A l B a q a r a h 1 8 3
Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa
M a r h a b a n y a r a m a d h a n
Alangkah indahnya Islam. Memang berbeza. Memang agung.
Alhamdulillah… kita masih lagi dipinjamkan nyawa oleh Allah, sehinggakan kita sampai pada Ramadhan Mubarak.
Cuma, usah biarkan Ramadhan datang dan pergi tanpa meninggalkan sebarang kesan yang murni pada diri kita. Apakah kesan tersebut?
K u a l i t i i b a d a h
Semestinya ramai yang akan menyatakan kesan tersebut adalah peningkatan ibadah seseorang. Kuantiti dan kualiti ibadah.
Seseorang itu akan mulai rajin dan menjiwai ibadah yang dilakukan.
Mendalami dan memahami serta mencintai ibadah tersebut.
Sememangnya ibadah ini akan membuatkan hati terasa tenang tanpa gelisah.
Muslim mempunyai terapinya yang tersendiri. Gunakanlah.
L e m a h k a n n a f s u
Secara jujur, memang saya rasakan yang saya juga perlu meningkatkan ibadah walaupun agak keberatan, sebabnya bulan ini boleh dikatakan sebagai permulaan untuk peningkatan kualiti diri.
Pada siangnya kita menahan lapar dan dahaga serta perkara-perkara yang membatalkan puasa, yang semuanya menyebabkan nafsu akan lemah longlai.
Ketika inilah kita sepatutnya mencari jalan, berkeras dengan nafsu tersebut, dan mudah-mudahan kebiasaan yang baik ini akan berkekalan dan semakin meningkat pada masa yang akan datang.
M a h m u d a h
Bulan Ramadhan juga amat mengajar kita dengan sifat sabar.
Jadi alangkah baiknya kalau kita mampu mengubah sikap dan mentaliti kita dengan menanamkan sikap yang positif, seperti berlapang dada, bersangka baik, murah hati, mudah tersenyum, bertegur sapa, dan tidak menjadikan Ramadhan sebagai alasan untuk kita tidur sepanjang hari.
M e n g e n a n g s i m i s k i n
Ketika berpuasa, sibuk-sibukkanlah diri dengan mengenang mereka yang susah, kerana antara satu hikmah barpuasa adalah untuk kita menjiwai perasaan mereka yang susah. Kenangkan bagaimana saudara kita di Palestin, bagaimana dengan saudara kita yang kekurangan makanan dan lain-lainnya.
Timbulkan rasa syukur atas segala nikmat, dan lahirkan sifat malu terhadap Allah, yang masih lagi memberi makan dan penghidupan pada kita walaupun diri kita penuh dengan dosa.
B e r b u k a a l a k a d a r
Elakkan dari berbuka dengan hidangan yang melampau-lampau kerana itu bukan matlamat berpuasa.
Allah bukan menzalimi kita dengan puasa, dan membiarkan hamba Nya menahan lapar, tetapi ia ada hikmahnya.
Bagaimana dengan nafsu yang kita tundukkan pada siangnya, mampu menundukkan kita pada malamnya. Berbukalah dengan ala kadar.
H e n t i k a n m e r o k o k
Dan, bagi perokok terutamanya, rokok jelas hukumnya dalam Islam, jadi gunakan medan Ramadhan untuk membuang tabiat merokok.
Sesudah berbuka, bersegeralah mandi dan berus gigi, kemudian solat Maghrib.
Cuba sibukkan diri dari memberi peluang kepada rokok.
Sebolehnya, biarlah anda berada di masjid 10-15 minit lebih awal.
Sibukkan dengan mengaji quran, membaca kitab atau tafsir quran. Selain itu boleh juga berbicara perkara-perkara yang bermanfaat.
Anda pasti boleh. Usahalah kemudian berdoa… Yakinlah dengan pertolongan Allah.
W a l l a h u a ‘ l a m





Alhamdulillah..kita masih berpeluang merasa nikmat ramadhan.
moga ramdahan ini dapat mendekatkan lagi kita kepada Allah dan memberi keinsafan dalam diri yang lemah ini.
Salam ramadhan dan selamat beramal..