Khalid al Walid Dipecat

Khalid al Walid Dipecat

mecca-construction-drawing

Siapa yang tidak kenal sahabat Rasulullah s.a.w, Saidina Umar al Khattab r.a yang memikul amanah sebagai seorang khalifah selepas Saidina Abu Bakar as Siddiq r.a. Beliau merupakan seorang khalifah yang juga terulung dalam dunia awal Islam. Terdapat suatu kisah menarik antara beliau dan Saidina Khalid al Walid r.a pada zaman pemerintahan beliau.

Saidina Khalid al Walid r.a merupakan seorang tokoh hebat dalam medan peperangan dan telahpun dilantik sebagai Panglima Perang sebelum zaman pemerintahan Saidina Umar al Khattab. Sememangnya kepercayaan masyarakat Islam pada waktu tersebut amat tinggi terhadap kebolehan dan kehebatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Namun apa yang memeranjatkan, setelah takhta khalifah diwariskan kepada Saidina Umar al Khattab r.a, beliau bertindak memecat Saidina Khalid al Walid dengan menggantikan Abu Ubaidah r.a untuk jawatan tersebut. Tindakan ini amat mengecewakan kebanyakan orang ramai dan menimbulkan perasaan tidak puas hati.

Walau bagaimanapun, Saidina Khalid al Walid r.a menerima keputusan tersebut dengan tenang dan berterusan taat terhadap kepimpinan Saidina Umar al Khattab r.a.

Apa Yang Tersirat.

Jika dibaca kisah di atas hanya dengan biji mata sahaja, maka sudah tentu perasaan kita turut menyebelahi pihak yang tidak berpuas hati dengan tindakan Saidina Umar r.a. Namun apa yang tersirat sebenarnya jauh lebih halus dari apa yang kita sangkakan.

Soal keyakinan dalam semua perkara yang dilakukan dan menyerah diri hanya kepada Allah s.w.t sahaja amat penting dalam aqidah setiap muslim. Aqidah pula merupakan jantung kepada agama yang kita cintai ini. Jika rosak dan bermasalah jantung tersebut, maka tumbanglah agama kita.

Hikmah Saidina Umar menurunkan pangkat Khalid dan digantikan dengan Abu Ubaidah antaranya ialah agar ia mampu menyedarkan ummat Islam bahawa penyerahan diri dalam setiap perkara walaupun dalam soal peperangan hanya kepada Allah s.w t. Kebimbangan Umar terhadap ummat Islam yang keterlaluan mengagung-agungkan Saidina Khalid al Walid r.a menyebabkan beliau melucutkan jawatan Saidina Khalid al Walid r.a.

Hikmah peristiwa di atas juga adalah menggambarkan bagaimana seorang yang ikhlas dalam mentaati Allah taala, Saidina Khalid al Walid r.a yang tidak kecewa dengan tindakan Saidina Umar r.a, kerana beliau meyakini bahawa beliau pergi berperang bukan untuk habuan dunia, tetapi untuk habuan akhirat, bukannya mengharapkan habuan pangkat di dunia.

Seterusnya, hikmah lain yang boleh diambil adalah ketaatan Saidina Khalid al Walid r.a terhadap seorang pemerintah, khalifah, Saidina Umar al Khattab r.a adalah wajib dalam Islam selagi mana ia berlandaskan syariat Islam. Langsung tiada kepentingan dalam kedua-dua individu mulia di atas, Saidina Umar al Khattab r.a dan Saidina Khalid al Walid r.a untuk mendapatkan sebahagian habuan dunia tetapi apa yang mereka harapkan adalah keredhaan dari Allah taala.

Wallahua’lam

33 thoughts on “Khalid al Walid Dipecat

  1. Salam

    Ana sangat sangat terkesan kalau terbaca kisah khalid
    Dan kesah pemecatannya inilah yang paling berbekas di hati
    Bagaimana islam itu menjadi matlamatnya, ketaatan kepada pemimpin..

  2. Agak agaknya, apa yang terjadi jika chief of army, panglima tentera malaysia diturunkan pangkat macam peristiwa pemecatan khalid al walid sebgai penglima sebuah negara islam yang sememangnya lebih besar dr malaysia sendiri? adakah beliau akan tetap berkhidmat untuk mempertahankan malaysia dengan hanya berpangkat lans koperal shja?

    • Saya sendiri tak mampu menggambarkan realiti kiranya semua itu terjadi. Apa pun, bukanlah suatu yang mudah untuk mempertahankan iman dan kesabaran. Berapa ramai yang hilang rasional pada akal fikiran apabila musibah berlaku padanya.

      Semoga nama-nama kita sentiasa termaktub di dalam senarai mereka yang teguh imannya. Amin…

  3. salam..kisah yg punya pengajaran yg cukup baik…mohon keizinan utk merujuk artikel saudara dan dimasukkan kedalam blog saya…shukran

  4. Assalamwalaikum…
    Bismillahirahmanirrahim..

    Pemecatan Khalid Al Walid daripada jawatan panglima tentera islam suatu ujian yang berat dimata kita dan mungkin lebih berat pada bahu yang dipecat,demikian juga pada Khalifah Syaidina Omar Al Khatab bukan lah suatu yang mudah baginya melucutkan jika tidak kerana Allah semata-mata.namun seberat mana pun ia yang pasti Khalid Al Walid dan Syaidina Omar Al Khatab telah berjaya melepasi ujian tersebut,

    Pengajarannya pada seluruh umat islam:-
    *Jika benar kita inginkan umat islam tidak tertindas sebagaimana yang berlaku sekarang dibeberapa negara,adalah perlu utama perasaan mementingkan diri sendiri dibuang dari hati setiap umat islam dan diganti dengan perasaan ikhlas dalam setiap tindakan,dan ini adalah tanggung jawab setiap individu kerana Allah untuk melaksanakannya dengan izin Allah.

    Allahu-allam

    • Memang susah… Hatta, ketika terlihat seorang muslim dengan sebuah motorsikal rosak di tepi jalan sekalipun, susah bagi kita untuk menolongnya. Pelbagai alasan datang di hati untuk mengelak diri.

  5. terlebih dahulu saya meminta maaf sebab tersalah guna istilah khalifah merujuk kepada Syaidina Omar Al Khatab yang sebenarnya beliau digelar Amirul mukminin bukan khalifah.

    Untuk memudahkan segala sesuatu itu memang benarlah bahwa hati adalah yang pertama perlu dibersihkan,agar tidak mencintai dan tidak pula membenci dunia,tetapi mampu menghayati petunjuk dengan akal fikiran yang pasti jelas menujuk mana suatu yang benar dan yang salah,yang mana amalan/tindakan mulia dan hina,kerana selagi hati tidak bersih,kekeliruan tidak terhindar.
    katakan boleh sebab ia sememangnya boleh dan mudah.saya ingatkan diri sendiri dan mohon pada Tuhan agar diberikannya iman,kerana selagi yang ada dihati hanyalah kepercayaan bahkan biar keyakinan pun,namun selagi belum upgrade kepada iman,maka pasti saya ada pelbagai alasan seperti sekarang ini,

  6. saidina umar al-khatab memecatnya kerane takut umat islam menjadi syirik ketike itu.maksudnya ketika khalid al walid menjadi jeneral peperangan kebanyakan peperangan yang dipimpinnya membawa kemenangan.umat islam terlampau meninggikan khalid al-walib.sehingga ade yang mengatakan kemenangan islam ketika peperangan adalah kerananye.sedangkan kemenangan itu adalah bantuan allah s.w.t.kerana sbb ini lah umar memecat khalid al-walid.kisah ini menunjukan betape pekanye saidina umar al-khatab terhadap akidah umat islam ketika beliau menjadi pemimpin dan betapa taatnya khalid al-walid terhadap pemimpin.

  7. salam .
    terime kaseh kerane tlah b’kongsi ilmu .
    ssungguhnye saye amat meminati khalid al walid .
    untuk djadikan contoh selain nabi muhammad .

    • Wa’alaikummussalam…

      Seha,

      Antara satu lagi kisah berkaitan keyakinan teguh para sahabat terhadap Allah ialah semasa kewafatan nabi. Bagaimana Saidina Abu Bakar yang tenang mengakui pemergian kekasihnya, Rasulullah s.a.w.

      Siapa yang menyembah Muhammad, sesungguhnya Muhammad telah wafat.
      Siapa yang menyembah Allah, sesungguhnya Allah hidup dan tidak mati.

      Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang rasul, sungguh telah berlalu sebelumnya beberapa orang rasul . Apakah Jika dia wafat atau dibunuh kamu berbalik ke belakang (murtad)? Barangsiapa yang berbalik ke belakang, maka ia tidak dapat mendatangkan mudharat kepada Allah sedikitpun, dan Allah akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur. Surah Ali Imran, 144.

  8. Assalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.
    Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

    Artikel yang menarik untuk pengetahuan umat islam

    mohon izin tuan untuk saya menyalin artikel ini ke dalam blog saya

    semoga tuan senantiasa dalam lindungan Ilahi.Insha Allah.

  9. Apa yang terjadi sekrg, bila dipecat, marah…. buat mcm2….tidak menerima dgn ikhlas, lebih kpd hendakkkn duniawi… pangkat…sanjungan…..Dr Hassan Ali contohnya……Kenapa beliau tidak mencontohi Khalid alWalid…

  10. bukan dipecat tetapi ditukar ke jabatan yang lain..kerana waktu itu khalifah umar melantik abu ubaidah sebagai janeral besar angkatan perang untuk ke parsi,dalam kekhalifahan tiada pecat memecat hanya saling ganti -menganti supaya setiap tugasan sesiapa sahaja mampu laksanakan tugas yang diberi walaupun ia berat ..itulah khalifah umar mendidik biar setiap jawatan itu mesti ada pengantinya kerana apa?kerana tugas khalifah..sebagaimana sistem kekhalifahan yang mesti ada penerusnya @kesinambunganya agar ia menepati apa yang allah mahukan iaitu khalifah fil alrdi(khalifah dibumi).surah al-baqarah ayat 30 & surah al an’aam ayat165..jadi fikirkan sekiranya kita gagal mempertahankan kekhalifahan pasti allah akan tanya pada kita nanti ?..ingatlah kita tiada sistem kekhalifahan yang wujud dibumi sekarang , bermakna kita masih lagi tidak melaksankan amanah allah ?itulah erti tanggungjawab yang diberikan allah kpd adam hingga muhammad sehinggalah kulafahal rashidin ,khalifah ummaiyah,khalifah abbasyiah,khalifah usmaniah dan khalifah????????tanggung sendiri la

    • tolong jangan berpandai – pandai dalam mereka cipta sirah sahabat. tolong kaji sebelum pandai – pandai kata Khalid ditukarkan ke jabatan lain. Jabatan apa? tolong habaq mai sat. Walaupun dipecat di dalam peperangan yarmuk, beliau masih lagi memberi arahan kepada tentera islam, kerana menerima arahan dari abu ubaidah kerana strategi peperangan telahpun dirancang oleh Khalid, dan setelah selesai perang yarmuk. Khalid masih lagi pergi berperang di beberapa peperangan, tetapi sebagai askar biasa yang tidak berpangkat. Selepas itu Khalid meminta dari Khalifah umar untuk untuk berpindah jauh dari kota mekah dan madinah. dan menghembuskan nafas terakhir disana. Jangan pandai2 mereka cipta…. tolong kaji sebelum cerita atau post untuk public.

  11. Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak, ada memetik peristiwa ini dalam ucapan yang disampaikan semasa Majlis Berbuka Puasa bersama Masyarakat Daerah Raub, Pahang (1 Ogos 2012). Kita sebagai rakyat, fikirkan apa mesej yang beliau ingin sampaikan kepada pemimpin bawahannya.

  12. Askm,sebenarnya inilah sifat atau akhlak yg kita patut contohi.Taat setaatnya kepada Allah dan pemimpin lantikanNya.Sayyidina Khalid tdk merasa tergugat pun bila di lucutkan jawatannya krna beliau tahu jawatan itu bkan matlamatnya.bah tidak ada kepentingan duniawi yg lain.persoalannya adakah pemimpin yg mampu meniru atau menjdi bayangan sahabat seperti Sayyidina Khalid Al-Walid di hari ini…yg mampu membawa Islam kembali gemilang…

  13. Ternyata pemecatan yang dibuat Khalifah Umar ra, pada waktu itu amat tepat. Kerana kaum muslimin yang pergi berperang sendiri ada berkata, jikalau Khalid bersama kita. mesti kita akan menang peperangan ini dengan yakin, sedangkan menang dan kalah sesuatu perang itu adalah datang dari allah dan bukannya Khalid al walid penentunya. Musuh islam juga mempercayai jikalau Khalid itu berperang dengan mereka, mesti mereka akan tumpas dan jikalau Khalid tidak bersama di dalam sesuatu perang itu. peluang mereka menang ada. Kerana mereka mempercayai Khalid menerima pedang yang turun dari langit yang diberikan tuhan kepadanya. Perang yang orang islam menang hanyalah semata – mata kerana Khalid bukannya kekuatan tentera muslimin. Jadi kerana untuk mengelakkan ini semua, pemecatan Khalid sebagai pemerintah perang adalah tepat dan betul. Tetapi khalifah umar ingin melantiknya semula sebelum Khalid ra meninggal dunia, tetapi tidak kesampaian.

  14. Time berperang dengan tentera parsi, Utusan kaum telah dihantar untuk berbincang untuk berdamai, tiba tiba satu botol berisi racun yang amat bisa jatuh dari utusan itu. Khalid bertanya apakah botol tersebut. Dia berkata itu adalah botol racun yang akan diminumnya jika dipenjarakan oleh tentera Khalid. Khalid berkata racun yang amat bisa pun tak dapat mencabut nyawa kita jika allah tak benarkan, Sebagai menyokong kata – katanya, Khalid al walid ra mengambil botol tersebut lalu meminumnya, Khalid ditegah oleh beberapa orang sahabat yang bersamanya tetapi tidak dihiraukan Khalid kerana imannya yang tinggi dan yakin kalau belum sampai ajalnya beliau tidak akan mati, Khalid tidak apa – apa langsung selepas minum racun tersebut, utusan tadi pergi menceritakan kepada puaknya apa yang berlaku dan mereka kebanyakan takjub lalu menyerah diri dan ada yang memeluk islam kerana peristiwa tersebut. Time beliau hampir kembali kerahmatullah, Khalid bertanya pada sahabat – sahabat yang datang menziarahinya kenapa beliau tidak tidak juga syahid sedangkan semua tempat dibadannya tak ada seinci pun yang tiada parut dari kesan perang. Salah seorang sahabatnya berkata time beliau memusuhi islam, Nabi saw pernah berdoa kpd allah supaya Khalid diberi hidayah dan time hendak berperang nabi saw pernah berdoa kpd allah supaya memberi kemenangan didalam semua pertempuran yang disertai oleh Khalid (saifullah – pedang allah). Khalid al walid ra malu panglima perang sepertinya mati di atas katil dan bukannya dimedan perang. Khalifah umah pernah berkata tiada satu ibu pun di dunia ini dapat melahirkan anak seperti Khalid al walid.

  15. Rujukan daripada ustaz zaharuddin:

    http://zaharuddin.net/politik-&-dakwah/55/797-wahai-pemimpin–pelajarilah-dari-umar-al-khattab.html

    KISAH 4 : KHALIFAH UMAR r.a DAN KHALID IBN WALID r.a

    Khalid Ibn Waled, yang terkenal sebagai ‘pedang islam’ dilucut jawatan sebanyak dua kali oleh Umar r.a al-Khattab, iaitu pada tahun 13 Hijrah sejurus selepas Umar r.a dilantik sebagai khalifah dan sekali lagi pada 17 Hijrah.[12] Namun kedua-dua peristiwa ini bukan kerana Khalid tidak baik dan bermasalah, Namun ia adalah dari sebab berikut [13] :-

    a- Menjaga keyakinan umat Islam terhadap Allah, ia jelas dari surat umum yang dihantar Umar r.a kepada umat Islam memberitahu agar mereka tidak terlalu ‘attached’ dengan Khalid sehingga tersilap sangka kemenangan Islam disebabkan oleh kehandalan Khalid dan bukan kerana bantuan Allah swt.

    b- Pentadbiran ; iaitu dalam urusan dan keputusan pembahagian harta.

    c- Pentadbiran : Umar r.a inginkan keteletian dan laporan berterusan dari setiap pegawainya, namun Khalid inginkan pentabdiran yang bebeas dari penelitian sentiasa oleh Khalifah.

    Di waktu Khalid dipecat dari jawatannya sebagai gabenor di Syria, belia berkata :-

    “Amir al-Mukminin (Umar r.a) melantik aku sebagai gabenor dan setelah urusan menjadi licin dan lancer, beliau melucutkan jawatanku”

    Lalu seorang lelaki berkata : “Sabarlah wahai ketua, ia waktu untuk bermulanya fitnah”

    Kahlid membalas :

    “selagi anak Al-Khattab ini hidup, selagi itu TIADA RUANG FITNAH untuk berlaku” [14]

    Demikian hormat dan keyakinan Khalid terhadap Umar r.a walau dalam keadaan beliau dilucutkan jawatan, amat difahaminya tindakan Umar r.a adalah untuk mengelak fitnah, bukan mencipta fitnah.

    Di ketika Khalid r.a hampir wafat (beliau wafat pada 21 H), beliau berkata kepada Abu Darda r.a,

    “Wahai Abu Darda, bila Umar r.a al-Khattab r.a wafat kelak, kamu akan dapati sesuatu yang kamu benci berlaku”

    Dan berkata lagi sambil mengelap air matanya:

    “Aku memang merasa sedikit kecewa dengan beliau dalam sesetengah isu, tetapi setelah aku fikrikan kembali berkenaannya di ketika aku sakit ini, aku menyedari bahawa Umar r.a Al-Khattab r.a melakukannya dengan ikhlas dan hanya mengharapkan rahmat Allah dari setiap tindakannya”[15]

    Khalid juga melantik Umar r.a sebagai waasi (pengurus harta pusakanya), ketika Umar r.a al-Khattab menrima surat wasiat itu, beliau turut menangis.

    Cuba kita bayangkan ketegasan Umar al-Khattab r.a tersebut dan bagaimana tingginya taqwa beliau dan juga para sahabat yang bersamanya. Mengapa mereka tidak melenting akibat diambil sebahagian harta dan sebagainya?. Kerana Umar sendiri mengambil hartanya untuk umat Islam, dan beliau tidak makan daging sehingga semua orang miskin di bawah pentadbirannya makan terlebih dahulu.

    Cuba pula kita membandingkan kehidupan para pemimpin di sekeliling kita hari ini. Bagaimana mereka jika berada di bawah pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab r.a.. Sesungguhnya wahai Umar al-faruq kami merinduimu pemerintahanmu..

    Sekian

    Zaharuddin Abd Rahman

    http://www.zaharuddin.net/

    30 Jan 2009

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s