Persoalan lelaki berkahwin dengan ahli kitab
“Pada hari ini dihalalkan bagimu yang baik-baik. Makanan (sembelihan) orang-orang yang diberi Al Kitab itu halal bagimu, dan makanan kamu halal (pula) bagi mereka. (Dan dihalalkan mangawini) wanita yang menjaga kehormatan* diantara wanita-wanita yang beriman dan wanita-wanita yang menjaga kehormatan di antara orang-orang yang diberi Al Kitab sebelum kamu, bila kamu telah membayar mas kawin mereka dengan maksud menikahinya, tidak dengan maksud berzina dan tidak (pula) menjadikannya gundik-gundik. Barangsiapa yang kafir sesudah beriman (tidak menerima hukum-hukum Islam) maka hapuslah amalannya dan ia di hari kiamat termasuk orang-orang merugi.”
*Ada yang mengatakan wanita-wanita yang merdeka.
(al Maaidah, ayat 5)
Pada Dasarnya
Pada dasarnya antara orang muslim dan ahlul kitab mempunyai akidah yang sah mengenai Allah, walaupun berbeza tafsirannya selagi mereka tidak berkeyakinan bahawa Tuhan (Allah) itu adalah al Masih putera Maryam, dan tidak meyakini atau tidak menyatakan dengan lisan atau tulisan bahawa Allah itu satu di antara tiga tuhan. Jika mereka mempunyai kepercayaan dan meyakini hal-hal tersebut di atas, al quran menjelaskan mereka itu termasuk ke dalam golongan kaum kafir. Mengenai itu Allah menegaskan dalam firmannya:
“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah ialah Al Masih putera Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israil, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu.” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang zalim itu seorang penolongpun.
Sesungguhnya kafirlah orang0orang yang mengatakan: “Bahwasanya Allah salah seorang dari yang tiga”, padahal sekali-kali tidak ada Tuhan selain dari Tuhan Yang Esa. Jika mereka tidak berhenti dari apa yang mereka katakan itu, pasti orang-orang yang kafir diantara mereka akan ditimpa siksaan yang pedih.”
(al Maaidah, ayat 72-73)
Di dalam “Sahih Bukhari” terdapat sebuah riwayat yang berasal dari Abdullah bin Umar r.a. bahawasanya ia pernah ditanya tentang perkahwinan antara lelaki muslim dan wanita nasrani atau yahudi, Abdullah bin Umar menjawab:
“Allah mengharamkan wanita musyrik dikahwini oleh lelaki muslim, Aku tidak tahu syirik apakah yang lebih besar daripada seorang isteri yang mengatakan bahawa Tuhannya ialah Isa, padahal beliau itu adalah salah seorang dari hamba Allah s.w.t. Jika ia tidak mengatakan hal itu, ia tetap dipandang sebagai wanita ahlul kitab, walaupun ia meyakini kesucian Isa al Masih atau meyakini kesucian bondanya Maryam atau meyakini kesucian roh kudus dalam bentuk yang berlainan dari kepercayaan orang muslim; selama ia tidak menyekutukan Allah”.
Perkahwinan antara lelaki bukan muslim dengan wanita muslimah.
Mengenai soal itu terdapat kenyataan yang berlainan, kerana itu hukumnya juga berlainan. Menurut syariat Islam, anak dinasabkan kepada ayahnya, dan seorang isteri berpindah mengikut suaminya, didalam lingkungan masyarakat suaminya. Dalam hal itu seoah-olah Islamlah yang menguasai keadaan dan menaungi suasana kesatuan yang baru (yakni kesatuan keluarga atau suami-isteri yang berbeza agama).
Adalah sebaliknya jika wanita muslimah berkahwin dengan lelaki ahlul kitab. Sebagai isteri ia akan hidup jauh dari lingkungan masyarakatnya sendiri (yakni masyarakat Islam). Dalam keadaaln terpencil itu kelemahannya sebagai wanita akan membahayakan keislamannya. Anak-anaknya tentu dinasabkan kepada suaminyadan mereka akan memeluk agama yang bukan agama ibunya; padahal semestinya Islamlah yang menentukan kehidupan rumahtangganya. Ketentuan itu ditegaskan dalam al quran:
“Dan Kami telah turunkan kepadamu Al Quran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya, yaitu kitab-kitab (yang diturunkan sebelumnya) dan batu ujian1 terhadap kitab-kitab yang lain itu; maka putuskanlah perkara mereka menurut apa yang Allah turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap umat diantara kamu2, Kami berikan aturan dan jalan yang terang. Sekiranya Allah menghendaki, niscaya kamu dijadikan-Nya satu umat (saja), tetapi Allah hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu, maka berlomba-lombalah berbuat kebajikan. Hanya kepada Allah-lah kembali kamu semuanya, lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu,”
1:Maksudnya: Al Quran adalah ukuran untuk menentukan benar tidaknya ayat-ayat yang diturunkan dalam kitab-kitab sebelumnya.
2:Maksudnya: umat Nabi Muhammad s.a.w. dan umat-umat yang sebelumnya.
(al Maaidah, ayat 48)
Dari ayat tersebut dapat difahamkan bahawa Islamlah yang semestinya menentukan suasana kehidupan isteri yang beragama Islam, bukan agama suaminya yang dari ahlul kitab.
Ibnu Jabir mengutarakan sebuah riwayat berasal dari Umar Ibnu al Khattab r.a. yang mengatakan: “Lelaki muslim dapat mengahwini wanita Nasrani, tetapi lelaki Nasrani tidak dapat mengahwini wanita muslimah”. Yang dimaksudkan dengan “Nasrani” dalam hal itu adalah “orang dari ahlul kitab” yang tidak menyekutukan Allah.
Ibnu Jabir juga mengutarakan riwayat lain berasal dari Abdullah bin Jabir r.a. yang mengatakan: “Kami (kaum muslimin) boleh mengahwini wanita ahlul kitab, tetapi lelaki ahlul kitab tidak boleh mengahwini wanita kita”.
Apabila lelaki ahlul kitab, lelaki musyrik atau lelaki kafir telah memeluk Islam ia berhak berkahwin dengan wanita muslimah, dan keislamannya itu dapat dipandang sebagai maskahwin bagi isterinya.
An-Nasa’i mengutarakan riwayat sebagai berikut: Abu Thalhah meminang Ummu Sulaim. Ummu Sulaim menjawab: “Wahai Abu Thalhah, tidak mungkin aku mahu dikahwini oleh lelaki seperti anda. Anda kafir dan aku muslimah, tidak halah bagiku berkahwin dengan anda. Akan tetapi kalau anda sudah memeluk Islam, itulah maskahwin bagiku dan aku tidak akan meminta kepada anda selain itu”. Akhirnya Abu Thalhah memeluk Islam dan itulah maskahwin perkahwinannya dengan Ummu Sulaim.
Tsabit mengatakan: “Aku belum pernah mendengar ada seorang yang meminta maskahwin lebih mulia daripada yang diminta Ummu Sulaim.”
Rujukan
Mutiara Perkahwinan Menurut Ajaran Islam
Muhammad Ali Quthb
Cetakan ke 12 (2005)
Bab 2 – Pinangan – Sub topic: Dasar dalam memilih jodoh -
—————————————————————————————
Apa yang saya faham.
-
Perkahwinan lelaki muslim dengan peremuan ahli kitab dibolehkan
-
Perkahwinan wanita muslimah dengan lelaki ahli kitab tidak dibolehkan
-
Ahli kitab yang dikatakan adalah mengaku Allah adalah Tuhan, dan tidak mensyirikkan Allah dengan mengatakan Isa adalah Tuhan.
Harapan
Bagi semua yang membaca keterangan di atas, harap dapat berkongsi pendapat melalui komen, dengan menyatakan apakah kefahaman diri masing-masing terhadap hal ini. Saya amat bimbang jika diri saya tersalah faham terhadap apa yang diterangkan. Wassalam.
——————————————