Belajar Bahasa Arab

Belajar bahasa arab

Masih teringat ketika di bangku sekolah, di Kuala Terengganu. Setelah selesai UPSR, ayah berhajat untuk menghantar aku ke sebuah sekolah agama. Mungkin hajat beliau untuk menjadikan aku seorang ustaz…

Namun, keputusan UPSR tidak mampu melayakkan aku ke sekolah agama tersebut, dan akibatnya aku terpaksa bersekolah di sekolah harian biasa. Waktu itu, masih tersemat cita-cita untuk ke sekolah agama tersebut. Maka, sebagai perkara asas yang perlu aku miliki adalah asas bahasa Arab.

Di sekolah harian biasa, aku memilih untuk mempelajari Bahasa Arab untuk tingkatan satu. Alhamdulillah, kalau dah jodoh tidak kemana… Aku berjaya ke sekolah menengah agama tersebut apabila terdapat kekosongan (selepas lebih kurang 6 bulan di sekolah harian biasa).

Cumanya, perkara yang ingin dikongsikan di sini adalah, kalaulah waktu tersebut aku tidak mengambil bahasa Arab? Amatlah rugi sekali rasanya. Rugi sekali.

Biarpun terpaksa menambah satu lagi subjek untuk PMR (bahasa arab komunikasi) dan SPM (bahasa arab tinggi), namun hingga hari ini, tiada sedikit pun rasa menyesal. Malah segala isi ilmu bahasa Arab tersebut masih berguna dalam memahami (biarpun secara sedikit-sedikit) al Quran dan Hadith serta kalimah-kalimah ketika solat.

Kepada adik-adik semua, terutama yang merasakan Bahasa Arab sebagai suatu beban dalam PMR dan SPM, tanyalah balik diri adik-adik semua. Ini peluang untuk adik-adik belajar bahasa yang penuh ilmu di dalamnya. Kerana, walaupun pada kita, ilmu nahu (grammar) itu kelihatan mudah dan remeh, tetapi ia amat bermakna suatu hari nanti. Amat beza orang yang sudah ada asas nahu (grammar) dengan orang yang belum ada asas tersebut dalam memahami ayat-ayat al Quran. Ia amat membantu dalam menghafal seterusnya membantu kita terus memahami dan mendalami bahasa Arab. Ia (ilmu nahu bahasa Arab) merupakan kunci untuk terus belajar (biarpun belajar sendiri-sendiri).

Berkenaan dengan ikhlas.

Ilmu ini suatu yang suci, dan ia tidak masuk secara rela ke dalam hati dan akal-akal yang tiada ikhlas di dalamnya. Ikhlaskan niat adik-adik dalam belajar. Hadirkan kehebatan ilmu dalam mempelajarinya. Suatu hari nanti, adik-adik akan merasakan suatu yang amat berharga asbab ilmu tersebut.

Belajar ilmu perlulah dengan hati yang ikhlas. Menjiwai dan memahaminya amat perlu. Jadi, janganlah anggap ilmu bahasa Arab ini khasnya, sebagai suatu beban buat adik-adik. Jika ditanya pak cik dan mak cik semua, saya percaya yang mereka sedikit sebanyak akan melahirkan rasa kecewa disebabkan tidak fokus dan bersungguh-sungguh dalam menimba ilmu dahulu.

Sekarang, ikhlaskan niat dalam mempelajari Bahasa Arab khasnya (serta subjek-subjek yang lain). Insya Allah, Allah akan mempermudah segala urusan hamba-hamba-Nya yang bersungguh-sungguh.

_irhafiz – Juga masih belajar…

Advertisement

2 thoughts on “Belajar Bahasa Arab

  1. btol tu saudara ir..Saya pon terpikir nak ambil b.arab sbg 3rd language.tp org kata klaw xde basic sejak dr sekolah dulu susah sikit..hrp2 niat nk ambil BA jdi kenyataan…

    • Saya terlintas nak tulis tentang bahasa Arab ni pun setelah mendengar banyak pandangan daripada ilmuan (Ustaz Dr Zahazan dll) dalam radio ikim.fm yang berkali-kali menyuruh kita belajar bahasa Quran ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Connecting to %s