Insya Allah.
Seringkali kita mendengar perkataan insya Allah.
Apa yang dimaksudkan dengan insya Allah?
Pernah suatu ketika dulu, ketika hadir ke suatu sesi temuduga, penemuduga telah memberikan sedikit ucapan ringkas mengenai syarikat, hala tuju dan apa matlamat syarikat. Dia juga inginkan seorang pekerja yang berusaha keras dan bersungguh-sungguh dalam setiap hal. Malangnya dia telah memberi amaran, tolong jangan gunakan perkataan “insya Allah” dalam setiap jawapan kamu untuk sesi temuduga nanti. Katanya, perkataan tersebut telah melemahkan keyakinan pihak yang mendengar untuk mempercayai kata-kata kamu.
Insya Allah bermaskud dengan izin Allah. Namun ia seringkali disalah ertikan
Aduh, ini salah faham yang besar. “Insya Allah” yang sering disalah gunakan telah menyebabkan kekeliruan dikalangan masyarakat awam.
Sebenarnya “insya Allah” itu sama ertinya dengan “aku berjanji” cuma “insya Allah” lebih menunjukkan keyakinan kita pada kehebatan Allah, yang mana apa-apa yang kita usaha tak semestinya menemui matlamat yang kita impikan, kerana ia bukan hanya melibatkan perjanjian antara dua pihak, tetapi melibatkan campur tangan pihak yang ketiga, iaitu Allah tuhan semesta alam.
Setelah melafaz janji, orang Islam akan cuba memenuhi janji tersebut. Walau bagaimanapun sekiranya ia gagal untuk memenuhinya setelah berusaha bersungguh-sungguh, maka ia dimaafkan. Kita akan redha akan takdir tersebut, sebab kita yakin setiap keputusan Allah pasti ada kebaikannya, samada kita sedar atau tidak.
Allah Maha Adil, pasti menganugerahkan kebaikan pada sesiapa yang berusaha kearah itu. Tiada takdir yang bersifat penganiayaan terhadap diri kita. Cubaan dan dugaan hidup yang kita hadapi sesuai dengan aras keimanan kita.
Firman Allah:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?”
Al-Ankabut, ayat 29





alhamdulillah, saya suka tulisan ringkas tapi padat ini. mohon izin untuk paste di blog saya demi manfaat semua, insyaAllah.
Saya izinkan… Harapan, saudari letakkan link untuk blog saya ini, juga untuk maslahah umum.
Tafaddhal masykura…
asalamualaikum…
maaf kata jika kesilapan ada lah dari kita umat islam sendiri….kebanyakan kita telah menjadikan ia (insyallah) budaya dalam berkomunikasi walaupun kekadang kita tidak betul2 memaksudkannya…
sepatutnya seperti kata saudara ianya bermaksud berjanji….itu benar….apa yg kita janjikan wajib kita kotakan termasuk lah janji terhadap orang2 bukan islam atau kafir kerana janji itu adalah iman kita dan juga maruah umat islam itu sendiri….tiada apa yg dapat menghalang kita dari melaksanakan janji yg telah kita lakukan kecuali mati…dan mati itu urusan ALLAH…bagi saya itu yg bermaksud dengan dengan izin ALLAH….saya yakin ALLAH tidak sewenangnya secara lansung masuk dalam urusan hamba2Nya kerana dia yang telah mencipta segala2 dari azali lagi dan kita wajib percaya pada kebijaksanaanNya sejak azali…wallahualam…
p/s…kebaikan itu datang dari DIA…dan keburukan itu hanya datang dari manusia itu sendiri…betulkan saya jika ada kesilapan ya…salam…
ada beberapa perkara lagi isu tentang permasalahan salahfaham ini yg harus kita sama2 kaji semula dan perbetulkan…lagi baik kalau perkara ini dapat disebarkan kepada seluruh umat islam…kita tidak dapat hanya menyalahkan pihak lain kerana memandang rendah agama islam ini sedangkan sedikit sebanyak masalah ini datang dari kalangan kita sendiri…saya bersedia meluangkan masa di atas kemampuan yg ada utk ini kerana saya kira isu salah faham ini di tahap yg kritikal..ianya bukan hanya melibatkan individu perseorangan malah organisasi2 yg besar…
saya berminat membaca blog saudara kerana saudara cenderung pada permasalahan yg kebanyakan org anggap kecil tapi mgkn besar bagi saudara…teruskan dan saya akan mengikuti blog saudara dalam isu2 sebegini….
asalamualaikum…
Jazakallah