9 amalan yang merosakkan ramadhan

Berikut adalah ringkasan tazkirah sebelum witir yang telah disampaikan oleh Ustaz Khalid:

9 amalan yang merosakkan Ramadhan:

  1. Melakukan khurafat dan syirik kepada Allah
    • Seperti mempercayai sesuatu yang karut yang tiada nas dalam al Quran
  2. Melengah-lengahkan solat fardhu 5 waktu
    • Ramai yang berpuasa tetapi tetap mendahulukan sesuatu yang lain, hinggalah terjebak dalam solat pada akhir waktu. Seboleh-bolehnya kita sama-sama berazam untuk berjaya istiqamah solat pada awal waktu dalam Ramadhan dan juga seterusnya.
  3. Mengabaikan amanah dan tanggungjawab
    • Ramai yang mengejar pahala tadarus pada malam hari hingga terpaksa tidur lewat malam. Kesannya adalah rasa mengantuk pada esoknya. Maka terjadilah tidur semasa waktu pejabat dan sebagainya. Bukankah sebaik-baik amalan itu adalah berterusan walau sedikit.
  4. Melakukan pembaziran
    • Pembaziran yang paling besar untuk golongan bawahan adalah ketika di bazar Ramadhan. Semua kuih dibeli tanpa dikira lagi ia perlu atau tidak.
    • Bagi golongan atasan atau kaya, mereka sanggup menghabiskan duit beratus-ratus untuk berbuka di hotel-hotel dan sebagainya.
  5. Berterusan dalam melakukan maksiat
    • Hasad dengki dll.
  6. Memutuskan silaturrahmi
    • Bersama-samalah kita merawat silaturrahmi antara kita, antara jiran. Jangan tidak bertegur sapa melebihi 3 hari.
  7. Riya’ dalam beribadah atau amal kebajikan
    • Memang sukar untuk membuang riya’ atau sombong ini. Kerana serangannya amat halus. Namun kita perlu juga berusaha membuangnya. Bukan bermakna kita tidak tadarrus bimbang datang riya’. Itu silap.
  8. Derhaka kepada mak ayah
    • Jangan sesekali mengabaikan ibubapa.
    • Dengan kecanggihan teknologi hari ini, ambillah peluang untuk berbual dengan mereka dengan telefon sekurang-kurangnya.
    • Usah berkira tentang bil telefon. Budi mereka tidak akan terbalas oleh kita walaupun dengan nyawa.
  9. Nusyuz kepada suami
    • Terdapat sesetengah isteri yang mengejar ibadah pada bulan Ramadhan hinggakan mengabaikan tanggungjawab kepada suami.
    • Menjaga tanggungjawab kepada suami juga dikira ibadah.
About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s