana politik zaman sekarang.
Bagaimanakah sejarah kehancuran dunia Islam
Punca penyakit ini adalah dari dalam tubuh ummat Islam itu sendiri. Ketiadaan keserasian dan persefahaman antara kaum muslimin. Kita telah terlibat dalam perselisihan aliran mazhab secara ekstrimis. Walaupun mazhab ini dibenarkan, namun kita tidak boleh menuduh aliran mazhab yang lain adalah silap. Wujudnya pelampau mazhab, yang hanya membenarkan aliran pemikirannya sahaja dan menafikan aliran yang lain. Juga berlaku ketaksuban terhadap pemimpin melebihi kepercayaan kepada Rasul.
Merujuk kepada sejarah, perpecahan tadi telah menyebabkan pertelagahan sesama sendiri sehinggakan mereka sanggup meminta bantuan dari luar (dari bukan Islam) untuk menentang lawannya yang Islam. Beberapa tahun yang lepas, apa yang berlaku pada Iraq. Polis dunia telahpun campur tangan terhadap Iraq. Bagaimana keadaan Iraq sekarang? Sudah pasti kita tidak akan lupakan suatu titik hitam pada kalendar hijrah kita. Saddam Hussein telah dijatuhi hukuman bunuh pada hari raya Qurban. Usah lupakan hal ini saudara. Usah lupakan.
Jadi dimanakah kita sekarang. Mahu mencegah atau mahu mengubati. Sudah tentu mencegah lebih baik dari mengubati.
Bersatulah kita semua di bawah satu ideologi Islam yang kita ada. Kita muslim, hijau muslim, biru juga muslim. Kita tak mahu terjajah di tanah air sendiri. Atau anda mempunyai beberapa idea untuk dikongsi?
Wallahua’lam






Diingatkan… semua tulisan ini adalah kesimpulan dari ceramah tersebut, dan dihuraikan sedikit dengan huraian dari penulis. Saya hanya berkongsi idea yang ingin disampaikan. Wallahua’lam..