Kalau dahulu, anak kampung yang diterima untuk melanjutkan pelajaran ke universiti amat disanjung sekali. Apa tidaknya, ia adalah suatu perkara yang luar daripada kebiasaan, yang mana beberapa kerat sahaja daripada kalangan mereka yang terpilih untuk melanjutkan pelajaran.

Ahli qaryah (penduduk kampung) mengambil peluang ini untuk saling membantu apa yang terdaya bagi meringankan beban pelajar tadi. Jelas sekali semangat persaudaraan Islam amat utuh pada waktu itu.
Jika diperhatikan zaman 90an dahulu, bilangan universiti di Negara kita juga dapat dibilang dengan jari. Maka bolehlah dikatakan sesiapa yang berjaya melanjutkan pelajaran ke universiti merupakan mereka yang benar-benar terpilih, dan kebiasaannya juga mereka berjaya hingga mendapat segulung ijazah. Tamat pengajian, para siswazah pula dijemput untuk berkerja di mana-mana syarikat.
Namun, itu sejarah… Apa yang telah berlaku kita definisikan sebagai sejarah. Dengan arus masa yang penuh pengaruh daripada pelbagai sudut, segala-galanya telah berubah. Tidak kiralah samada perubahan yang perlahan atau yang mendadak.
Suatu perkara yang biasa bagi kita sekarang, apabila mendengar berita seseorang pelajar mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran ke universiti. Malah, adakalanya kita merasakan suatu yang luar biasa apabila anak seseorang itu tidak berjaya melanjutkan pelajaran.
Bilangan bangunan-bangunan yang kita panggil sebagai universiti sudah terlalu banyak di Negara kita sekarang. Persoalan duit untuk ke sana, telah diselesaikan oleh PTPTN. Namun, ada sesetengah pendapat mengatakan bahawa terdapat riba dalam PTPTN, yang mana pelajar yang pernah meminjamnya perlu membayar dengan jumlah yang lebih banyak daripada jumlah yang dipinjamkan.
Persoalannya di sini, adakah dengan memperbanyakkan siswazah dengan sistem riba ini mampu memberikan impak yang positif berbanding sebelumnya? Bagaimana pula keberkatannya?
Juga manakah lebih utama, bilangan siswazah sedikit dengan sistem yang benar ataukah bilangan siswazah yang banyak dengan sistem riba?





Akhi Hafiz …ana sentiasa menanti entry baru anta! Rengkas tapi menyucuk jiwa …
Teruskan menulis fiz …
Terima kasih atas sokongan kalian,
Ana juga minta perlindungan daripada Allah taala, semoga apa yang dikongsi dapat diamalkan dan terus-terusan istiqamah dalam jalan yang tersuluh, insya Allah…