
Insya Allah, pada 2012 nanti akan termansuhlah secara keseluruhan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris.
Keputusan yang positif
Hal ini lebih bersifat positif terhadap anak-anak bangsa yang inginkan kefahaman yang lebih dalam ilmu Sains dan Matematik. Kaitan logik akal dengan Sains dan Matematik amat rapat sekali. Untuk memahami Sains dan Matematik, otak kita lebih berfikir menggunakan logik, dan logik bukanlah sesuatu perkara yang mudah untuk difahami.
Jika diandaikan ilmu Sains dan Matematik ini adalah sesuatu beban kepada pelajar, maka pastilah tidak perlu ditambahkan beban kepada mereka untuk menterjemahkan segala logik yang diajar dalam bahasa Inggeris sebelum dapat difahami dalam bahasa Melayu.
Jika diperhatikan di sini, terdapat dua halangan yang akan timbul dalam pembelajaran Sains dan Matematik yang diajar dalam bahasa Inggeris. Yang pertamanya ialah memahami apa yang diajarkan dalam bahasa Inggeris untuk diterjemahkan kepada bahasa Melayu, dan yang kedua ialah memahami segala logik yang diajarkan tadi.
Pemahaman Bahasa Lain
Walau bagaimanapun, tidak dinafikan kepentingan bahasa asing selain bahasa Melayu. Pasti semuanya tahu bahawa Al Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Dengan membaca terjemahannya, insya Allah kita akan faham apa yang terkandung dalam Quran tersebut.
Namun sudah pasti pemahaman kita dengan membaca terjemahan Quran tersebut kurang berbanding pemahaman mereka yang faham Bahasa Arab dan seni lughahnya. Penggunaan kitab terjemahan Quran adalah untuk mereka yang belajar pada peringkat permulaan sahaja. Keperluan pemahaman bahasa Arab yang mendalam penting untuk mendalami segala isi Quran yang sebenarnya. Begitu juga Ilmu-ilmu Islam yang lain.
Maka, begitu jugalah kisahnya ilmu Sains dan Matematik. Terjemahan dalam bahasa Melayu turut memberi manfaat untuk pemahaman pada peingkat awal, namun bagi mendalami ilmu ini dengan lebih mendalam, ia tetap memerlukan kemahiran bahasa yang masyhur bagi setiap ilmu yang ingin dipelajari dan didalami; samada bahasa Inggeris, Jepun, Jerman dan sebagainya.
Apa pun, penyebaran ilmu pada peringkat awal amat memerlukan bahasa ibunda sebagai bahasa perantaraan untuk pemahaman yang lebih, tanpa melupakan pentingnya bahasa ilmu yang lain.
Bukankah mereka yang arif dengan bahasa sesuatu kaum akan terselamat daripada tipu daya kaum tersebut.
Wallahua’lam.





Alhamdulillah. Akhirnya PPSMI dimansuhkan. Kesian pada adik2 kecil yg ramai confuse bila belajar dalam bahasa inggeris. Adik2 saya, darjah 5 dan ting. 5, terkial2 bila belajar dalam bahasa inggeris.
Not being radically, saya rasa tujuan PPSMI ni, lebih banyak menyusahkan, alasannya dulu supaya pelajar lebih berdaya saing, bila belajar dalam bahasa inggeris. Tapi sebenarnya, ia belum patut dilaksananakan (secara paksaan) pada anak2 di umur persekolahan. Ianya lebih membebankan.
Secara peribadi, saya tak setuju. Dulu saya belajar dalam bahasa melayu, sains, matematik, biologi, fizik, kimia semua. Bila masuk ke asasi baru mula bahasa inggeris,kemudian ke UKM, bahasa inggeris juga. Tapi masih lagi boleh belajar, sampai grad. Dan kemudian bekerja ke Dubai, semuanya dalam bahasa inggeris dan bahasa arab.
Maknanya, tak semestinya mula waktu sekolah (pengenalan dalam bahasa asing), pelajar tetap boleh belajar sains dan matematik dengan baik dalam bahasa ibunda (di peringkat awal). Dan juga menguasai bahasa lain bila masuk usia yg lebih matang (univ, kolej dll).
Sebab tu juga, penguasaan dalam bahasa asing penting, contohnya baru2 ni atas urusan kerja saya ke Perancis, tetapi pegawai di airport tahan saya sebab berpurdah. Tapi mereka yg mula2 tu marah2, akhirnya lepaskan saya dengan baik bila saya bercakap dalam bahasa perancis, tapi dengan syarat kena lepaskan purdah (tak boleh buat apalah, memang yg tu satu peraturan baru di sana).
Tapi overall, pengetahuan bahasa asing penting, cuma tak perlu rasanya dibebankan pada anak2 sekolah. Mungkin ibu bapa nak yg lebih baik, hantar anak ke kelas bahasa arab, atau kelas tahfiz. Alhamdulillah, dari pengalaman saya sendiri, yg mula masuk tahfiz masa umur 4 tahun, dan sekarang seorang jurutera yg juga memegang diploma tahfiz wal qiraat dari DQ, setakat ni pengetahuan dalam bahasa inggeris, perancis dan arab banyak membantu kerjaya saya dlm bidang kejuruteraan. Dan lebih penting, tak diperbodoh2kan oleh kaum lain, dan penganut agama lain.
Wallahualam.
Maaf kalau comment saya panjang. Saya memang mengikuti perkembangan PPSMI ni sejak mula2 dari tahun 2003 dulu sebab adik2 saya masih bersekolah, dan saudara mara saya ramai cikgu sains dan matematik. Jadi saya alert sebab rasa tak puas hati dengan dasar ni dari mula lagi.
“Tapi overall, pengetahuan bahasa asing penting, cuma tak perlu rasanya dibebankan pada anak2 sekolah. Mungkin ibu bapa nak yg lebih baik, hantar anak ke kelas bahasa arab, atau kelas tahfiz.”
Bermakna, kepentingan bahasa asing tetap ada, tapi bukan tahap menjadi beban?
Saya amat setuju terhadap kelas tahfiz dan apa sahaja yang berkaitan dengan agama, yang mana ia mampu membentuk generasi berakhlak.
Pembentukan generasi berilmu sahaja tidak mampu memberi cahaya pada masa muka, jika ia bukan generasi yang beramal dengan ilmunya.
ir. farahdina,
Setuju atau tidak jika saya katakan kebanyakan prinsip kita tidak mempamerkan budaya kita yang sebenar, malah membelakangkan budaya murni masyarakat Melayu. Contohnya, hidangan arak dalam kapal terbang.
Ini langsung tidak mempamerkan budaya masyarakat Malaysia.
Mengapa tidak kita hidangkan mereka dengan perkara yang halal dari budaya kita. Pasti ia tidak menjejaskan jumlah peratusan pelancong ke Malaysia.
Bahkan pelancong itu sendiri datang ke Malaysia untuk melihat budaya kita yang sebenarnya.
Ye, itu yg cuba sy perjelaskan.
Anak2 pada usia persekolahan, tidak patut terbeban dengan kehendak pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa asing, contoh yg paling jelas, bahasa inggeris. Cukuplah sekadar bahasa inggeris diajar sebagai satu subjek yg normal, iaitu subjek bahasa inggeris. Bukan diserapkan ke dalam subjek lain untuk menjadi pembelajaran dan pengajian sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
Sebab mempelajari bahasa inggeris (grammar, pronounciation, dll) tidak sama dengan memahami konsep dan logik serta fakta2 sains dalam bahasa inggeris, serta pemahaman dan pengembangan konsep dan formula matematik. Lebih mudah rasanya kalau dibuat dalam bahasa asal para pelajar sekolah. Sebab PPSMI dijalankan secara menyeluruh, ke suluruh negara. Masalahnya bukan semua anak2 di usia persekolahan yg tahap penguasaan bahasa inggerisnya macam anak2 orang2 besar yg bersekolah di damansara, di convent bukit nenas. Anak2 yg bersekolah di sekolah di kampung sy di Kuala Berang, Terengganu, grammar pun tunggang langgang, past dgn present tents pun belum boleh beza, apatah lagi nak suruh ingat formula, nak faham konsep sains dan matematik dalam bahasa inggeris.
Jadi kepentingan bahasa asing tu perlu datang dalam diri pelajar sendiri, ataupun ibu bapa yg memupuk dalam diri pelajar tu sejak kecil (hantar ke kelas bahasa, atau kelas tahfiz dll). Tapi untuk dijalankan secara paksaan, macam PPSMI, rasanya bukan langkah yg rasional. Mungkin ramai pihak yg akan terzalimi, pelajar2 yg berminat, tapi tak berdaya nak menguasainya akan tercicir.
Dan alangkah lebih moleknya andai pencapaian anak2, generasi muda dalam bidang sains, kejuruteraan, perubatan dan sebagainya, dihiasi dengan kefahaman terhadap Al Quran- maka generasi seperti ini boleh bersaing dlm bidang sains dan dalam masa yg sama menyebarkan kepada warga dunia lain bahawa islam bukanlah agama yg mundur, tetapi Islam menggalakkan umatnya menuntut dan menguasai ilmu duniawi dan ukhrawi. Semuanya sudah ada di dalam Al Quran.
Soalan Ir Hafiz tu, sy rasa ada rasionalnya. Kebanyakan dasar kerajaan, dan kempen2 pelancongan tidak mencerminkan budaya masyarakat Melayu, tapi lebih mementingkan perasaan bangsa lain. Memang jumlah pelancong tak akan kurang, tapi mungkin sesetengah pihak takut menghadapi tekanan yg akan diberi sekiranya bertindak ’sedikit islamik’.
Sy sendiri pernah dipaksa membuka purdah untuk menaiki kapal terbang. Alasannya mengganggu penumpang lain. Sy tidak nampak di mana yg dikatakan mengganggu dan menimbulkan perasaan kurang senang terhadap penumpang lain. Dan kalau penerbangan antarabangsa, mungkin sy akan kurang terkejut, masalahnya penerbangan MAS KL-Kuching. MAS syarikat penerbangan Malaysia, sebuah negara Islam, tapi mengamalkan dasar2 yg langsung tidak ada ciri keislaman, apatah lagi kemelayuan. Piagam pelanggannya lebih bersifat kebarata, termasuk menghidangkan arak.
Mungkin seperti kata Ir Hafiz, boleh diganti dengan yg halal. Tapi soalnya, siapa yg mampu untuk laksanakan? Lebih mudah kalau dikatakan tiada siapa yg berani. Bila buat, takut terkecilkan hati bangsa lain, takut tersentap jiwa orang2 bukan islam (ini memang selalu berlaku, Islam tidak dibela, tetapi sensitiviti dan kehendak orang bukan Islam selalu sahaja dipenuhi, takut mereka kecil hati).
Secara mudahnya, Malaysia, negara islam, mungkin hanya pada nama, dan pada pandangan tersorok anggota OIC. Sedangkan dasar2 Islam yg diamalkan, tidak sampai 15% pun. Banyak kekurangan pada perlaksanaan dasar2 yg tidak menepati kehendak syariat (belum dikira pada keperibadian pelaksana dasar lagi, ramai yg korup, menayangkan isteri2 yg tidak menutup aurat).
Ini semua tidak mencirikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam. Apatah lagi jika disebut melayu, orang akan beranggapan Melayu adalah Islam, dan Malaysia juga Islam. Tapi islam di Malaysia, dalam perlembagaan disebut negara Islam hanya pada nama. Takut kelak suatu hari menjadi bahan gelak ketawa orang putih, bahawa kemodenan di Malaysia telah men’tinted’kan Malaysia menjadi negara yg hilang identiti kemelayuan dan keislaman.
wallahualam.
salam…
satu perkongsian saya tentang isu ini…
dari sudut pandangan seorang guru bahasa inggeris…
http://inksensei.wordpress.com/2009/03/02/taklimat-dialog-gerakan-mansuh-ppsmi/