D e t i k – D e t i k H i d u p k u
Teringat saya kepada satu peristiwa yang berkaitan dengan masalah khilafiah. Masalah itu saya bentangkan kepada para hadirin. Saya bertanya mereka, “Siapakah antara kamu ini bermazhab Hanafi?”. Seorang lelaki pun bangun dan mendekati saya. Kemudian saya bertanya lagi, “Siapakah antara kamu ini bermazhab Syafi’e?“. Bangun lagi seorang lelaki dan mendekati saya setelah mendengar soalan itu. Kemudian saya memberitahu para hadirin bahawa kedua orang lelaki tadi akan bersolah dengan berimamkan saya sendiri.
Kemudian saya menyoal lelaki Hanafi tadi, “Wahai Hanafi, apakah amalan awak mengenai pembacaan surah Al- Fatihah?“. Lelaki Hanafi itu menjawab, “Saya berdiam diri dan tidak membaca Al-Fatihah“. Seterusnya saya bertanya lelaki Syafi’e pula, “Wahai Syafi’e, apa pula yang kamu buat?“. Jawabnya, “Saya membacanya.“
Seterusnya saya bertanya, “Apakah pendapat awak mengenai solah yang dilakukan oleh saudara yang bermazhab Hanafi itu?” Dia menjawab, “Solahnya tidak sah kerana dia tidak membaca Fatihah bersama Imam. Membaca Fatihah ialah salah satu rukun solah“.
Kemudian saya menyoal lelaki Hanafi pula, “Apakah pendapat awak mengenai saudara awak yang bermazhab Syafi’e tadi?” Dia menjawab, “Dia telah melakukan satu perkara yang Makrooh-i-Tahrim. Membaca Fatihah bersama Imam adalah perbuatan Makrooh-i-Tahrim“.
Seterusnya saya bertanya mereka berdua, “Sanggupkah awak memusnahkan akidah masing-masing lantaran perbezaan tadi?” Kedua mereka menjawab serentak, “Sudah tentu tidak“. Kemudian saya bertanya para hadirin, “Adakah awak semua akan menegur (mengkritik) mereka?“. Mereka menjawab, “Tidak“. Saya menyambung, “Puji-pujian bagi Allah. Awak semua kini boleh berdiam diri di dalam persoalan penting mengenai sah atau tidak sahnya solah seseorang. Tetapi awak tidak boleh bertolak ansur apabila seseorang ahli solah mengucap Allahumma Salli A’la Muhammadin atau Allahumma Salli A’1a Sayyidina Muhammadin. Perkara kecil ini awak jadikan punca pertikaian sehingga menyebabkan kekecohan besar.“
Cara saya berdakwah ini terbukti berkesan. Orang ramai mula memperbaiki sikap mereka terhadap satu sama lain. Mereka telah sedar bahawa Islam itu mudah dan luas. Dalam Islam, seseorang tidak boleh mengongkong seseorang lain. Pusat penumpuan di dalam Islam ialah Allah dan Rasul-Nya. Kemudian para anggota Ummah dan para pemimpinnya pula menjadi tumpuan.
“Saya” di sini merujuk kepada Imam Hasan al Banna. Di petik dari Detik-detik Hidupku.
Wallahua’lam


semoga nasihat ini bisa diterapkan oleh seluruh umat Islam, amin…
sebagai tambahan, saya membuat tulisan tentang “Benarkah Kita Hamba Allah?”
silakan berkunjung ke:
http://achmadfaisol.blogspot.com/2008/09/benarkah-kita-hamba-allah-1-of-2.html
(link di atas adalah tulisan ke-1 dr 2 buah link benarkah kita hamba Allah?)
Apakah Allah juga mengakui bahwa kita adalah hamba-Nya?
semoga Allah menyatukan dan melembutkan hati semua umat Islam, amin…
salam,
achmad faisol
http://achmadfaisol.blogspot.com/
i like it