Putih Sehelai Kertas
Lumrah manusia gemarkan luarbiasa
Hinggakan terkadang tafsirannya tersasar
Nafsu kian menguasai akal
Salahkah ku guna logik semata?
Ku lihat artis begitu popular
Asbab suara dan juga gaya
Berbuat baik seketul sahaja
Disanjung hebat bagaikan raja
Lumrah manusia jemukan biasa
Barang berharga tiada lagi bernilai
Lantaran cetek ilmu di dada
Manakan dapat membeza-beza?
Kenapa ulama hilang utama
Sedangkan mereka banyak jasa
Tersilap salah secebis cuma
Dihina ia bagaikan hamba
Mengapa kerdil mata manusia
Mengapa begitu payah membeda
Buruk dikatakan baik juga
Sedang yang mulia dibiar sahaja
Putih kertas sekeping sehelai
Ku titis hitam setitik cuma
Hitam dilihat putih diabai
Begitulah umpama manusia menilai
This page has the following sub pages.
Rentak manusia suka berlaga
Ambil sahaja yang jernih belaka
Alah biar manusia membeda
Asal hati dinilai Pencipta
Ragam orang suka mencuba
Silap latahnya usah dicela
Jangan mendabik bila dipuja
Kalau diejek senyum sahaja