Belajar bahasa arab
Masih teringat ketika di bangku sekolah, di Kuala Terengganu. Setelah selesai UPSR, ayah berhajat untuk menghantar aku ke sebuah sekolah agama. Mungkin hajat beliau untuk menjadikan aku seorang ustaz…
Namun, keputusan UPSR tidak mampu melayakkan aku ke sekolah agama tersebut, dan akibatnya aku terpaksa bersekolah di sekolah harian biasa. Waktu itu, masih tersemat cita-cita untuk ke sekolah agama tersebut. Maka, sebagai perkara asas yang perlu aku miliki adalah asas bahasa Arab.
Di sekolah harian biasa, aku memilih untuk mempelajari Bahasa Arab untuk tingkatan satu. Alhamdulillah, kalau dah jodoh tidak kemana… Aku berjaya ke sekolah menengah agama tersebut apabila terdapat kekosongan (selepas lebih kurang 6 bulan di sekolah harian biasa).
Cumanya, perkara yang ingin dikongsikan di sini adalah, kalaulah waktu tersebut aku tidak mengambil bahasa Arab? Amatlah rugi sekali rasanya. Rugi sekali.
Biarpun terpaksa menambah satu lagi subjek untuk PMR (bahasa arab komunikasi) dan SPM (bahasa arab tinggi), namun hingga hari ini, tiada sedikit pun rasa menyesal. Malah segala isi ilmu bahasa Arab tersebut masih berguna dalam memahami (biarpun secara sedikit-sedikit) al Quran dan Hadith serta kalimah-kalimah ketika solat. Continue reading





