Muafik dan Masbuk dalam solat berjemaah

PERMASALAHAN MUWAFIK DAN MASBUK
RUJUKAN DARI KITAB “MASALAH MUWAFIK DAN MASBUK” OLEH HASAN BIN AHMAD

HUKUM ORANG MUWAFIK

Maknanya ialah makmun yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, dan kesempatan berjemaah dengan imam itu hendaklah mempunyai sekadar masa yang membolehkan beliau membaca surah Al-Fatihah hingga selesai dengan bacaan orang ramai, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Dimaafkan kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya. Contoh rukun yang panjang ialah rukuk dan sujud. Iktidal dan duduk di antara dua sujud tidak dikira sebagai rukun yang panjang.

Contoh-contoh dan gambarannya:

  1. Seorang makmum yang muwafik sedang sembahyang berjemaah, sebelum imam qiam berdiri tegak dari sujud yang ke2 dia sudah rukuk. Maka makmum berkenaan mendapat rakaat itu kerana ketinggalannya dari imam belum masuk kepada rukun ke4.
  2. Seorang makmum yang muwafik sedang solat berjemaah sebelum imam duduk tasyahud akhir makmum berkenaan sudah rukuk, hukumnya dia juga mendapat rakaat itu.
  3. Jika seorang muwafik itu solat berjemaah, apabila imamnya sudah berada dalam qiam ke2 untuk membaca al-Fatihah tetapi makum berkenaan masih lagi berada di qiam pertama belum habis lagi bacaan al-Fatihahnya, atau imam sudah berada ditasyhud akhir sedangkan makmum masih lagi berada di qiam pertama dan al-Fatihahnya belum selesai, hukum makmum demikian ialah batal solatnya, kecuali ia membuat 2 pilihan segera semasa imam hendak berpindah kepada rukun yang ke4 iaitu
  • Pilihan pertama, makmum berkenaan dikehendaki meninggalkan bacaan al-Fatihahnya dan terus mengikut dan melakukan apa yang sedang dilakukan oleh imam, dan ia tambah satu rakaat lagi selepas salam imam.
  • Pilihan kedua, makmum berkenaan dikehendaki niat mufarakah (berpisah) dari mengikut imam, kemudian ia hendaklah meneruskan bacaan al-Fatihah dan rukun-rukun yang lain dengan seorang diri sehingga selesai solatnya.

Jika makmum berkenaan gagal membuat pilihan segera sebelum imam sampai kepada rukun ke4 iaitu qiam ke2 atau tasyahud akhir maka batal solat makmum itu dengan sampainya imam kepada rukun ke4 sedangkan ia masih berada di rukun yang pertama, tetapi tidak mengapa jika bersama-sama selisih, iaitu makmum sedang berpindah kepada rukuk manakala imam sedang berpindah kepada qiam ke2 atau berpindah kepada tayahud akhir.

MASALAH-MASALAH MAKMUM YANG MUWAFIK

  1. Orang muwafik yang dimaafkan oleh syarak kepada yang tertinggal 3 rukun jarak daripada imam itu ialah orang yang lambat bacaannya kerana tabiat kejadiannya begitu dan bukan was-was. Tetapi orang yang lambat bacaannya kerana was-was tidak dimaafkan ketinggalan 3 rukun melainkan dimaafkan sekadar imam belum turun untuk sujud dia selesai bacaan al-Fatihahnya, yakni orang muwafik yang was-was boleh menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum imam turun sujud jika ia belum habis lagi baca al-Fatihah imamnya turun untuk sujud, maka batal solatnya kecuali makmum berkenaan niat mufarakah [mufarakah bermaksud niat berpisah dengan imam, kemudiannya meneruskannya dengan solat bersendirian] sebelum imam turun sujud dan dia pada waktu itu dikehendaki meneruskan bacaan al-Fatihahnya dan mengerjakan rukun-rukun yang lain hingga selesai solat. Kepada orang muwafik yang was-was tidak boleh meninggalkan bacaan al-Fatihah dan terus melakukan apa yang dibuat oleh imam bila dia tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya, kerana ia dikira seperti hukum orang yang sengaja meninggalkannya.
  2. Orang muwafik yang syak sebelum dia rukuk dan sesudah imamnya rukuk adakah ia sudah membaca al-Fatihah atau belum, maka wajib keatasnya membaca al-Fatihah dan di maafkan ketinggalan 3 rukun dari imamnya.
  3. Seorang muwafik yang lupa membaca al-Fatihah sehingga imamnya rukuk tetapi makmum berkenaan belum rukuk, kemudian ia teringat bahawa ia belum lagi membaca al-Fatihah, makmun itu di wajibkan membaca al-Fatihah dan dimaafkan ketinggalan 3 rukun seperti di atas.
  4. Seorang muwafik yang syak adakah ia telah membaca al-Fatihah atau belum lagi, atau ia teringat ia teringat bahawa ia belum lagi membaca al-Fatihah sesudah imam dan ia sendiri telah melakukan rukuk, hukum orang itu tidak boleh lagi ia kembali membaca al-Fatihah tetapi wajib keatasnya terus mengikut imam dan apabila salam imamnya dia dikehendaki menambah satu rakaat lagi.
  5. Orang muwafik yang syak sesudah ia rukuk sedangkan imam belum lagi rukuk, iaitu syak adakah ia sudah baca al-Fatihah atau belum. Hukumnya ia wajib kembali qiam dan baca al-Fatihah, dan ia dimaafkan ketinggalan 3 rukun yang panjang daripada imamnya.
  6. Orang muwafik yang tertinggal baca al-Fatihah kerana baca doa iftitah, tiba-tiba imamnya rukuk sebelum ia sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah, samada dia telah membaca sebahagian daripada ayat-ayat al-Fatihah ataupun belum sempat membacanya walau sedikitpun, hukumnya wajib ia baca al-Fatihah dan dimaafkan ketinggalan 3 rukun daripada imamnya.
  7. Orang muwafik yang sedang menunggu saktah imamnya yakni ia memperhatikan bacaan al-Fatihah imamnya untuk mendapatkan sunat dan beradang baca al-Fatihah apabila imam baca surah nanti, tetapi imam apabila ia selesai membaca al-Fatihah terus rukuk tanpa membaca mana-mana surah, dengan itu makmum tidak sempat baca al-Fatihah, hukumnya dimaafkan ketinggalan 3 rukun daripada imam dan wajib keatasnya baca al-Fatihah.
  8. Orang muwafik yang sedang menunggu saktah imamnya yakni ia memperhatikan bacaan al-Fatihah imamnya untuk mendapatkan sunat dan beradang baca al-Fatihah apabila imam baca surah nanti, tetapi imam apabila selesai baca al-Fatihah dibacanya surah yang pendek menyebabkan makmum tidak sempat menyempurnakan bacaan al-Fatihahnya sedangkan imam sudah rukuk atau sujud, hukumnya dimaafkann ketinggalan 3 rukun daripada imamnya.

Masalah khilaf

Masalah khilaf antara ulama muta’akhirin dalam menetapkan hukum terhadap orang muwafik adalah seperti berikut:

  1. Seorang muwafik solat jemaah bersama imamnya tiba-tiba ia tertidur di tasyahud awal dengan tanpa papan punggungnya di tempat duduk,dia terus tidur sehingga semasa imamnya turun rukuk atau berada di akhir qiam baru ia terjaga dari tidurnya, hukumnya khilaf antara Syeikh Ramli dengan Syeikh Ibnu Hajar. Pendapat Syeikh Ramli bahawa makmum itu masuk dalam bab orang muwafik juga dan hukumnya dimaafkan ketinggalan 3 rukun daripada imamnya tetapi Syeikh Ibnu Hajar berpendapat bahawa makmum itu sudah termasuk dalam bab orang masbuk, hukumnya tidak boleh ketinggalan 3 rukun daripada imam, bahkan ia membaca al-Fatihah sekadar yang dapat dan wajib ia terus mengikut imamnya rukuk, jika ia rukuk sempat thamaninah sebelum imamnya bangkit daripada rukuk maka ia mendapat rakaat itu.
  2. Seorang muwafik solat berjemaah bersama imamnya, bila imamnya bertakbir untuk qiam disangkanya takbir itu untuk duduk tasyahud awal dia pun duduk tasyahud awal, kemudian ia mendengar pula imam bertakbir untuk rukuk disangkanya takbir itu untuk berdiri daripada tasyahud awal, selepas itu barulah makmum itu sedar bahawa sebenarnya takbir imam itu untuk rukuk. Dalam masalah ini kata Syeikh Ramli bahawa makmum itu termasuk dalam bab muwafik dan hukumnya dimaafkan ketinggalan 3 rukun daripada imam. Manakala Syeikh Ibnu Hajar berpendapat bahawa makmum itu sudah termasuk dalam bab orang masbuk, dan hukumnya tidak boleh lagi ketinggalan 3 rukun daripada imamnya bahkan ia membaca al-Fatihah sekadar yang dapat dan wajib ia mengikut imamnya rukuk, jika makmum itu sempat rukuk dengan imamnya dengan thamaninah sebelum imamnya bangkit daripada rukuk maka ia mendapat rakaat itu.
  3. Seorang muwafik solat jemaah bersama imamnya bersama-sama membaca tasyahud awal, apabila imamnya qiam daripada tasyahud awal, makmum itu masih lagi belum selesai membaca tasyahudnya, manakala makmum itu berdiri tegak dan didapati imamnya sudah rukuk atau hampir rukuk. Menurut Syeikh Ramli, ia juga termasuk dalam bab orang muwafik dan dimaafkan ketinggalan 3 rukun daripada imamnya. Manakala menurut Syeikh Ibnu Hajar ia termasuk dalam bab masbuk dan tidak dimaafkan ketinggalan 3 rukun daripada imamnya kerana ia meninggalkan bacaan dengan sengaja, hukumnya jika makmum itu dapat menyempurnakan bacaan al-Fatihahnya dan sempat rukuk sebelum imamnya turun kepada sujud maka ia mendapat rakaat itu, jika tidak hendaklah ia niat mufarakah dan hendaklah ia solat bersendirian dengan mengikut peraturan solat, jika ia menyalahi hukum ini solatnya menjadi batal. Begitu juga hukumnya jika seorang muwafik sedang solat jemaah dengan imamnya, tiba-tiba ia lupa bahawa ia mengikut imam, semasa dalam sujud barulah ia teringat yang ia mengikut imam, sebelum ia sempat qiam daripada sujud didapati imamnya telah atau hampir rukuk. Kata Syeikh Ramli, ia seperti hukum orang muwafik dimana ia wajib habiskan al-Fatihahnya dan dimaafan ketinggalan 3 rukun daripada imamnya. Tetapi kata Syeikh Ibnu Hajar bahawa masalah itu seperti hukum orang masbuk, kalau makmum itu dapat rukuk bersama imam dengan thamaninah [kadar masa thamaninah adalah sekadar masa menyebut lafaz subhanallah] maka ia mendapat rakaat itu, jika ia tidak sempat rukuk bersama imam maka wajib menambahkan satu rakaat lagi selepas salam imamnya.

Makmum masbuk

Maknanya ialah makmum yang tidak sempat berjemaah dalam masa qiam imamnya sekadar masa yang membolehkannya membaca al-Fatihah hingga tamat mengikut pembacaan yang pertengahan dikalangan orang ramai. Umpamanya seorang makmum masuk solat jemaah lewat iaitu ketika imamnya membaca surah al kafirun hampir tamat pada rakaat pertama, makmum itu dinamakan masbuk kerana masa qiam imamnya itu tidak sempat dan tidak membolehkan ia membaca al-Fatihah sehingga selesai. Tetapi sekiranya makmum masuk solat berjemaah solat isyak ketika imamnya hendak melakukan bacaan surah ad-Duha selepas al-Fatihah, makmum itu dinamakan muwafik kerana berdiri imamnya sempat ia membaca
surah al-Fatihah mengikut pembacaan uruf orang ramai. Makmum masbuk dimaafkan meninggalkan bacaan al-Fatihah, kerana al-Fatihah belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh makmum itu semuanya ditanggung oleh imamnya.

Contoh dan gambaran.

  1. Setengah daripada makmum itu pada mulanya adalah makmum muwafik, didalam menunaikan peraturan-peraturan solat ia terlewat, belum sempat ia bangkit qiam tiba-tiba imamnya telah rukuk, hukum makmum itu adalah orang masbuk, jika ia sempat qiam dan terus rukuk sebelum imamnya bangkit dari rukuk maka ia mendapat rakaat itu dimaafkan dia membaca bacaan al-Fatihah.
  2. Didapati imam-imam solat terlalu cepat membaca bacaan di dalam solat, apabila makmum qiam daripada sujudnya didapati imam telah rukuk dan ia tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihah, maka hukumnya wajib ke atas makmum itu rukuk bersama-sama imamnya kerana ia seperti orang masbuk dan ia mendapat rakaat itu. Begitulah hukumnya jika hal keadaan seperti ini berlaku setiap rakaat sekalipun, kalau makmum itu meneruskan bacaan al-Fatihahnya sehingga imamnya rukuk dan bangkit dari rukuk sedangkan ia masih menyempurnakan bacaan al-Fatihah atau dia dapat rukuk bersama imam tetapi belum sempat ada thamaninah, imamnya telah bangkit dari rukuk, maka luputlah ia dari rakaat itu dan hendaklah ia melakukan apa yang dibuat oleh imamnya dan selepas salam imamnya, wajib keatasnya tambah satu rakaat lagi. Mengikut apa yang disebut oleh ulama bahawa sunat kepada orang masbuk tidak membaca apa-apa bacaan sunat selepas takbiratulihram tetapi hendaklah ia membaca al-Fatihah sahaja kecuali ia menjangka sempat membaca al-Fatihah dan membaca zikir yang sunat itu barulah boleh membuat demikian.
  3. Seorang masbuk yang berjemaah dengan imam, apabila rukuk imamnya dan makmum yang masbuk belum lagi sempat baca al-Fatihah dimana ia tidak membaca apa-apa kecuali al-Fatihah, hendaklah ia tinggalkan bacaan al-Fatihahnya dan wajib mengikut imamnya rukuk, kerana al-Fatihah yang belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja itu semuanya ditanggung oleh imamnya jika makmum masbuk itu bertabiat lambat bacaannya sekalipun tidak wajib keatasnya membaca lebih dari kemampuan yang ia dapat, berlainan kepada makmum muwafik yang lambat bacaan, ia dikehendaki menghabiskan bacaan al-Fatihahnya dan dimaafkan ketinggalan 3 rukun dari imamnya sebagaimana dalam penerangan yang lepas.
  4. Jika seorang makmum yang masbuk rukuk terkemudian daripada imam sebab ia baca al-Fatihah, hingga bangkit imamnya dari rukuk, maka luputlah rakaat itu dan wajib keatasnya tambah satu rakaat lagi selepas salam imamnya.
  5. Seorang makmum yang masbuk bersolat jemaah sibuk membaca zikir yang sunat tiba-tiba imamnya rukuk sedangkan ia belum baca al-Fatihah, makmum itu wajib keatasnya baca al-Fatihah sekadar hurufhuruf yang di baca dalam zikir sunat itu, dan ia dikehendaki menggunakan ijtihad dalam hal ini.
  6. Jika seorang makmum yang masbuk itu diam tanpa baca al-Fatihah selepas membaca takbiratulihram sehingga imamnya rukuk, wajib keatasnya baca al-Fatihah sekadar masa yang ia diam itu, dan ia dikehendaki menggunakan ijtihad  dalam hal ini. Apabila makmum yang masbuk selesai baca al-Fatihah kerana menggantikan zikir sunat atau diamnya dalam contoh 5 dan 6, kemudian wajib ia rukuk, jika ia dapat rukuk dengan imam sekadar thamaninah dengan yakin sebelum imamnya bangkit dari rukuk makaia dapat rakaat itu. Jika imamnya telah bangkit dari rukuk sedangkan ia baru selesai baca al-Fatihah atau ia sempat rukuk dengan imamnya tetapi tiada thamaninah maka luputlah rakaat itu dan dia dikehendaki tambah 1 rakaat lagi selepas salam imamnya.

Jika imamnya sudah mengangkat kepala dari rukuk dan makmum yang masbuk masih lagi belum sempurna bacaan al-Fatihah wajib keatasnya niat mufarrakah sebagaimana di terangkan oleh syekh ibni hajar dalam kitab manhaj al qawim, diterangkan oleh Syeikh Ibnu Hajar dalam kitab Minhaj al Qawim dan di terangkan oleh Syeikh Ramli dalam kitab an Nihayah. Mengikut pendapat Syeikh Islam pula bahawa makmum yang masih belum sempurna bacaan al-Fatihahnya sedangkan imamnya sudah mengangkat kepala dari rukuk tidak wajib keatasnya niat mufarakah bahkan diberi pilihan antara mufarakah atau tinggalkan rukuk dan terus sujud bersama imamnya.

Dirumikan Oleh Mohd Hafiz Azmi
12 Jan. 2005

wallahua’lam,

apabila memikirkan apa kebaikan walaupun sedikit, elok dikongsikan. Jangan tunggu jadi ulama baru dikongsi.

_irhafiz

—————————————————————————————————————-

nota ringkas – boleh rujuk sini

Nota ringkas permasalahan Muafik dan Masbuk:

Ma’mum terbahagi kepada dua jenis/kategori:

  1. Ma’mum muafik
    1. Iaitu mereka yang sempat qiam/berdiri bersama-sama imam (berdiri semasa bacaan fatihah, bukan iktidal)
    2. Tempoh berdiri bersama-sama imam tadi, perlulah sekurang-kurangnya kadar masa bacaan fatihah yang sederhana – tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan.
    3. Dibenarkan lewat dengan imam sebanyak 3 rukun yang panjang.
    4. Perlu menghabiskan bacaan fatihah.
  2. Ma’mum masbuk
    1. Iaitu mereka yang tak sempat qiam bersama-sama imam pada kadar masa yang cukup untuk seseorang itu untuk membaca fatihah.
    2. Dibenarkan lewat dengan imam sebanyak 3 rukun.
    3. Tidak perlu menghabiskan fatihah, sebab fatihah beliau telah ditanggung oleh imam.

Rukun panjang:

Contoh rukun yang panjang adalah seperti berikut:

  1. Ruku’
  2. Sujud
  3. Duduk tahiyat akhir

I’tidal dan duduk antara dua sujud tidak dikira sebagai rukun yang panjang.

Untuk mendapatkan rakaat bersama-sama imam, ma’mum perlu sekurang-kurangnya ruku’ bersama-sama imam dengan thama’ninah.

Thama’ninah – diam seketika pada kadar masa bacaan ‘subhanallah’. Thamaninah perlu ada pada setiap peralihan rukun fi’li (rukun yang melibatkan perbuatan, bukan bacaan – seperti peralihan qiam kepada ruku’, daripada ruku’ kepada I’tidal dan sebagainya).

Contoh situasi:

  1. Seorang ma’mum datang ke surau dan mendapati imam telah pun ruku’. Beliau terus takbiratul ihram, dan ruku’. Belum pun beliau sampai pada keadaan ruku’, imam pun bangun I’tidal. Maka pada keadaan ini, beliau tidak lagi mendapat rakaat tersebut bersama-sama imam, dan perlu menggantikannya setelah selesai salam imam.
  2. Seorang yang datang untuk berjemaah, dan takbiratulihram. Beliau membaca doa iftitah, dan sejurus sahaja beliau habis doa ifititah, imam pun ruku’. Pada keadaan ini, beliau dikira sebagai ma’mum muafik kerana sempat berdiri bersama-sama imam pada kadar tempoh masa bacaan fatihah. (kerana tempoh bacaan doa ifititah tadi adalah sama/lebih daripada tempoh bacaan fatihah). Dia perlu menghabiskan bacaan fatihah tersebut, kemudian ruku’. Sebab, bacaan fatihahnya tadi tidak ditanggung oleh imam. Beliau diberi masa sebanyak 3 rukun panjang, untuk menghabiskan bacaan fatihah tadi.

Wallahua’lam.

_irhafiz

Ringkasan : http://bit.ly/XrH35M

171 thoughts on “Muafik dan Masbuk dalam solat berjemaah

    • Akhil,

      Jika ada pandangan atau pendapat, harap dapat dikongsikan.
      Juga, harap disebarkan untuk pengetahuan semua, sebabnya, ramai yang masih solat ikut-ikutan tanpa mengetahui kaedah sebenar.

      • Assalamualaikum. nak tanya. Saya tak paham situasi begini. Contoh semahyang isyak. Pada rakaat ke-3 (selepas tahiya awal), saya dapat bangun bersama-sama imam. Pada rakaat ke-3 tersebut, imam baca al-fatihah terlalu cepat (cepat berbanding al-fatihah pada rakaat 1 dan 2) menyebabkan saya tidak dapat habiskan fatihah. Boleh kah saya rukuk bersama imam atau saya perlu habiskan fatihah sehingga tidak ketinggalan 2 rukun panjang dibelakang imam?

      • Wa’alaikummussalam,

        Situasi Hidayat:
        Bangkit daripada tahiyyat awal bersama-sama imam, kemudian imam baca cepat.

        Perkara ini juga biasa berlaku kepada saya.
        Jadi di sini, Hidayat dikira muafik pada saat ini, kerana bangkit bersama-sama imam.
        Maka muafik dibenarkan tertinggal 3 rukun panjang – Dimaafkan kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya.

        Hidayat perlu habiskan fatihah seperti biasa.

        Wallahua’lam…

      • Assalamualaikum Saudara Hafiz Saya ada satu lagi soalan. Betul ke kita tidak perlu habiskan tahiyat awal jika imam bangkit untuk rakaat ke -3 sedangkan kita tak habis baca tahiyat awal. Apa yang saya fahami, kita tak perlu habiskan tahiyat awal sebab ia bukan rukun dalam sembahyang. Tolong betulkan saya jika saya salah. HHY

      • Wa’alaikummussalam.

        Tahiyat awal adalah sunat ab’ad. Sunat yang amat dituntut.
        Jika terlupa tahiyat awal, disunatkan untuk sujud sahwi. Maksud bacaan sujud tersebut menyatakan kehebatan Allah yang tidak pernah lupa. Sekaligus menyatakan kelemahan kita yang sering lupa.

        Maka, kita amat dituntut untuk duduk tahiyyat awal.
        Namun tahiyat awal tetap bukan suatu rukun. Meninggalkannya tidak membatalkan solat.

        Tapi, rugi besar la… Pahala banyak hilang.

      • Assalamualaikum tentang tahiyat awal ni, dalam solat berjemaah, mengikut imam lebih utama dari menghabiskan bacaan tahiyat awal (sebab tahiyat awal hanyalah sunat muakad). Bukankah begitu? kalau seseorang itu menghabiskan tahiyat awal di waktu imam telah bangun untuk rakaat ke 3, tentu makmum tersebut tidak dapat menghabiskan al-fatihahnya di rakaat ke-3 (sebab si makmum ini menghabiskan tahiyat awal). macam mana tu ye? HHY

      • Assalamualaikum saudara hafiz saya ada beberapa soalan berkenaan sembahyang yang akan saya tanya melalui e-mail dari masa kesemasa. Harap dapat menimbailmu dari saudara Hafiz. soalan saya: 1.Jika seorang hamba Allah tu bermusafir dan hendak melakukan jamak qasar untuk sembahyang zohor dan asar. Bolehkah dia mengikut imam yang berjemaah di masjid untuk solat zohor? 2.Seseorang itu mengikut imam yang sembahyang terawih di masjid, tetapi orang ini mengikut imam bukan untuk sembahyang terawih tetapi sembahyang isyak (sebab dia datang lewat dan tidak sempat berjemaah isyak). Maknanya, bila imam memberi salam selepas tahiyat akhir sunat terawih, si makmum ini bangkitmenambah2 rakaat lagi untuk menyempurnakan sembahyang isyak. harap dapat penjelasan HHY

      • Wa’alaikummussalam,
        Dalam solat berjamaah, ma’mum semestinya mengikut imam. Tidak timbul persoalan ma’mum terlewat membaca tahiyyat awal (terlewat terlalu jauh). Sebabnya, setiap kali imam sujud dan bangkit contohnya… ma’mum tidak digalakkan untuk sujud lama, kerana mengikuti imam itu lebih utama. Jika ia turuti imam satu persatu pada setiap rukun (sujud, duduk antara dua sujud dan sebagainya), sudah tentu ia sempat untuk mula membaca tahiyyat awal tadi bersama-sama imam.

        Maka, ma’mum sewajarnya menghabiskan bacaan tahiyyat awal, sebelum bangkit qiam bersama-sama imam (kerana tuntutannya besar-sunat ab’ad). Pada situasi biasa ma’mum tidak akan ketinggalan terlalu jauh dalam bacaan tahiyyatnya berbanding imam.

        Dan, jika ia terlewat sedikit pun, ia bangkit (qiam) lewat sedikit (mungkin imam sudah membaca 1 atau 2 ayat fatihah), ma’mum tadi masih sempat menghabiskan fatihah tadi, walaupun imam sedang ruku’. Ia masih mendapat rakaat itu.
        Melainkan ma’mum datang pada saat imam sedang ruku’ (datang solat lewat), maka ia perlu ruku’ bersama-sama imam untuk mendapatkan rakaat tersebut, dan fatihahnya ditanggung oleh imam.
        Nota: http://kemusykilan.islamgrid.gov.my juga boleh dijadikan medan pertanyaan. Insya Allah. 
        Wallahua’lam

      • 1. Jika seorang hamba Allah tu bermusafir dan hendak melakukan jamak qasar untuk sembahyang zohor dan asar. Bolehkah dia mengikut imam yang berjemaah di masjid untuk solat zohor?

        Pada kes sebegini, perlu diingat, beza bilangan rakaat pada solat qasar dengan solat tamam (penuh/biasa) untuk asar/zohor adalah 2 rakaat.
        Tiada masalah untuk musafir hendak berimamkan orang solat tamam (penuh).

        Saya berikan satu situasi:

        Saya hendak jamak taqdim zohor dan asar (himpun zohor dan asar dalam waktu zohor). Namun apabila saya tiba di sebuah surau, saya ingin ikut berjamaah dengan masyarakat setempat (mereka solat penuh/tamam) pada waktu zohor. Maka, saya perlu solat zohor dengan tamam/penuh 4 rakaat mengikut imam, dan sebaik sahaja selesai salam, saya bangkit untuk terus solat asar (terpulang samada mahu solat secara qasar-2rakaat atau tamam/penuh-4rakaat).

        Cuma pada niat solat zohor saya perlu niat mengikut imam. Dan sebelum selesai zohor tadi, saya perlu hadirkan niat di hati untuk jamakkan asar dalam waktu zohor.

        Perlu diingat, saya tidak dibenarkan merenggang antara 2 solat zohor dan asar tadi terlalu lama, iaitu maksimumnya sekadar masa solat sunat 2 rakaat biasa. Lebih elok saya terus bangkit untuk mengelakkan jarak masa terlalu lama antara 2 solat tadi.

        2. Seseorang itu mengikut imam yang sembahyang terawih di masjid, tetapi orang ini mengikut imam bukan untuk sembahyang terawih tetapi sembahyang isyak (sebab dia datang lewat dan tidak sempat berjemaah isyak). Maknanya, bila imam memberi salam selepas tahiyat akhir sunat terawih, si makmum ini bangkit menambah 2 rakaat lagi untuk menyempurnakan sembahyang isyak.

        Pasa situasi ini, ma’mum dibenarkan untuk mengikut imam solat sunat. Walaupun pada solat sunat ba’diah sekali pun, ma’mum yang lewat tiba di surau boleh berimamkan mereka yang solat sunat.

        Melainkan ma’mum ingin solat 2 rakaat mengikut imam solat 4 rakaat. Kerana nanti, ma’mum akan selesai dahulu daripada imam.

  1. soalan saya…. jika saya adalah makmum masbuk ketika solat subuh… sya trus ikut imam ruku’ pda rakaat p’1 sehingga salam…semasa imam memberi salam ke kanan dan ke kiri…adakh sya perlu juga mgikut imam salam atau hnya diam ketika imam salam dan trus berdiri setelah imam salam untuk mgntikan rakaat yg tertgal…. boleh terangkan dengan lebih lanjut…??? terima kasih

    • editted..

      Huzaimah,

      Keadaan Huzaimah sekarang adalah sempat rukuk bersama-sama imam pada rakaat pertama. Dan rukuk ini berserta thamaninah.
      Maka, ia telah melepasi syarat untuk mendapat rakaat bersama-sama imam, iaitu sekurang-kurangnya rukuk bersama-sama imam.

      Jadi, dalam hal ini, Huzaimah tidak perlu tambah rakaat selepas salam.

      Wallahua’lam. Terima kasih kepada Zaarz kerana perasan salah faham saya terhadap situasi soalan Huzaimah.
      Pasti Allah membalas jasa baik anda, insya Allah.

      Keadaan Huzaimah sekarang adalah sempat rukuk bersama-sama imam pada rakaat pertama tertinggal rakaat pertama. Apabila Huzaimah takbiratulihram.. imam sudah pada rakaat kedua. Dan Huzaimah sekarang dapat rukuk bersama-sama imam ketika jemaah solat rakaat kedua.

      Huzaimah sekarang tertinggal satu rakaat, dan perlu digantikan selepas imam selesai salam. Huzaimah juga tidak perlu sama-sama memberi salam, hanya diam sahaja dan apabila imam sudah selesai salam, Huzaimah boleh bangun untuk menggantikan satu lagi rakaat.

      Terima kasih :)

      • Alhamdulillah, sama-sama belajar akhi. Ana juga masih jahil & sedang belajar, moga Allah limpahkn ilmuNya pada kita… InsyaAllahu taala. =)

      • Assalamualaikum, sekadar ingin mencelah.

        Dari pemahaman saya mengenai masalah huzaimah, beliau tertinggal pada rakaat pertama, yakni menjadi masbuq tika rakaat pertama dengan terus rukuk bersama imam dan meneruskan rakaat kedua bersama imam sehingga memberi salam.

        Makmum masbuq dalam rakaat pertama yang tidak sempat membaca al fatihah bersama imamnya tidak perlu menambah rakaatnya lagi kerana fatihahnya sudah ditanggung oleh imam sekiranya dia mendapat ruku’ pada rakaat tersebut bersama imamnya secara tukmaninah.

        Persoalan,
        ada benar dia perlu menambahkan lagi rakaatnya sedangkan dia masbuk pada rakaat pertama, bukan kedua ? =)

        Terima kasih.

      • Zaarz,

        Anda benar. Saya telah salah memahami situasi huzaimah. Insya Allah, saya emel semula kepada huzaimah.

        Terima kasih menegur.

  2. assalam….
    saya nak tanya…kalau pembacaan seseoarang tu agak lambat sket…contoh macam tahiyat awal dan akhir…kalau pembacaan masih separuh…tapi imam dah bagi salam,perlu ikut imam ataupun habiskan bacaan tersebut?…

    • Zul,

      Situasi – solat berjemaah seperti biasa, pada rakaat akhir, ma’mum baca tahiyyat akhir tetapi belum habis baca, imam sudah beri salam.

      Jadi, penyelesaiannya, ma’mun perlu habiskan tahiyyat walaupun imam selesai salam.

      Dalam rukun solat, tahiyyat akhir dan selawat adalah wajib. Bermula daripada اتحية المبركة hingga اللهم صل على محمد
      Yang selebihnya adalah sunat.

      Wallahua’lam.

  3. sekiranya saya masuk pada rakaat kedua solat asar dan sempat bersama2 imam membaca al-fatihah, bagaimana dengan situasi tahiyat awal dan akhir saya???adakah saya perlu meneruskan rakaat keempat selepas imam memberi salam dan membaca tahiyat akhir sekali lagi???

  4. Assalamualaikum.. sekiranya saya masuk pada imam rakaat 4. selepas imam memberi salam, saya perlu tambah lagi 3 rakaat, saya perlu buat 2 rakaat dan tambah satu rakkat lagi? atau saya buat 1 rakaat dan tambah 2 rakaat? yang mana satu?

    • Wa’alaikummussalam,

      Apa yang saya faham daripada situasi Malek, Malek dah masuk solat berjamaah dengan imam pada rakaat ke empat (sempat berdiri sekurang-kurangnya rukuk bersama-sama dengan imam).

      Apa yang perlu dilakukan adalah, setelah selesai Imam memberi salam, Malek perlu bangun dan menyelesaikan 3 rakaat lagi.
      Semasa menyelesaikan 3 rakaat itu, mulakan dengan rakaat kedua (ada tahiyyat awal) kemudian rakaat ketiga dan keempat (rakaat keempat- baca tahiyyat akhir dan kemudian salam).

      Harap ia menjawab soalan Malek.

    • Pada sesetengah keadaan, kita perlu mufarakah (niat untuk tidak lagi menjadi makmum lalu solat bersendirian) apabila melihat imam melakukan kesalahan yang menyebabkan solat imam tadi terbatal. Pada keadaan ini kita masih di belakang imam. Jika kita terus menjadi makmum dengan imam yang batal solatnya, maka ini tidak boleh. Kita perlu mufarakah.

      Jadi ketika ini, kita niat untuk solat bersendirian dan meneruskan solat hingga tamat tanpa terikat dengan imam lagi.

  5. slm.saya ada sedikit kemusykilan, setiap hari si A ni dtg surau dan solat secara bersendirian tapi masih berada di saf jemaah . Dan semua jemaah lain tahu dia tidak berniat mengikut imam.Dia tidak mengikuti imam kerana pada anggapan nya imam itu ada ciri2 munafik.apa hukum masaalah tersebut?

  6. tq ,jwapan yg diberi.individu tadi tu dia ekstrim. rupa rupanya dia dari serpihan APU (angkatan perpaduan Ummah) semasa kerajaan pas di kelantan tahun 1990 dahulu. ok syukran

    • Sama-sama. Kita perlukan juga orang yang ekstrim, dengan syarat ia didasarkan pada benda yang benar dan sahih. Bukan ekstrim yang tidak disandarkan dengan ilmu yang cukup. Harap Tuan Mursyid dapat berkongsi apa jua yang bermanfaat dengan saya dan dengan kami. Insya Allah.

  7. assalamuallaikum saya ingin bertanya,kalu sayamendapati
    masbuk direkaat terahir pada sholat magrib ,kemudian setelah imam
    salam ,maka dilanjutkan rekaat kedua dan ketiga ,pertanyaanya
    ,adakah tahiat awal pada rekaad kedua. mohon penjelasan.

  8. salam..
    ada satu situasi..pd awalnya sy niat solat secara sendirian, tp bila berdiri pd rakaat ke2 semasa sy baca fatihah sy mengubah niat utk solat berjemaah. sy jadikan kwn yg solat di sebelah ketika itu yg dlm rakaat ke3 sebagai imam.adakah sah solat sy?syukran

    • Pada umumnya, seseorang yang ingin berjemaah perlu ada imam dan makmum. Wajib keatas makmum untuk niat makmum.

      Saya pernah merujuk kepada Ustaz yang fakih (benar-benar faham) tentang persoalan seperti di atas.
      Situasinya ialah, seorang (A) yang solat berjemaah (dia datang lewat dan tertinggal beberapa rakaat) telah qiam/berdiri untuk bangun menggantikan 2 rakaat lagi. Makmum (B) disebelah kirinya juga bangun untuk menggantikan 2 rakaat.

      Bolehkah makmum (A) yang kanan undur selangkah ke belakang dan niat untuk menjadi makmum kepada sahabatnya (B) tadi?
      Ustaz tersebut menjawab, dibenarkan tetapi makruh (yakni tidak lakukan sedemikian adalah lebih afdhal).

      Namun, situasinya sedikit berbeza dengan Puan. Setahu saya, niat untuk menjadi makmum perlu dilakukan ketika takbiratul ihram (yakni takbir mula-mula solat), berdasarkan Fiqh mazhab Syafee.

      Wallahua’lam.

    • Hanief,

      Jika kita hanya sempat pada rakkat akhir pd solat maghrib, maka kita bangun untuk berdiri selepas imam beri salam. Jadi, kita hanya sempat bersama-sama imam pada 1 rakaat sahaja. Maka bakinya tinggal 2 rakaat lagi untuk kita selesaikan secara seorang diri.

      Maka, kita gantikan rakaat ke 2 dan ke 3 seorang diri…

      Seperti biasa, rakaat ke 2 solat maghrib, kita baca tahiyat awal dan rakaat ke 3 tahiyyat akhir.

  9. pernah sekali ketika sy bersama seorang pak cik ni lewat untk berjemaah,dan hanya sempat masuk ketika rakaat terakhir..seperti biasa slps sy imam abs memberi slm sy mnymbng rakaat 2 dan 3…ttpi pakcik td selepas imam mmbri slm,slps rakaat trsbt dia tidak membuat tahiyat awl dan rakkat seterusnya iaitu rakaat terakhir dia sujud sebyk 3 kali dan membaca tahiyat sebanyak 2 kali semasa rakaat terakhit tersbt

    • Untuk persoalan pak cik tadi,

      Apabila dia meninggalkan tahiyyat awal, maka amat dituntut untuk sujud sahwi.

      Sujud sahwi dituntut kerana dia telah meninggalkan sunat ab’ad (sunat yang amat dituntut) iaitu tahiyyat awal.

      Cara sebenarnya sujud ini, dilakukan apabila habis bacaan tahiyat akhir, dan habis selawat pada nabi dan ahli keluarga nabi (yakni sebelum salam) ia perlu sujud 2 kali.

      Dalam sujud 2 kali sujud itu, ia disunatkan membaca

      سبحان الذي لا ينام ولا يسهو
      Maha Suci Tuhan yang tidak tidur dan tidak lupa.

      Selepas sujud ini, ia duduk tahiyat akhir dan beri salam (tanpa baca tahiyyat akhir lagi).

  10. Saya masuk semasa imam tahiyat akhir,selepas beberapa saat
    iman tersebut memberi salam. Adakah saya perlu menghabiskan bacaan
    tahiyat ataupun terus bangun. Terima kasih.

  11. Assalam,,,kte masbuk dr rkaat pertama,mse rakaat akhir,kte bce istiazah,then fatihah,ble imam da rkuk,kte trus rkuk,sah x solat?dpt x rakaat trsbut?

    • Contoh kes ni, bangun daripada sujud bersama-sama imam, kemudian baca fatihah, namun imam rukuk sebelum kita habis baca fatihah. Kita kena habiskan fatihah tersebut. Tak boleh terus rukuk.

  12. Assalamualaikum saudara hafiz,….

    saya ada kemusykilan.. saya masuk solat jemaah ketika imam sedang membaca surah selepas al-fatehah(x pasti surah apa sbb jarang dengar)….

    saya tak pasti sama ada surah itu baru saja dibaca @ sudah pertengahan @ hampir pghujung surah …

    jadi,saya pun baca al-fatehah…..sikit lagi saya nak habiskan al -fatehah….cuma tinggal ‘siratallazi……’ ataupun ‘khairilmaghdu’………dua tu je

    tiba2 imam pun rukuk……………..jadi soalan saya ialah :

    a) adakah saya perlu habiskan al-fatehah(asalkan sempat rukuk & tomakninah bersama imam) sebab cuma tinggal ‘dua tu je’ nk abiskan….

    b) ATAU tinggalkan al-fatehah dan rukuk bersama imam…..

    HARAP2 SAUDARA HAFIZ FAHAM SOALAN SAYA ….HEHE :)

    diharapkan jawapan saudara hafiz dapat membantu saya……………

    • Wa’alaikummussalam.

      Situasi saudara: sampai ketika imam mmbaca surah slpas fatihah. Saudara takbiratul ihram, kmudian terus mmbaca fatihah. Kmudian imam rukuk sedangkan saudara ada satu ayat lagi.

      Solusi:

      Saudara dikira sebagai makmum masbuk, sebab saudara tak sempat berdiri dengan imam dalam tempoh masa satu fatihah.

      Jadi, apb imam rukuk dan saudara blum habis baca fatihah, saudara boleh pilih antara dua:

      1- terus rukuk, sebab fatihah saudara sudah ditanggung oleh imam (sbb makmum masbuk)

      2- habiskan baki fatihah dengan syarat jgn berpisah dengan imam lebih 3 rukun (rukuk, iktidal, sujud pertama). Jd kena habiskan fatihah sebelum imam duduk antara dua sujud. Kalau dah satu ayat lagi, takkan tak sempat.

      Mana satu solusi boleh dipilih.

      -maaf sbb typing dgn phone shj.

      Wallahua’lam.

      • 0oo…….baru saya faham….terima kasih kerana sudi menjawab soalan saya w/pun guna phone je…(jenuh jugak nk tekan)…tngh malam pulak tu..hehe..

        sy harap saudara hafiz tidak keberatan menjawab apa2 soalan drpd saya pd masa akn datang… :)

      • salam..dalam meneliti pertanyaan dan jawapan oleh tuan hafiz sy dapati ada satu penjelasan ini yang mana penjelasan tuan hafiz kurang tepat.sebenarnya tidak ada solusi kedua bagi org masbuk..WAJIB memutuskan bacaan fatihan di ayat mana sekali pun walau sikit lg nak habis atau dah habis dan rukuk bersama imam dgn mendapat tumakninah bersama imam dan dapat rakaat tersebut..jikalau engkar dan meneruskan fatihah yg sikit lagi sedangkan imam telah sempurna rukuk atau kita berselisih dgn imam iaitu imam bangun untuk iktidal kita sedang nak rukuk maka BATAL solat nya..wallahua’alam…

      • Buat Fiteri, Terima kasih atas teguran tersebut.
        Jawapan berkenaan adalah berdasarkan pengajian berkenaan topik ini. Namun, alhamdulillah, saya juga telah merujuk sahabat saya, Ustaz Mazlan berkenaan hal tersebut bagi mendapat jawapan yang lebih sahih.

        Apa yang dihuraikan daripada situasi di atas, adalah benar makmum tersebut diberikan 2 pilihan dan pilihan kedua tadi juga dibenarkan.

        Wallahua’lam.

      • saya mengatakan demikian berdasarkan pengajian saya.lain guru lain pulak pandangan.terbaik mungkin perlu bertanya pandangan beberapa guru lain untuk kesahihan

        saya hanya teka aje saudara duduk dekat masjid…sy duduk dekat banggol tuan muda..ramai kawan2 d kampung saudara

  13. Salam.
    Dalam point no 3 dlm contoh dan gambaran makmum masbuk kat atas, dinyatakan bhw

    “Seorang MASBUK yang berjemaah dengan imam, apabila rukuk imamnya dan makmum yang masbuk belum lagi sempat baca al-Fatihah dimana ia tidak membaca apa-apa kecuali al-Fatihah, hendaklah ia tinggalkan bacaan al-Fatihahnya dan WAJIB MENGIKUT IMAMNYA rukuk, kerana al-Fatihah yang belum dibaca ATAU SEMPAT DIBACA SEBAHAGIAN SAHAJA itu semuanya ditanggung oleh imamnya jika makmum masbuk itu bertabiat lambat bacaannya sekalipun tidak wajib keatasnya membaca lebih dari kemampuan yang ia dapat”

    tetapi di dalam jawapan saudara hafiz kpd saudara adnan (makmum MASBUK) di atas, saudara hafiz nyatakan pula ada OPTION KEDUA iaitu

    “habiskan baki fatihah dengan syarat jgn berpisah dengan imam lebih 3 rukun”

    Mana satu yg betul? WAJIB ikut Imam rukuk atau boleh teruskan baca al-fatihah sehingga habis asalkan tak brpisah dengan 3 rukuk?

    mohon penjelasan:)

    • Assalamualaikum Syahril, semoga kesungguhan kita dalam memperbaiki amalan mendapat ganjaran dan redha Nya.

      “Seorang MASBUK yang berjemaah dengan imam, apabila rukuk imamnya dan makmum yang masbuk belum lagi sempat baca al-Fatihah dimana ia tidak membaca apa-apa kecuali al-Fatihah, hendaklah ia tinggalkan bacaan al-Fatihahnya

      – point 3 –

      Dalam situasi saudara Adnan, beliau takbiruatulihram sedang imam membaca Surah, dan beliau terus membaca al Fatihah,

      Manakala point no 3 di atas ini menggambarkan keadaan makmum yang datang terus takbiratulihram, kemudian belum pun sempat baca Fatihah, imam takbir untuk turun rukuk. (Selalu terjadi masa solat yang dibaca senyap – solat asar, zohor dll). Jadi dalam kitab tersebut mengatakan ia perlu terus ruku’.

      Berbeza dengan situasi Adnan, di mana ia sempat membaca sebahagian Fatihah, kemudian imam pun rukuk.

      Semoga terjawab, amin… insya Allah.

  14. salam saudara hafiz..
    dI sini saya ada beberapa kemusykilan…berkenaan makmum masbuk..

    situasi 1:

    Sekiranya makmum tersebut lewat berjemaah bersama imam dan hanya sempat mula berjemaah pada rakaat yg ke3 maka selepas tahiyat akhir dan imam beri salam maka makmum tersebut bangun untuk menggantikan rakaat yang tidak cukup, bagaimana caranya makmum tersebut perlu menggantikan 2 rakaat yang tertinggal jika berada dalam solat zohor ?

    situasi 2 :

    sekiranya makmum tersebut lewat dan mula berjemaah pada rakaat kedua maka adakah makmum tersebut perlu membaca tahiyat awal pada rakaat kedua tersebut bersama-sama imam atau hanya berdiam sahaja.. dan perlukah kita membaca tahiyat akhir semasa kita menggantikan rakaat akhir yang tidak cukup.

    pada perkiraan saya kita perlu membacanya kerana mengikut imam tetapi apabila ditanya seseorang persoalan ini kepada saya…saya menjadi musykil kerana individu tersebut mengatakan kita sbnrnya dianggap berada dalam rakaat pertama, dan bagi rakaat keempat di katakan kita tidak perlu membaca semasa mencukupkan rakaat yang tertinggal kerana telah membaca pada rakaat yang keempat bersama2 imam.
    saya berharap mendapat jawapan yang jelas daripada saudara hafiz..terima kasih

    • Assalamualaikum,

      situasi 1:

      Ia perlu menggantikan 2 rakaat, yakni rakaat ke tiga dan ke empat.

      situasi 2 :

      Apabila ia mengikut imam (makmum), sudah tentu ia perlu mengikut imam pada semua hal, termasuklah tahiyyat awal tadi. Perlu ia membaca tahiyyat awal bersama-sama imam.

      Persoalan samada perlu atau tidak kita membaca tahiyyat akhir, sedangkan kita sudah membaca bersama-sama imam. Jawapannya perlu, sebab itu cara yang telah ditunjukkan dalam fiqah.

      Hal yang sama telah ditanya kepada saya, dan katanya tidak perlu lagi membacanya… Begitu juga, katanya makmum yang terlewat hanya perlu menggantikan rakaat yang tertinggal sahaja, contohnya kalau tertinggal rakaat pertama, maka gantikan rakaat pertama tanpa tahiyyat akhir katanya…
      Saya merujuk kepada ustaz yang lebih faqih, namun kata beliau cara tersebut tidak benar.

    • sama-sama Siti, kan beza antara ibadah orang yang berilmu dengan yang ikut-ikutan. Semoga sama-sama diberikan jalan dan dipilih untuk menjadi pengembara ilmu sepanjang hayat. Ilmu dan barakah. Amin

  15. assalam….sy makmum masbuk.ketika sy berada rakaat kedua, imam berada dalam tahiyat akhir…apakah bacaan sy pada ms itu? adakah bacaan tahiyat awal, ataupun bacaan tahiyat akhir?

    • Wkmslm. Maaf, sy reply by phone.

      Jd skrg saudara mngikut imam, maka perlulah saudara turut membaca tahiyyat akhir.
      Sebaik shj imam selesai salam (eloknya selepas imam selesai salam kedua), saudara bangkit untuk menggantikan baki rakaat.

      Wallahua’lam.

      • as salam..maaf..boleh saya bertanya..dalam situasi ini bermakna kita tidak membaca tahiyat awal kerana telah digantikan dengan tahiyat akhir di rakaat kedua dan pada rakaat akhir juga dibaca tahiyat akhir?

      • Mai,

        Oleh kerana kita sebagai makmum, semestinya kita perlu mengikut setiap perbuatan dan bacaan imam. Oleh kerana pada masa tersebut, imam sedang duduk tahiyyat akhir dan bacaan tahiyyat akhir, maka kita perlu turuti imam dengan bacaan yang sama.

        Setelah selesai imam salam, maka kita perlu bangkit berdiri untuk menggantikan baki rakaat.

        Untuk pengetahuan dan perkongsian:
        Bacaan tahiyyat akhir adalah sama dengan bacaan tahiyyat awal, bezanya cuma tahiyyat akhir mempunyai selawat atas Nabi Muhammad s.a.w.

        Wallahua’lam

  16. as’salam

    saya mendapati imam tengah sujud kedua pada rakaat pertama….saya terus niat jemaah dan mengangkat takbiratul ihram dan mengikut perbuatan imam sujud kedua…adakah betul sya terus mengikut perbuatan imam tersebut untuk mendapat pahala berjemaah atau pn sya perlu menunggu imam tersebut mengangkat takbiratul ihram untuk mendapat satu rakaat ?

    • Dalam kes tersebut, anda boleh lakukan dengan cara tersebut, bagi mendapat pahala sujud.
      Cuma seperti yang sedia maklum, rakaat tersebut perlu diganti setelah selesai salam imam.

      Saya juga ingin mengingatkan seperti apa yang diingatkan oleh guru saya, takbiratulihram perlu ada thamaninah, yakni diam seketika, kemudian lafaz takbir dan terus sujud.
      Ramai yang gagal dalam memastikan thamaninah disempurnakan sebelum menikut imam (kes ini ialah ikut imam sujud). Sedangkan thamaninah itu termasuk rukun.

      Semoga sama-sama kita tahsin (perbaiki) solat kita, insya Allah.

  17. slm, sy makmum masbuk rakaat pertama, sy baca niat imam dah rakaat kedua. sila beri penjelasan apa yg sy perlu lakukan seterusnya.

    • Apa yang saya faham daripada situasi saudara, saudara telah berdiri untuk mengikut imam ketika rakaat pertama.

      Namun sebaik sahaja saudara takbiratulihram, imam bangkit untuk rakaat kedua.

      Apa yang perlu saudara lakukan ialah, terus qiam bersama-sama imam (mengikut imam) dan bangkit untuk menggantikan 1 rakaat setelah selesai salam imam.

      Wallahua’lam.

      • Terima kasih atas penjelasan nya, untuk solat 4 rakaat setelah imam memberi salam sy kena bangkit menggantikan 1 rakaat kemudian salam, sy tak perlu ikut imam salam.

  18. Salam, saya Ayie..
    saya ingin bertanya, saya terlewat mnjadi makmun dalam solat subuh.. imam da msuk rakaat kedua dan saya sempat baca fatihah dan ruku’ bersama imam.. setelah salam, saya perlu ganti 1 rakaat.. tetapi, rakaat yg diganti itu perlu doa qunut atau tidak?

    • Wa’alaikummussalam,

      Tuan perlu menggantikan 1 rakaat berserta doa Qunut. Wallahua’lam.

      —-
      note: Sebagaimana solat waktu lain, contohnya Asar, walaupun kita telah mengerjakan/membaca tahiyyat akhir bersama-sama imam, namun apabila kita menggantikannya pada rakaat berikutnya setelah imam memberi salam, kita tetap perlu membaca tahiyyat akhir tersebut.

  19. sy muskil apakah bacaan makmum masbuk ketika imam dalam tahiyat akhir dan apakah makmum itu perlu duduk dalam keadaan tahiyat awal atau tahiyat akhir spt yg imam lakukan pd ketika itu

    • Seperti mana yang saya telah sebutkan dalm komen sebelum ini:

      Oleh kerana kita sebagai makmum, semestinya kita perlu mengikut setiap perbuatan dan bacaan imam. Oleh kerana pada masa tersebut, imam sedang duduk tahiyyat akhir dan bacaan tahiyyat akhir, maka kita perlu turuti imam dengan bacaan yang sama.

      Setelah selesai imam salam, maka kita perlu bangkit berdiri untuk menggantikan baki rakaat.

      Untuk pengetahuan dan perkongsian:
      Bacaan tahiyyat akhir adalah sama dengan bacaan tahiyyat awal, bezanya cuma tahiyyat akhir mempunyai selawat atas Nabi Muhammad s.a.w.

      Wallahua’lam – refer pada 23 August 2013 –

      ……

      Berkenaan cara duduk makmum ketika itu, makmum boleh duduk samada dalam duduk tahiyyat awal ataupun tahiyyat akhir.
      Namun, pada kebiasaannya, oleh kerana kita akan bangkit untuk menggantikan rakaat setelah selesai salam imam, kita akan duduk dalam keadaan duduk tahiyyat awal.

      Namun pada persoalan yang mana lebih aula/utama, saya tiada ilmu tentang hal itu.

      Wallahua’lam

  20. Salam, saya mendapati imam ketika imam membaca fatihah dan sedang baca doa iftitah, perlukah sy menyebut perkataan “amin” atau teruskan bacaan iftitah sy, atau berhenti seketika dan teruskan bacaan selepas itu.

    • Salam Pah,

      Saya memohon sebesar-besar kemaafan kerana tiada ilmu tentang perkara tersebut untuk saya jawab di sini.

      Cuma, jika ingin dikongsi, saya tahu bahawa apabila makmum sedang membaca surah Fatihah, ia boleh berhenti seketika untuk amin bersama-sama imam, dan kemudiannya menyambungkan kembali Fatihah tadi tanpa memulakannya daripada awal. (Kes sebegini berlaku apabila makmum membaca lewat beberapa ayat daripada bacaan Fatihah imam)

      Namun, berkenaan doa iftitah di atas, jujurnya saya tiada ilmu mengenainya.

      Mungkin sahabat-sahabat pembaca mempunyai jawapan untuk dikongsi.

      Wallahua’lam.

  21. Assalamualaikum,Saya melaksanakan makmum sholat isyak dan tertinggal 1 rokaat, pada saat imam tahiyat awal apakah sy mengikutinya atau diam sj, Karena saya baru melaksanakan 1 rokaat.jika sy lakukan berarti sy melaksanakan 3 tahiyat dalam sholat isyak itu.Mohon penjelasannya.matur suwun.wassalam

    • salam hafiz   jika tak keberatan boleh tak saya bercakap secara langsung dengan hafiz nak tanya pasal masbuq muafik.  payah nak tulis .  takut tak paham   tq   Hidayat

      ________________________________

      • masalah saya ialah pada rakaat ke tiga dan ke empat sembahyang berjemaah. Saya selalu tak dapat habiskan alfatihah. boleh ke saya rukuk mengikut imam rukuk kalau alfatihah saya tak habis

      • Begini,

        Kalau Hidayat dapat bangkit daripada tahiyyat awal atau sujud pada rakaat ke 3 bersama-sama imam (tiada delay/kelewatan), maka Hidayat sudah dikira sebagai makmum muafiq.
        Apabila kita telah dikategorikan sebagai makmum muafiq, kita kena habiskan fatihah. Walaupun imam sudah rukuk, kita teruskan bacaan fatihah hingga selesai. Kita diberi kemaafan (sebagai makmum muafiq) untuk lewat daripada imam dengan 3 rukun panjang (rukuk, sujud pertama, sujud kedua).
        Bagi saya, tempoh tersebut memang sempat untuk menghabiskan bacaan Fatihah. Insya Allah.

    • Wa’alaikummussalam.

      Disebabkan kamu makmum, semestinya wajib kamu mengikuti imam. Jadi kamu perlu turut duduk tahiyyat awal seperti imam lakukan. Kemudian gantikan dengan 1 rakaat lagi setelah imam selesai memberi salam.

  22. assalamualaikum,sye ade pertanyaan mengenai solat,situasinye begini…ketika solat magrib berjemaah,sye dtng lewat…sye masuk solat ketika rekaat akhir solat magrib,ketika itu imam sedang rukuk,sedang sye tengah takbir,imam dah bangun dari rukuk dan terus sujud,sye pun ikut sujud,soalannye pertama,berapa sye prlu tambah rekaat,soalan kedua,bagaimana dengan tahiyat awal dan akhir sye,soalan ketiga dalam situasi sye td,ketika imam di tahiyyat akhir,bagaimanakah bacaan sye,prlu bace tahhiyat awal ke tahiyyat akhir…..mnx tunjuk ajr,sye masih baru….trima kasih

    • pertama,berapa sye prlu tambah rekaat,
      -Untuk mendapat rakaat, minimum saudara perlu sekurang-kurangnya sempat rukuk (berserta thamaninah) dengan imam. Oleh kerana saudara tidak sempat, maka saudara perlu tambah 3 rakaat setelah imam selesai memberi salam.

      soalan kedua,bagaimana dengan tahiyat awal dan akhir sye,
      -Apabila saudara bangkit setelah imam selesai memberi salam untuk menambah 3 rakaat lagi, maka saudara perlu membaca tahiyyat awal dan akhir pada rakaat kedua dan ketiga seperti biasa.

      soalan ketiga dalam situasi sye td,ketika imam di tahiyyat akhir,bagaimanakah bacaan sye,prlu bace tahhiyat awal ke tahiyyat akhir
      -Apabila kita berniat untuk mengikut imam (niat menjadi makmum), maka kita perlu menuruti imam. Maka saudara perlu membaca tahiyyat akhir pada waktu tersebut hinggalah selawat kepada Nabi, “Allahumma solli ‘ala Muhammad”. Sekurang-kurangnya. Dan disunnatkan untuk menyambung selawat kepada ahli keluarga baginda, “wa’ala ‘ali Muhammad”.

  23. Salam en. Hafis, kalau iman baca tahyatakhir, sy makmum masbuk adakah perlu sy baca penuh bacaaan tahyatakhir atau bacaan tahyakawal sahaja.

    • Sebagai makmum, kita perlu turut membaca bacaan tahiyyat akhir hingga selawat kepada Nabi.

      Untuk makluman, selawat kepada ahli keluarga nabi (وعلى ءال محمد) dan seterusnya adalah sunat. Buat dapat pahala, dan jika ditinggalkan, rugi…

  24. Salam ustaz kalau kita ketinggalan 3 rukun panjang adakah bacaan tasbih sunat atau kena baca untuk dapat mengikut imam rukun seterusnya erti kata lain megejar ikutan imam

    • Bacaan tasbih pada setiap rukuk dan sujud adalah sunat. Jadi, dalam kes ini, kita perlu pilih samada membaca tasbih tersebut (jika sempat) atau terus meninggalkan bacaan tasbih tersebut.

      Bacaan tasbih tadi adalah sunat.

      Cuma, perlu diingatkan, dalam kita berusaha mengikut imam dengan keadaan ketinggalan ini, jangan bergerak dengan cepat (atau dengan kata lain, tiada thamaninah). Kita tunduk rukuk dengan thamaninah. bangun iktidal dengan thamaninah, dan sujud juga dengan thamaninah.

      Thamaninah ini ialah diam dalam setiap rukun perbuatan (rukuk, iktidal, sujud dan lain-lain) sekadar lama masa bacaan “subhanallah…” (agak-agak 2-3 saat).

      Wallahua’lam.

  25. Salam ustaz pada rakaat pertama selepas sujud kedua saya terus baca tahyat akhir, kerana kerana lupa rakaat, selepas teringat saya terus bangun untuk rakaat kedua adakah sembahyang saya batal? Masaalah kedua – adakah baki rakaat bagi oarng yang masbuk perlu membaca surah pda baki rakaat kedua setelah imam bagi salam masaalah ketiga adakah saya boleh kita orang muafik pada rakaat ketiga imam dan saya rakaat pertama

    • pada rakaat pertama selepas sujud kedua saya terus baca tahyat akhir, kerana kerana lupa rakaat, selepas teringat saya terus bangun untuk rakaat kedua adakah sembahyang saya batal?
      -tidak batal

      Masaalah kedua – adakah baki rakaat bagi oarng yang masbuk perlu membaca surah pda baki rakaat kedua setelah imam bagi salam
      -Sunat dibaca surah selepas fatihah pada rakaat pertama dan kedua, walaupun ia rakaat ganti.

      masaalah ketiga adakah saya boleh kita orang muafik pada rakaat ketiga imam dan saya rakaat pertama
      -tak faham maksud soalan.

      Wallahua’lam

  26. Salam ustaz, maksud sya ada kah saya boleh dikira sebagai makmum muafik yang mendapatni imam pada rakayat ketiga, berdiri imam dan memnaca al- fatihah dan saya berniat solat dan terus baca al fatihah . Ada kah saya dikira makmum muafik yg memboleh kan saya ketingalan 3 rukun panjang

    • Wa’alaikummussalam. Oleh kerana Pah berdiri dan takbir masa imam baru mula baca fatihah, Pah sudah menjadi makmum muafiq. Makmum muafiq boleh ketinggalan maksimum 3 rukun panjang.
      Kenapa dikira makmum muafiq? Sebabnya, Pah mempunyai masa berdiri/qiam dengan imam tadi sekadar masa bacaan fatihah.

      Keratan teks: Maknanya ialah makmun yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, dan kesempatan berjemaah dengan imam itu hendaklah mempunyai sekadar masa yang membolehkan beliau membaca surah Al-Fatihah hingga selesai dengan bacaan orang ramai, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Dimaafkan kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya.

      Wallahua’lam

    • Wallahua’lam, saya kurang tahu tentang ini. Namun, berdasarkan hadith, Nabi membaca pelbagai (lebih daripada satu) doa iftitah. Boleh rujuk kepada yang lebih faqih dan arif.

  27. salam saya ingin bertanya sekiranya kita menangguhkan dahulu takbir ratulihram contohnya bersembang dgn rakan dan dekat2 tok imam nak sujud baru kita angkat takbir maka kita di kira masbuk atau muafik

  28. Ya ustaz,
    Seorang makmum masbuq tidak rukuk bersama imam iaitu imam ‘itidal pada rakaat yang dia mula masuk. Adakah dia mendapat rakaat tersebut?

  29. Ya Ustaz ,
    Saya juga pernah mendengar pengajaran seorang ustaz yang menyatakan seseorang makmum masbuq masih mendapat rakaat yang dia masuk itu selagi tidak melepasi tiga rukun fi’li panjang. Menurutnya makmum tersebut tidak perlu menambah rakaat jika dia sempat sujud bersama imam. Mohon pencerahan ustaz, terima kasih.

    • Insya Allah, saya cuba terangkan seadanya.

      Pertamanya saya bukanlah seorang ustaz. Hanya berkongsi ilmu seadanya.

      Kita ambil petikan daripada kitab ini:

      HUKUM ORANG MUWAFIK

      Maknanya ialah makmun yang sempat berjemaah dengan imam semasa berdiri (qiam) imamnya, dan kesempatan berjemaah dengan imam itu hendaklah mempunyai sekadar masa yang membolehkan beliau membaca surah Al-Fatihah hingga selesai dengan bacaan orang ramai, tidak terlalu cepat dan tidak terlalu lambat. Dimaafkan kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya. Contoh rukun yang panjang ialah rukuk dan sujud. Iktidal dan duduk di antara dua sujud tidak dikira sebagai rukun yang panjang.

      Begini, apabila muafiq, kita dibenarkan lewat 3 rukun fi’li panjang drpd imam.

      Untuk mendapat rakaat, perlu sekurang2nya rukuk serta thamaninah bersama2 imam.

      1- Datang lewat, dan imam masih rukuk. Kita takbir dan qiam, kemudian rukuk bersama2 imam. – Dapat rakaat.

      2- Datang awal, sempat qiam bersama2 imam, kita terus baca doa iftitah. Kemudian, sambung Fatihah. Belum sempat kita habis Fatihah, imam rukuk. – makmum muafiq – dapat rakaat –
      Perlu habiskan Fatihah dan dibenarkan berpisah dengan 3 rukun fi’li yg panjang.

      Wallahua’lam.

  30. salam..
    saya nak tanya, pertama adakah solatnya sah jika seseorang itu yakin dengan solatnya walaupun telah ditegur oleh org lain akan solatnya tidak cukup rakaat? . (contohnya, yakin melaksanakan solat 4 rakaat walaupun hanya buat 3 rakaat).

    2. seorang makmum masbuk, baru sahaja masuk solat bersama imam dalam keadaan qiam, makmum membaca al fatihah, kemudian, imam rukuk. masalahnya, adakah rakaatnya sah tatkala makmum rukuk, imam iktidal – berlaku serentak – dan makmum tersebut yakin yg dia mendapat rakaat tersebut. adakah makmum tersebut cukup rakaatnya? jika tidak, adakah makmum tersebut perlu qadaq solatnya?

    terima kasih…

    • Wa’alaikummussalam

      Bismillah

      Pertamanya perkataan lawan kepada yakin adalah ragu-ragu. Persoalan lupa bilangan rakaat ini seringkali dikaitkan dengan ragu-ragu.

      Apabila seseorang itu solat dan ketika solatnya ia ragu-ragu samada ia berada pada rakaat ke 2 atau ke 3. Maka ketika itu, perlu ia ambil bilangan rakaat yang kurang, iaitu menganggap bahawa ia berada pada rakaat ke 2. Ini termasuk dalam kaedah yang dianjurkan dalam fiqh solat.

      Namun, apabila ia telah yakin dengan bilangan rakaatnya, maka tidak timbul lagi persoalan bahawa ia kurang rakaat dan sebagainya, walaupun ada yang berkata bahawa ia kurang rakaatnya. Hal ini kerana boleh jadi yang menegur itu terlepas pandang dan sebagainya, dan kita perlu berpegang kepada keyakinan kita. (Boleh rujuk tentang ‘dzan’ atau rasa hati/ keyakinan)

      Untuk persoalan ke 2.

      Makmum masbuk tadi sempat membaca fatihah (walau tak habis fatihahnya) ia sudah mendapat rakaat tersebut.

      Kenapa ia dikatakan mendapat rakaat tersebut? Kerana ia sempat qiam bersama-sama imam.

      Namun, ia sudah tergolong dalam kategori makmum masbuk. Dengan ini, ia terikat dengan syarat-syarat makmum masbuk, iaitu tidak boleh melewati/ditinggalkan imam melebihi 3 rukun. Dalam kes ini, seeloknya ia terus rukuk bersama-sama imam walaupun tidak sempat menghabiskan fatihah, kerana sebagai makmum masbuk, dia tidak perlu menghabiskan fatihah tadi.

      Namun, sekiranya ia ingin meneruskan bacaan fatihah tanpa mengikut rukuk bersama imam, dia diberi peluang supaya tidak ditinggalkan oleh imam melebihi 3 rukun (rukuk, iktidal dan sujud).

      Semoga Allah memberikan kefahaman kepada kita seluas-luasnya insya Allah.

      Wallahua’lam – Dan Allah Maha Mengetahui.

  31. Assalamualaikum.saya ada soalan.misalnya sewaktu solat zohor kalau seseorang tu masbuk pada rakaat pertama.maksudnya dia tak sempat baca al fatihah. Dan rakaat kedua.& ketiga sempat baca. Tapi pada rakaat keempat dia baca l fatihah sudah sampai ayat siratallazi…….tapi imam sudah ruku’ waktu tu. Soalan saya adakah makmum tersebut wajib habiskan al fatihah atau ruku’ bersama imam? Dan apa hukum sekiranya makmum trsebut tetap menghabiskan al fatihah tapi sempat ruku’ ketika imam sudah i’tidal? Terima kasih perkongsian yg sangat bermakna. Alhamdulillah.

    • Soalan saya adakah makmum tersebut wajib habiskan al fatihah atau ruku’ bersama imam?

      Jwp: Boleh habiskan bacaan Fatihah asalkan jangan terlewat daripada imam lebih daripada 3 rukun (sekiranya ia berkeadaan masbuk). Jika makmum tadi qiam daripada sujud bersama-sama imam (tidak terlalu lewat bangun), maka ia mempunyai masa untuk menghabiskan bacaan fatihah dalam tempoh berdiri tadi. Maka dalam kes ini, dia perlu menghabiskan bacaan fatihah sebab ia dikira makmum muafiq (muafik – dibenarkan terlewat daripada imam sebanyak 3 rukun panjang – refer tulisan balik)

      Dan apa hukum sekiranya makmum trsebut tetap menghabiskan al fatihah tapi sempat ruku’ ketika imam sudah i’tidal?

      Katakan dia habiskan bacaan fatihah ketika imam iktidal, kemudian dia pun rukuk… Dia masih mendapat rakaat tersebut.
      (Konsep – atau syarat – untuk mendapat rakaat ialah sekurang-kurangnya rukuk bersama-sama imam – maksudnya kalau tidak sempat qiam dengan imam pun (kes yang datang lewat dan imam takbir rukuk) ia sempat rukuk bersama-sama imam. Tapi kalau datang awal daripada tu, memang dapatlah rakaatnya)

      Wallahua’lam.

      Dinasihatkan supaya Afifah dapat membaca balik tulisan terjemahan kitab ini dan boleh juga rujuk komen-komen sebelum ini.
      Insya Allah.

  32. Sy makmum masbuk solat isyak. Sy hanya ikut rakaat pertama dan selepas imam beri salam sy bangun utk kerjakan rakaat kedua dan ada makmum dtg solat yg menjadikan sy imam. Pada rakaat kedua adakah sy perlu membaca fatihah dan surah secara kuat atau perlahan (senyap).

    2. Makmun masbuk solat isyak. Imam rakaat ketiga dan saya baru masuk rakaat pertama… perlu sy hanya baca fatihah seperti imam atau baca dengan surah lain seperti rakaat pertama.

    • Sy makmum masbuk solat isyak. Sy hanya ikut rakaat pertama dan selepas imam beri salam sy bangun utk kerjakan rakaat kedua dan ada makmum dtg solat yg menjadikan sy imam. Pada rakaat kedua adakah sy perlu membaca fatihah dan surah secara kuat atau perlahan (senyap).

      Solusi: Tuan disunatkan membaca fatihah dan surah secara kuat… Sebab tuan dah jadi imam sekarang.

      2. Makmun masbuk solat isyak. Imam rakaat ketiga dan saya baru masuk rakaat pertama… perlu sy hanya baca fatihah seperti imam atau baca dengan surah lain seperti rakaat pertama.

      Solusi: Makmum perlu mengikut imam daripada segi perbuatan dan bacaan. Sebab itu walaupun kita makmum masbuk, kita juga perlu membaca tahiyyat awal atau akhir, sebagaimana imam lakukan.

      Insya Allah, saya harap ia menjawab soalan..
      Wallahua’lam – Dan Allah Maha Mengetahui…

  33. assalamualaikum syeh..sy nk Tanya..sy solat dua orang..dan sy menjadi makmum pada rakaat keempat..pada duduk tahyat akhir datang seorang hamba Allah menjadi makmum dbelakang imam..soalan sy adakah sy perlu undur ke belakang atau sy kekal ditempat asal..

    • Wa’alaikummussalam, wallahua’lam. Sekiranya ia berlaku pada saya, saya akan teruskan hingga habis tahiyyat akhir tanpa berundur (kekal ditempat asal), kerana position waktu itu ialah duduk. Ia tidaklah membatalkan solat (sekiranya kekal) namun yang mana lebih afdhal, saya terus terang, tiada ilmu untuk menjawab persoalan ini. Maaf atas kelemahan saya.

  34. assalamualaikum, saya ada satu soalan. saya ikut imam ketika imam sudah tahiyat akhir dalam solat maghrib. lebih kurang beberapa saat saya duduk, imam terus memberi salam, saya terus bangun tanpa menghabiskan bacaan tahiyat . (boleh ke begini?)

    jadi sekarang saya ada 3 rakaat yg perlu diteruskan. persoalannya, bagaimana saya perlu meneruskan rakaat selepas bangun drpd tahiyat akhir tu? adakah dijalankan seperti solat maghrib biasa, maksud saya rakaat pertama, diikuti rakaat kedua dgn tahiyat awal dan rakaat terakhir dengan tahiyat akhir?

    mohon penjelasan, terima kasih.

    • Wkmslm. Alhmdllh, situasi tuan telah dibincangkan dgn seorang ustaz fiqh sblm ini. Dibolehkan terus bgun (seperti yg dilakukan tuan).

      Jadi, apb bangun, dikira rakaat pertama seperti biasa, diikuti rakaat kedua, tahiyat awal, rakaat akhir dan tahiyat akhir seperti yg dimaksudkan oleh tuan.

      Insya Allah. Wslm. (Maaf Wan, sy reply pakai mobile phone – byk short form)

  35. Assalamualaikum. Saya nk tanya. Sah tak solat kita kalau imam dah nak duduk antara dua sujud. Time tu kita baru je habis Fatihah. Sah tak solat saya? Mintak penjelasan.

    • Wa’alaikummussalam..

      Perlu kategorikan dulu samada anda dlm muafiq atau masbuk.

      Nk tanya, masa tu, anda datang masa imam tengah baca fatihah ke? Rakaat ke berapa?

      • masa tu rakaat ketiga. masa tahiyyat awak tu saya tak sempat ikut imam. sebab imam cepat sangat

  36. salamualaikum irhafiz…
    banyak ilmu yang di kongsi bersama..Allhamdulillah.
    tapi baca ayat ni kadang-kadang susah nak faham, saya bercadang nak ilustrasikan….bole ke?…tq

    • Wa’alaikummussalam,

      Pertama-tamanya, saya ingin tegaskan bahawa, semua tulisan tersebut adalah suatu alih huruf sahaja, daripada tulisan Jawi kepada tulisan Rumi. Dan ia bukanlah karangan saya.
      Namun begitu, jika tuan berhajat untuk ilustrasikan dan dapat ia memudahkan kepada suatu kefahaman yang jelas, tiada salahnya.

  37. assalamualaikum. bagaimana utk mggantikan rakaat yg tertinggal? adakah tahiyat akhir perlu dibuat dua kali jika tertinggal satu rakaat? dan bagaimana pula utk mggantikan tahiyat awal jika tertinggal rakaat kedua?

    • wa’alaikummussalam,

      Baiklah, saya cuba memberi tunjuk ajar secara umum – kerana soalan saudara amat umum.

      Kenal pasti dahulu:

      -Pertama: Masa anda mula berjemaah dengan imam,
      1) imam berada pada rakaat berapa.
      2) adakah anda mendapat rakaat tersebut (rujuk nota dalam bagaimana mendapat rakaat)

      -Kedua:
      1) Kenal pasti baki rakaat anda tidak bersama dengan imam (Kes solat asar contohnya – jika anda sempat berjemaah pada rakaat ke tiga – maka anda berbaki 2 rakaat lagi untuk digantikan selepas imam memberi salam)
      2) Gantikan rakaat tersebut seperti solat biasa (kes solat asar di atas – anda perlu ganti 2 rakaat selepas imam beri salam – maka rakaat tersebut tentulah rakaat 3 dan 4, pada rakaat ke 4 anda perlu duduk tahiyyat akhir dan membaca tahiyyat akhir seperti biasa)

      -Ketiga:
      1) Memang berlaku pengulangan seperti kita akan membaca tahiyyat akhir 2 kali (kali pertama dengan imam, dan kali kedua ketika kita berseorangan selepas imam beri salam)

      nota: tidak perlu musykil kenapa perlu ada pengulangan tahiyyat akhir dan lain-lain menggunakan logik akal kita ini. Hal ini kerana ia ibadah yang telah dianjurkan dan diteladani daripada Rasulullah s.a.w.

      Saya harap jawapan ini dapan memberikan hint-hint terbaik buat saudara, dan dapatlah saudara meneliti permasalahan dan post ini.

      Wallahua’lam

  38. Assalamualaikum saudara. maaf ye kalau saya tanya soalan lain. Saya nak tanya…. kalau time kita baca fatihah ayat ke-2 kite terNyaringkan suara. jadi adakah kita perlu membaca balik ayat ke-2 tu ?

    • Wkmslm. Bacaan fatihah sunat dinyaringkan seperti kita semua tahu, pada solat subuh, maghrib dan isya’. Jadi, jika waktu lain, makruh hukumnya.

      Apb ia makruh dibaca kuat, maka jika dibaca secara ‘sir’ (perlahan) dapat pahala, ttp jika dibaca secara nyaring dikira sia-sia – iaitu tak dapat apa2 pahala berkaitan bacaan tadi – beekenaan saranan mmperlahankan bacaan td.
      Jadi, sekiranya terbaca nyaring, tidak menjadi masalah sekiranya tidak baca balik ayat ke 2 tadi.

      Wallahua’lam

  39. macam mana pulak kalau time baca tu saya tersumbangkan suara dan bunyi bacaan tu dah jadi lain..mintak pnjelasan

  40. jika saya tersebut:”Allau akhbar” apabila takbiratulihram. apa yg harus saya lakukan? adakah terbatal solat saya?

    • Saya tak faham soalan saudara:
      Adakah saudara maksudkan sebut “Allahuakbar” semasa nak ruku’?

      Jika itu maksud saudara, memang kita disuruh untuk menyebut takbir tersebut…
      Ia dipanggi sebagai “takbir intiqoolah” – takbir setiap kali kita nak berpindah rukun, seperti daripada qiam kepada ruku’, daripada ruku’ kepada i’tidal dan begitulah seterusnya…

  41. Assalamualaikum..saya nak bertanya..jika seorang tu solat zohor..masbuk muafik dan pada rakaat ketiga,dia tak sempat nk abiskan al fatihah sbb was-was sdangkan imam sudah rukuk..jadi dia wajib habiskan al-fatihah kan…smpai mana yg katakan 3 rukun,adakah sblum imam tu sujud?atau slpas imam tu sujud?kalau dia tetap tak habis juga bacaan al-fatihaha mcm mna?mohon penjelasan..=)

    • Orang muwafik yang dimaafkan oleh syarak kepada yang tertinggal 3 rukun jarak daripada imam itu ialah orang yang lambat bacaannya kerana tabiat kejadiannya begitu dan bukan was-was.
      Tetapi orang yang lambat bacaannya kerana was-was tidak dimaafkan ketinggalan 3 rukun melainkan dimaafkan sekadar imam belum turun untuk sujud dia selesai bacaan al-Fatihahnya, yakni orang muwafik yang was-was boleh menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum imam turun sujud jika ia belum habis lagi baca al-Fatihah imamnya turun untuk sujud, maka batal solatnya kecuali makmum berkenaan niat mufarakah [mufarakah bermaksud niat berpisah dengan imam, kemudiannya meneruskannya dengan solat bersendirian] sebelum imam turun sujud dan dia pada waktu itu dikehendaki meneruskan bacaan al-Fatihahnya dan mengerjakan rukun-rukun yang lain hingga selesai solat.

      Kepada orang muwafik yang was-was tidak boleh meninggalkan bacaan al-Fatihah dan terus melakukan apa yang dibuat oleh imam bila dia tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya, kerana ia dikira seperti hukum orang yang sengaja meninggalkannya. Dan kemudian perlu tambah/ganti 1 rakaat.

    • Perlu habiskan fatihah. Disebabkan ia lewat kerana was2.. maka ia dikira dalam hal yang berbeza. Tidak lagi termasuk dlm 3 rukun itu.

      Berdasarkan kitab ini, si was2 td perlu turun sujud bersama2 imam (dgn henti fatihah & tambah 1 rakaat nnt). Atau jika ia ingin teruskan bacaan fatihah, ia perlu berpisah drpd imam.

  42. Assalamualaikum..
    1)Kalau masbuk,niat sama ke mcm makmum lain
    2)saya turut solat ketika imam selesai mmbca tahiyyat awal..brmksd sy solat pd rakaat ke 3..jadi brapa rakaat yang perlu sy dirikan lagi..dan bila prlu baca tahiyyat awal yang saya tertinggal td..

    • Wa’alaikummussalam,

      Niat makmum masbuk ni sama dengan niat yang lain.

      Apa yang saya faham daripada situasi ini, anda mula solat setelah imam selesai baca tahiyyat awal atau dengan kata lain anda menjadi makmum ketika imam solat pada rakaat ke 3.
      Dengan itu, anda sempat menjadi makmum untuk rakaat ke 3 dan ke 4. Maka, baki rakaat yang perlu dibereskan/diganti setelah imam selesai beri salam adalah 2 rakaat. Iaitu rakaat ke 3 dan ke 4…

      Maka pada situasi ini, tiada lagi tahiyyat awal – yang ada cuma tahiyyat akhir yang akan anda selesaikan secara bersendirian.

  43. Assalamualaikum.. Terima kasih untuk ilmu yg bermanfaat kpd semua yg memerlukannya. Semoga saudara diberi ganjaran yg besar disyurga nanti.

  44. Assalamualaikum…
    saudara,,

    apakah hukum jika kita sembahyang makmum masbuk pada rakaat yang kedua..
    ketika imam sedang sujud, makmum mengangkat sedikit kepala kerana was-was imam sudah duduk antara dua sujud sedangkan imam masih lagi sujud…(imam sujud lama sedikit..)
    adakah batal solatnya..?
    apakah perlu niat mufarakah..?
    jika makmum niat mufarakah dan makmum terus menyambung solat hingga rakaat sampai habis, perlukah di tambah rakaatnya..?

    • Wa’alaikummussalam,

      Berkenaan bangkit sujud sebelum imam (tanpa sengaja) telah dibincangkan dalam kelas fiqh guru saya.
      Hukumnya: Hendaklah makmum tadi kekal mengangkat kepala sedikit (tanpa sujud semula) dan menunggu imam selesai sujud dan bangkit daripada sujud (duduk antara dua sujud). Tidak batal solat, dan terus solat berjemaah seperti biasa.

      Wallahua’lam.

  45. Assalamualaikum,
    Saya orang yang membaca al-fatihah pada kadar perlahan. Manakala imam pula membaca dengan sangat pantas. Kalau saya bertakbiratul ihram dengan imam, maka adakah saya wajib menghabiskan al-fatihah saya? Sebab saya tak akan dapat mengejar bacaan al-fatihah pak imam.

    • Wa’alaikummussalam,

      Perkara ini memang tak dapat dielakkan… Ia berlaku dibanyak tempat, terutama apabila ia dipimpin oleh imam yang kurang menjaga maslahat jamaah.

      Saudara perlu menghabiskan bacaan fatihah tersebut. Kenapa? Sebabnya, saudara sudah dikategorikan sebagai makmum muafik, perlulah habiskan fatihah tersebut (rujuk nota atas).

      Bagaimana? Jika solat subuh, maghrib, isya’ (bacaan kuat), setelah imam menghabiskan separuh fatihah, saudara mula membaca fatihah…. ketika imam mengaminkan fatihah tersebut, saudara sama-sama melafazkan amin…. kemudian sambung bacaan tadi. (Kes yang kita sudah tahu imam baca laju).

      Wallahua’lam

  46. Saya Solat Asar secara berjemaah, tapi saya lewat masuk jemaah tuu… selepas imam bagi salam, ada seorang tu datang menegur saya kata rakaat saya tak cukup satu rakaat, lalu dia sruh saya menambah lagi satu rakaat.
    SOALANnya, adakah boleh saya menambah satu rakaat lagi setelah saya bagi salam…? Ataupun saya kena Solat Asar tu semula…?
    Mohon Pencerahan…

    • Maaf kerana lewat reply,
      Sememangnya dibenarkan tambah satu rakaat lagi walaupun anda telah memberi salam. Ini berdasarkan daripada sirah Rasulullah s.a.w, dan Baginda melakukan perkara yang sama (sebagai contoh kepada ummatnya).

      Boleh rujuk sirah berkenaan hal ini.

      Cumanya, sekiranya kita sudah yakin bahawa rakaat kita sudah cukup, walaupun ada teguran daripada pihak lain, maka usah dilayan. Sebabnya kita sudah yakin bahawa rakaat kita sudah pun cukup.

      Wallahua’lam

  47. salam ir hafiz, hamba nk tnya, makmum apakah yg x dibnarkan trtinggal 2 rukun (1 rukun pjg, 1 rukun pndek)… cth situasai mkmum trsbut??

    • Wa’alaikummussalam,

      Petikan Kitab ini:

      Orang muwafik yang dimaafkan oleh syarak kepada yang tertinggal 3 rukun jarak daripada imam itu ialah orang yang lambat bacaannya kerana tabiat kejadiannya begitu dan bukan was-was. Tetapi orang yang lambat bacaannya kerana was-was tidak dimaafkan ketinggalan 3 rukun melainkan dimaafkan sekadar imam belum turun untuk sujud dia selesai bacaan al-Fatihahnya, yakni orang muwafik yang was-was boleh menghabiskan bacaan al-Fatihah sebelum imam turun sujud jika ia belum habis lagi baca al-Fatihah imamnya turun untuk sujud, maka batal solatnya kecuali makmum berkenaan niat mufarakah [mufarakah bermaksud niat berpisah dengan imam, kemudiannya meneruskannya dengan solat bersendirian] sebelum imam turun sujud dan dia pada waktu itu dikehendaki meneruskan bacaan al-Fatihahnya dan mengerjakan rukun-rukun yang lain hingga selesai solat. Kepada orang muwafik yang was-was tidak boleh meninggalkan bacaan al-Fatihah dan terus melakukan apa yang dibuat oleh imam bila dia tidak sempat menghabiskan bacaan al-Fatihahnya, kerana ia dikira seperti hukum orang yang sengaja meninggalkannya.

      Apa yang dikatakan oleh saudara itu adalah orang was-was. Wallahua’lam

  48. assalamualaikom saudara irhafiz
    Saya ada dua soalan.
    Q1 Saya masuk dalam solah magrib pada rakaat pertama. Imam sedang mula baca surah pendek (Kulya kafirun.) Saya NIAT masbuk. Seperti di jangkakan, saya tak sempat habis Fatiha imam dah rukok. Betulkah saya ada dua pilihan
    Pilihan 1 – Berhenti baca Fatiha sekadar yang ada dan terus ikut imam rukok. Saya dikira dapat rakaat pertama. (Saya kira ini semua orang faham – yakni ok)
    Pilihan 2 – Terus habiskan Fatiha dan mesti rukok sebelum imam bangkit dari sujud kedua untuk qiam rakaat kedua. ( Ini saya kira ramai yang tak tahu tentang ada nya pilihan kedua ini termasuklah saya. Apa kah pilihan kedua ini dibenarkan? )

    Q2 Imam terlupa baca ayat dan terus rukok selepas baca Fatiha pada solah JUMAAT dalam rakaat kedua. Ada makmum(group 1) terus rukok ikut imam tanpa baca Fatiha atau baca sedar satu dua ayat sahaja. Group 1 tak tambah satu rakaat selepas imam beri salam. Ada makmum baca Fatiha dan dapat rukok sebelum imam baca tahiyat (group 2). Ada makmum tak sempat habis Fatiha terus rukok sebelum imam bangkit dari sujud untuk baca tahiyat. Makmum ini (group 3) kemudian nya tambah satu rakaat selepas imam beri salam. Group 4 mufarakah dan habis kan Fatiha dan sempurnakan lain2 rukun tanpa tambah rakaat. Tolong jelaskan hukum dalam hal2 makmum ini.
    Terima kasih.

    • Jawapan pada Q1:

      Wa’alaikummussalam, pilihan pertama semua dah faham seperti dipetik daripada Kitab tersebut:”Makmum masbuk dimaafkan meninggalkan bacaan al-Fatihah, kerana al-Fatihah belum dibaca atau sempat dibaca sebahagian sahaja oleh makmum itu semuanya ditanggung oleh imamnya.”

      Jadi, makmum tersebut boleh terus rukuk bersama-sama imam, dan Fatihah tersebut ditanggung oleh imam (dimaafkan untuk terus rukuk).

      Pilihan kedua: apa yang Tuan nyatakan “mesti rukuk sebelum imam bangkit daripada sujud kedua” merupakan kaedah untuk makmum muafik, dan bukannya makmum masbuk. Untuk kes makmum masbuk (seperti situasi ini) makmum hanya dibenarkan lewat/berbeza sebanyak 3 rukun sahaja (rukuk, i’tidal & sujud pertama) – sebabnya ia dikategorikan dalam makmum masbuk.

      Berlainan kesnya sekiranya ia seorang makmum muafik – sila rujuk nota/kitab di atas. – Wallahua’lam

    • Q2:

      Jika kita merujuk kembali pada Kitab tersebut: Makmum muafik dikira apabila makmum sempat qiam bersama-sama imam dalam suatu tempoh yang panjangnya cukup untuk baca fatihah. Sekiranya makmum tersebut sudah qiam dan mendengar imam membaca fatihah hingga habis, kemudian makmum membaca fatihah. Imam menyambung dengan bacaan surah namun belum sempat habis, imam rukuk sedangkan makmum belum lagi habis baca fatihah.

      Untuk kes sebegini, apabila makmum itu dikategorikan sebagai muafik, maka hukum fiqh telah menetapkan bahawa wajib atas makmum menghabiskan fatihah dan dibenarkan lewat daripada imam sebanyak 3 rukun panjang (rukuk, sujud 1 dan sujud 2) – “Dimaafkan kepadanya tertinggal jarak tiga rukun yang panjang daripada imamnya. Contoh rukun yang panjang ialah rukuk dan sujud. Iktidal dan duduk di antara dua sujud tidak dikira sebagai rukun yang panjang.”

      Maka, sebelum imam bangkit daripada sujud ke 2, makmum perlu menghabiskan bacaannya. Pada hemah saya, masa ini cukup untuk makmum menghabiskan bacaan fatihahnya dan rukuk, iktidal, sujud…. hingga mengikut imam.

      Wallahua’lam

  49. Assalamualaikum.
    Soalan saya :
    1. Saya sedang solat fardu/sunat sendirian tiba2 datang seorang makmum mengiringi saya.
    Adakah saya perlu menukar niat sebagai imam apabila menyedari makmum mengiringi.
    Adakah makmum perlu mencuit sedikit di bahu saya sebagai tanda beliau makmum.
    Jika dibenarkan mencuit bagaimana caranya sebelum atau selepas takbir makmum tadi.

    2. Apabila saya ingin menyertai jemaah pada keadaan bila ianya dianggap telah lewat
    selain selepas imam memberi salam.

    Terima kasih.

    • Wa’alaikummussalam,

      1. Pertama kita perlu faham, tidak wajib atas imam niat sebagai imam tetapi wajib atas makmum untuk niat sebagai makmum dalam satu solat Jamaah. Namun, perlu niat sebagai imam untuk mendapat pahala berjamaah tadi (sebagai imam Jamaah).
      Jadi elok (untung) niat menjadi imam apabila kita tahu ada makmum telah ‘melantik’ kita sebagai imam. Makmum tidak wajib untuk cuit imam sebagai isyarat untuk ‘melantik’ imam, cukuplah contohnya dengan takbiratulihram yang kuat (sekadar imam faham/dengar) sebagai isyarat ‘lantikan’ tadi.
      Sekiranya ingin cuit imam (letak tangan atas bahu imam), berdasarkan Ustaz (guru saya), hendaklah makmum itu takbiratulihram dahulu, kemudian barulah cuit sebagai isyarat ‘lantikan’ imam – nak imam itu sedar yang ada makmum. Wallahua’lam.

      2. Saya kurang faham inti soalah 2. Jamaah itu dikategorikan kepada 2 (muafiq dan masbuk).
      Masing-masing, muafik dan masbuk mempunyai ciri-ciri tersendiri, yang mana apabila memenuhi ciri-ciri tadi, makmum akan tergolong dalam kategori muafik atau masbuk.
      Sebagai contoh, jika makmum dikira masbuk, ia dibenarkan lewat (melewati/ditinggalkan/terpisah) daripada imam sebanyak/maksimum 3 rukun.
      Sila rujuk nota/komen2 sebelumnya.

      Wallahua’lam

  50. ASSALAMMUALAIKUM, SOALAN SAYA. SAYA KELIRU MENURUT SESETENGAH ORANG BACAAN RUKUK DAN SUJUD DALAM SOLAT FARDHU BERJAMAAH (SUBUH, ZOHOR, ASAR, MAGRIB DAN ISYAK) ANTARA IMAM DAN MAKMUM ADALAH BERBEZA. ADAKAH IA BENAR ATAUPUN BAGAIMANA. JIKA BERBEZA TOLONGLAH NYATAKAN AGAR KEKELIRUAN SAYA TERJAWAB. SEKIAN TERIMA KASIH.

    • assalammualaikum ustaz.
      soalan saya. adakah benar bacaan imam dan makmum ketika rukuk dan sujud berbeza ketika solat fardhu, ini kerana saya pernah mendengar sesetengah orang mengatakan bacaan tersebut berbeza. sekian dan terima kasih ustaz.

  51. Assalamualaikum…
    Ust….saya ada satu masalah..ibu saya menjadi makmum masbuk ikut imam pada rakaat ke2 dlm solat maqrib…tiba2 imam terlupa baca tahiyat awal..dan seperti kebiasaan org yg terlupa akan melakukan sujud sahwi…jd persoalan saya bagaimana situasi ibu saya..adakah dia perlu sujud bersama imam sedangkan dia igt dan sudah melakukan tahiyat awal…atau dia hanya perlu tggu shingga imam beri salam…

  52. As salam ustaz.. saya ingin bertanya..jika saya masuk berjemaah pada rakaat ketiga…ketika imam tahiyat akhir, kita perlu duduk tahiyat awal kn? bacaan masa itu tahiyat awal atau tahiyat akhir? mohon penjelasan.

    • Wa’alaikummussalam,

      Selagi kita menjadi makmum, maka kita perlu ikut/turuti pergerakan imam termasuklah bacaannya. Perpisahan antara makmum dengan imam adalah ketika selesai solat imam tadi, iaitu pada selesai salam imam.
      Maka, kesimpulannya, kita perlu ikut membaca bacaan tahiyyat akhir ketika mengikut imam yang sedang duduk tahiyyat akhir.

      Sama juga kesnya ketika kita mengikuti imam ketika solat subuh dan kita tertinggal/terlewat 1 rakaat. Apabila imam membaca doa qunut, kita turut berdiri dan membaca doa qunut tersebut hingga selesai, dan setelah imam memberi salam, kita bangun untuk menggantikan baki rakaat. Dalam rakaat yang digantikan itu, kita turut perlu membaca doa qunut.

  53. Salam ustaz.
    Saya baru habis menghadiri satu kuliah di sebuah masjid.
    Berkaitan Makmum masbuq dan muafiq.Saya juga telah mendengar ceramah
    seorang guru rujukan https://www.youtube.com/watch?v=FZTS34n1Ks0
    malahan sekiranya ada masaalah saya akan berhubung dengan beliau.

    Dalam kuliah yang baru saya hadiri tadi guru tersebut mengatakan bahawa
    masbuk berlaku cuma, kalau kita masuk lewat dan tidak sempat menghabiskan
    bacaan fatihah dan imam pun rukuk….. disitulah penentuan kita ini masbuq atau muafiq.
    Saya katakan bukankah ianya nya juga boleh berlaku pada tiap-tiap rakaat.Dia mengatakan
    tidak.

    Sekiranya ustaz sudi mendengar dan melihat video dilink tersebut
    harap dapat pandangan ustaz pula…tk salam

    • Wa’alaikummussalam..

      Saya telahpun merujuk persoalan tersebut dengan yang lebih faqih, Ustaz Salman Maskuri (PU).

      Makmum masbuk tidak hanya pada rakaat pertama sahaja. Ia boleh berlaku pada mana-mana rakaat dalam satu solat.

      Namun, beliau berkata, ada juga pandangan (khilafiah) yang mengatakan bahawa makmum masbuk hanya pada rakaat pertama sahaja..

      Wallahua’lam. Syukran atas perkongsian saudara. Saya org biasa (bukan ustaz), cuma berpegang kepada “perkongsian ilmu” atas ilmu yang ada.

  54. saya masbuk… sy solat maghrib..
    rupanya imam solat jamak taqdim.. semasa sy masbuk rupanya imam solat isyak tanpa qasar… imam buat 4 rakaat… saya maghrib.. camne tu.. ikut imam buat 4 rakaat atau memfarakah sbb sy solat maghrib

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s